Qalam Perjalanan

HARI PERTAMA 7 JUN 2017
 
SCOTT GARDEN B-10-16 | MID VALLEY MEGAMALL
 
 Lokasi Teratak Seri Teratai


7.24 pagi, Honda Stream WYM4615 meluncur keluar. Meninggalkan perkarangan Sri Teratai. Seminit kemudian masuk simpang T9 Kuala Telemong. 7.32 pagi, menyusuri jalan ke lebuh raya hingga ke Tol Kuala Telemong.  Lebuh raya ini adalah sebahagian daripada Pakej 11, dan 12 Projek Fasa Lebuh Raya Pantai Timur.


Selepas Tol Kuala Telemong


Pagi ini cuaca agak redup, dan sedikit berkabus. Dari  jendela kelihatan matahari bagaikan mengintai di balik awan. Tompok-tompok awan kelabu berarak perlahan-lahan. Mula memenuhi ruang. Lalu memudarkan cahaya matahari. Hm, teringat pula pantun “mendung berarak”.

Sekali awan berarak
Serimbun mendung berlalu
Sehari tak nampak
Setahun menanggung rindu
(ARAM)

7.49 pagi, melalui ladang kelapa sawit. 7.50 pagi, melintasi simpang Ajil. Ayla dan Aqeef sedang menonton Upin, dan Ipin. Manakala Ayra duduk dengan Ayahsu di belakang, extra seat. 7.56 pagi, kabus hampir memenuhi kawasan bukit-bukau. Bagaikan terapung-apung di puncak rimbunan hijau.


Selepas Bukit Besi


8.06 pagi, melintasi Exit 857 Bukit Besi. Kabus masih lagi terapung-apung. Seolah-olah keluar dari celahan-celahan rimbunan hijau. 8.11 pagi, matahari mula menyinar. Lalu memburu kabus yang masih lagi tersisa di celah-celah rimbunan.

8.21 pagi, melintasi simpang ke Kuala Dungun. Beberapa orang pekerja sedang membaiki jalan. 8.24 pagi, melintasi Exit 849, Persiaran Paka. Di hujung lebuh raya kelihatan bukit-bukau berlapis-lapis. Mengikut ton warna. Makin jauh makin indah dalam kesamaran.

8.25 pagi, melintasi Exit 847 Persiaran Kertih. Kemudian berhenti di bawah flyover. Kakak pula memandu. Ghuzli menjadi co-driver. 8.30 pagi, meneruskan perjalanan. Agak lengang. Pagi ini tak banyak kenderaan di lebuh raya. 8.37 pagi, melintasi simpang Bandar Seri Bandi,

8.41 pagi, melintasi Hentian Kijal. Matahari tiba-tiba hilang dalam tompokan-tompokan awan kelabu. Tak mampu lagi memburu kabus. Malah kabus semakin terapung-apung di puncak rimbunan hijau. Kemudian perlahan-lahan turun, memenuhi lebuh raya. Lalu membatasi pandangan.


Lepas Hentian Kijal


8.46 pagi, masih lagi di “kawasan berkabus”. Kabus semakin tebal. Di kiri, dan kanan lebuh raya  hanya siluet rimbunan. Bagaikan bayangan-bayangan kegelapan. Sekali-sekala kelihatan matahari bagaikan bulan kesiangan. Tidak mampu memancarkan cahaya di balik tompokan-tompokan awan kelabu.

Honda stream terus meredah kabus. Seolah-olah menebusi alam mistri. Keindahannya bagai a gift of nature.  Rahsia alam yang masih tidak terungkap. Kelihatan matahari beransur-ansur hilang dalam gumpalan awan kelabu. Pepohon di sepanjang lebuh raya bagaikan sepi. Dan kaku diselimuti kabus.

9.01 pagi, akhirnya matahari memancar perlahan-lahan di balik awan sisik kelabu. Pepohon bagaikan terjaga. Kelihatan segar semula dalam pancaran cahaya pagi. 9.06 pagi, melalui kawsan bauksit. Hujung dedaun sawit dimerahi dengan debu-debu bauksit.

Dianggarkan 2 jutan tan metric bauksit masih di dalam bumi.  3.25 juta tan metrik telah pun dieksport melalui Pelabuhan Kuantan, dan Kemaman. Manakala isu pencemaran, dan pelombongan haram semakin menjadi viral dalam media sosial. Akhirnya dikenakan tindakan moratorium. Aktiviti perlombongan digantung sementara.


Pencemaran Debu-Debu Bauksit


Bagaimanapun ia telah menjejaskan sumber pendapatan penduduk tempatan. Hingga  mereka terpaksa mengambil tindakan “vigilante justice”. Mengadakan sekatan, dan membakar lori-lori bauksit. Sebagai refleksi hilangnya kepercayaan terhadap sistem keadilan negara.

