HARI KEENAM : KHAMIS 24 MAC 2017 (2)
Lembah Padang Pasir - Gunung Bromo - Warung Bamboo
- desa Tanggulangin - Tokoh Indah Bordir - Restoran
Sederhana - Hotel D’Season
5.57 pagi, sampai di tempat parkir jip. Kemudian bertolak menuruni lereng-lereng bukit. Suasana pagi mula cerah. Kelihatan rumah-rumah, gerai-gerai dan ladang sayur-sayuran di sepanjang jalan yang dilalui.
|
Terhampar Luas |
|
Dipinggiri Gunung Bromo |
|
Lembah Padang Pasir |
6.00 pagi, melintasi View Lodge. Jalan agak kecil. Menurun hingga masuk lembah Padang Pasir. Pasir hitam dari muntahan gunung berapi. Begitu terbentang luas, hingga meminggiri kaki Gunung Bromo.
|
Pasir Hitam Vulkanik |
|
Dilatari Bukit |
|
Pesta Padang Pasir |
Kelihatan penunggang kuda, dan ojeg mundar-mandir. Mencari penumpang yang hendak ke kaki Gunung Bromo. Dari jauh kelihatan tangga dari kaki gunung hingga ke puncaknya. Agak berisiko untuk menyaksi kawahnya. Yang mana berterusan mengeluarkan asap vulkanik.
|
Kembara Di Padang Pasir |
|
Bagaikan Pesta Fotografi |
Lembah Padang Pasir bagaikan pesta. Kelihatan gerai-gerai berjejer. Menjual makanan dan souvenir. Set veteran Poto turut sama dalam festa fotografi. Dengan aksi ala model dan gaya sentuhan profesional. Kadang-kadang melucukan.
|
Sentuhan Profesional |
7.05 pagi, akhirnya terpaksa meninggalkan lembah Padang Pasir. Mendaki laluan yang sama. 7.20 pagi, melintasi ladang bawang. 7.39 pagi, matahari mula menyinari. Menerangi pelusuk desa yang terpencil di lereng-lereng gunung.
7.49 pagi, jip berhenti di pekarangan Hotel Nadia. Terasa lega. 7.56 pagi, breakfast. Selesai sarapan terus masuk bilik 24. Berkemas-berkemas. Pakai “sumbat dan tekan”. Kesian beg-beg, dah over load.
8.57 pagi, semuanya berada dalam bas. Bersedia untuk meneruskan kembara. 9.03 pagi, doa musafir dilafazkan oleh "keturumbo", Uztaz Saberi. Diikuti bacaan surah Al-Zalzalah oleh adik Syahmi.
Surah Al-Zalzalah, Ayat 7
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
|
|
Terpencil Di Lereng Gunung |
Bas mula menuruni lereng-lereng bukit. Meninggalkan Hotel Nadia. Kelihatan Hotel Nadia, bagaikan kesepian. Terpencil. Akhirnya hilang di balik likuan jalan. Adieu Nadia.
Kecekapan Pak Soyot sukar ditandingi. Laluan sempit dan likuan tajam bagaikan lebuh raya. Hebat. Jagoan yang sukar dicari. Malah keyakinan pada Pak Soyot membuatkan hati tenang. Dan perjalanan menjadi lebih selesa.
9.12 pagi, melintasi gerai-gerai. Sawah-sawah yang hanya tinggal tunggul-tunggul. 9.49 pagi, akhirnya melintasi gerbang desa Bromo. Kemudian masuk jalan besar. Perjalanan menjadi semakin selesa.
9.59 pagi, melalui Jalan Raya Sedarium. Kemudian melintasi landasaan kereta api. 10.09 pagi, masuk pekan dan terus ke jalan raya Rejose.10.19 pagi, masuk Jalan Veteren.
10.21 pagi, masuk Jalan Raya Soekarno-Hatta. Waktu ini ramai set veteran Poto hanyut dalam ayunan bas. 10.30 pagi, masuk Jalan Raya Tambak. 10.39 pagi, melintasi landasan kereta api. Terus masuk Jalan Raya Kartini.
10.40 pagi, macet di Jalan Dr Soetomo. 10.50 pagi, semakin macet, apabila kenderaan-kenderaan Angkatan Laut Indonesia menguasai ruang. 10.56 pagi, masuk Jalan Diponegoro. Seterusnya Jalan Gajah Mada dan Jalan Patimura.
11.06 pagi, berhenti di stesen minyak Pertamina. Ada yang bergegas ke toilet. Tetapi terpaksa bayar 2 ribu rupiah. 11.14 pagi, menyambung semula perjalanan. Masuk Jalan Raya Balong. 11.23 pagi, masuk gerbang tol Gempol.
|
Warung Banboo |
|
Nasi Tumpang Special |
11.33 pagi, gerbang tol Pandan. Masuk Jalan Raya Kasri. 11.47 pagi, singgah di warung Bamboo di Jalan Pandan. Lunch dengan nasi tumpang. 12.24 tengah hari, bertolak. 12.36 tengah hari, masuk Jalan Raya Japan.
|
Desa Tanggulangin |
|
Mall Tanggulangin |
|
Barangan Kulit |
12.42 tengah hari, macet dengan lori. Kemudian melintasi Sungai Porong dan Brantas. 12.56 tengah hari, sampai Kota Sidoarjo. Di mana replica bandeng, dan udang menjadi ikon.12.57 tengah hari masuk desa Tanggulangin. Terkenal dengan barangan kulit.