9.31 pagi, isi minyak Petronas di kawasan rehat Gambang. Seterusnya melalui kawasan angin lintang. 9.41 pagi, melintasi Exit 827 Tasik Cini. Kemudian melintasi kawasan bukit-bukau. Panorama alam semulajadi yang begitu indah. Pepohon yang masing-masing bersaing dalam kehormonian. Menghiasi sepanjang lebuh raya.


Selepas R&R Gambang

Selepas Exit 827 Tasik Cini


9.54 pagi, melintasi Sungai Jempul. 10.00 pagi, kelihatan rimbunan pohon agak segar dalam limpahan cahaya matahari pagi. Seterusnya melintasi kawasan R&R Temerluh. 10.24 pagi, Hentian Lancang. 10.27 pagi, sampai di tol Karak. Jalan mula berliku dengan beberapa selekoh maut.


Kemalangan Di Lebuhraya KL-Karak

Lebuh Raya Ekspres KL-Karak sejauh 60 km. Berbilang lorong. Telah dibina pada tahun 1970an. Alternatif kepada jalan lama Gombak-Bentong. Laluan Persekutuan 68, yang sempit dan bengkang-bengkok. Pada tahun 1997 dinaiktaraf kepada lebuhraya ekspres penuh. 


Hentian Sebelah Gombak

10.39 pagi, Plaza Tol Bentong. Melintasi stesen Petronas Karak. 10.52 pagi, masuk terowong Genting Sempah. Sepanjang 900 meter. Yang menghubungkan Gombak dengan Genting Sempah.10.02 pagi, singgah di Hentian Sebelah Gombak. 11.27 pagi, meneruskan perjalanan.



Selepas Hentian Gombak

Meredah Kota Raya


11.29 pagi, Tol Gombak. 11.46 pagi, singgah di kedai Mondas Mobile & Gadgets Specialist. Hanya tinggal handphone untuk dibaiki. 12.34 tengah hari, sampai di Chow Kit Road. Jalan sesak dengan kereta, dan orang ramai. Teringat pula lagu  Allayarham Sudirman.

Di tengah bandaraya orang merata rata
Dari segala bangsa tua atau muda
Ada yang berkereta ada yang jalan saja
Ada yang cuci mata ha ha ha ha ha ha

Di tengah bandaraya
Yang miskin dan yang kaya
Bagai satu keluarga bersama gembira
Ramai orang berniaga menjual apa saja
Semuanya murah murah ha ha ha ha ha ha

Indahnya petang di chow kit road
Kuala lumpur
Indahnya petang di chow kit road
Kuala lumpur


Lokasi Tower B, Scott Garden


Apartment Studio B-10-16

12.48 tengah hari, masuk basement Sogo. Shopping sakan. Ayla, Ayra dan Aqeef begitu excited. 3.21 petang, bertolak keluar dari Sogo. 3.44 petang, sampai Scott Garden @ Garden Studio kondominium. Di Jalan Klang Lama. Parking di lot 656 L4A.


Bermain Di Ruang Tamu

Menikmati Panorama Senja

Dari Jendela Studio B-10-16

Kemudian ke Tower B. Terus naik lif. 4.04 petang, baru masuk Apartmen Studio B-10-16, dua tingkat. Tingkat atas kamar tidur. Ayla, Ayra dan Aqeef feeling excited. Aqeef main "turun naik tangga" ke kamar atas. Dan mereka sempat bermain. Kemudian mandi. Berehat, dan baring-baring untuk melepaskan lelah.


Parking Aras 5 Megamall

Playing Is Fun


6.36 petang, keluar. 7.07 malam, masuk Mid Valley Megamall. Parking di aras 5a. Masuk beberapa kedai. Beli makanan di Mister Donut dan La Boheme. Sempat berbuka di Mid Valley. Makan sekadarnya. 8.35 malam, akhirnya bertolak meninggalkan Mid Valley Megamall


Wajah-Wajah Keriangan

Berbuka Di Mister Donut

Mid Valley Megamall dibangunkan oleh IGB .Telah dibuka pada tahun 1999. Ia terdiri daripada pusat membeli-belah, blok menara pejabat, 30 pejabat, dan 3 hotel. Manakala pusat membeli-belah kedua; Gardens Mall terletak bersebelahan dengan Megamall.


Tumpang Keriangan Cucu

Melayani Karenah Ayla

Ia telah dianugerahkan Anugerah Kompleks Terbaik Belanja 2000 oleh Tourism Malaysia. Dan Pembangunan Runcit Terbaik 2001 oleh FIABCI Malaysia. Beberapa acara seperti Pesta IT, Rumah dan Hiasan Fair, Pesta MATTA pernah diadakan di Pusat Pameran Megamall.


Ayam Golek Pantai Dalam


9.02 malam, singgah di Restoran Ayam Golek 5 Star di Kg. Pantai Dalam. Berhampiran landasan kereta api. Suasana malam agak tenang. Tetapi sekali-sekala diganggu oleh deruan kereta api malam. 9.46 malam, bertolak. Meredah malam, yang semakin gelap, dan sepi. 10.15 malam, baru sampai di Scott Garden.

Post a Comment

Powered by Blogger.