|
Pekena "Esdegan" |
|
Sidiorjo Toko Mitra |
|
Keropok Udang |
1.00 tengah hari, sampai di pusat barangan kulit, Lalu pekena air kelapa muda, atau "esdegan". 1.36 tengah hari, bertolak semula. 1.53 tengah hari, singgah di warung keropok udang Sidiorjo Toko Mitra di Jalan majapahit.
|
Tokoh Indah Bordir |
2.10 petang, bertolak. Melalui Jalan Mukmin. Kemudian masuk Bandar Sidoarjo. Melintasi monument Yandayu di Jalan Jenggolo. 2.22 petang, singgah di tokoh Indah Bordir, di Jalan Yos Sidoarjo.
|
Berbagai Fesyen |
|
Berbagai Corak |
|
Variety Of Choice |
Pelbagai koleksi. Pakaian berbagai fesyen dan hiasan berbagai corak. Cukup menarik dan eksklusif. Lebih-lebih lagi corak bordirnya. 2.42 petang, solat jamak takdim di musala toko.
4.00 petang, bertolak. Masuk semula Jalan Kartini. 4.03 petang, Jalan Utong Suropato dan Jalan Sutan Agong. 4.06 petang, melalui Jalan Teuku Umar. Kemudian masuk Jalan Ahmad Yani. 4.14 petang, melintasi replica udang, dan bandeng.
4.27 petang, melintasi Masjid Agong. Kapasiti ruang seramai 80 ribu orang. 4.39 petang, Jalan Gong Sari. 4.50 petang, masuk Bandar Surabaya. Ibu kota metropolitan terbesar di Wilayah Jawa Timur. Dan kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Menjadi pusat perniagaan, perdagangan, industri, dan pendidikan.
|
Antara 2 Zaman |
|
Jolokan "Kota Pahlawan" |
Memiliki keluasan sekitar 350,54 km², dengan penduduknya berjumlah hampir 3 juta. Terkenal dengan jolokan “Kota Pahlawan”. Menyimpan sejarah perjuangan “Arek-Arek Suroboyo” atau Pemuda-pemuda Surabaya, dalam menuntut kemerdekaan.
|
Monumen Kota Surabaya |
Nama “Surabaya”, adalah susulan mitos pertempuran antara ikan sura (ikan yu), dan baya (buaya). Bahwa terbentuknya nama "Surabaya" setelah terjadinya pertempuran tersebut.
Suku Jawa menjadi majoriti, 83,68%. Selainnya suku Madura (7,5%), Tionghoa (7,25%), dan Arab (2,04%). Selebihnya bangsa Bali, Sunda, Batak, Bugis; Banjar, Manado, Minangkabau, Dayak, Toraja, Ambon, Aceh, Melayu, Betawi, dan warga asing.
|
Kerapan Sapi |
|
Mahakarya I Nyoman Nuarta |
Seterusnya, 4.55 petang, masuk bulatan
momumen “kerapan sapi” atau lembu berlumba. Dipacu oleh seorang “panongkek”
atau penunggang. salah satu Mahakarya dari pengukir I Nyoman Nuarta.
I Nyoman Nuarta adalah “pematung” Indonesia. Salah
satu pelopor Gerakan Seni Rupa Baru. Paling dikenal kerana mahakaryanya seperti
Patung Garuda Wisnu Kencana, Monumen Jalesveva Jayamahe dan Monumen Proklamasi
Indonesia.
|
Surabaya Mall |
|
Car Exihibition |
|
Toys City |
Tidak sedar senja
semakin berlalu. Semakin hening. Bagaimanapun kesepian bagaikan tidak mampu memburu suara-suara kota. 5.32 petang, masuk Plaza Surabaya Mall, menjelajah Toys City. 5.41 petang, keluar ikut lorong bambo. Musik sentimental bagaikan mengiringi setiap langkah.
|
Restoran Sederhana |
|
Menu Nasi Padang |
|
Resipi Asli Minangkabau |
5.45 petang, bertolak. 5.51 petang, melintasi Sungai Kalimas. Masuk bulatan, terus ke Jalan Jen Sudirman. 6.01 petang, berhenti di Restoran Sederhana, di Jalan Kombes Ma Duryat. Dinner dengan masakan padang.
6.30 petang, bertolak. Masuk Jalan Kudungdoro. Seterusnya Jalan Diponogoro. 6.57 petang, Jalan Taman Myahkara. Motorsikal memenuhi ruang jalan. Macet. 6.56 petang, melintasi landasan kereta api. 6.57 petang, Jalan Ngagel juga macet. Begitu juga Jalan Monyar ikut sesak.
Motorsikal dan kereta bagaikan saling berebut ruang. 7.25 malam, jalan mula selesa. 7.37 malam, baru sampai di Hotel D’Season, Jalan Tenggilis Utara. Lalu turun dari bas. Diiringi lagu sentimental “Bunga Tanjung”. Benar-benar membangkitkan nostalgia. Tiba-tiba menusuk rasa kerinduan.
Bunga Tanjung
Lirik dan nyanyian oleh Eddy Silitonga
Harum bau mu sibungalah tanjung
Harumnya sampai, harumnya sampai
Melintasi gunung
Tuan ku harap umpamakan payung
Hujan dan panas, hujan dan panas
Tempat berlindung
Apa merayap ditengahlah sawah
Anak kepiting, anak kepiting
Diruanglah batu
Apa diharap kepadalah saya
Saya yang miskin, saya yang miskin
Lagi piatu
Post a Comment