Qalam Perjalanan

HARI KEENAM :  KHAMIS 23 MAC 2017 (2)
Air Terjun Coban Rondo - Restoran Ria Djenaka
- Hotel Nadia Bromo


10.31 pagi bertolak. Jalan menurun dan berliku. Kelihatan Gunung Arjuna. Gunung berapi kerucut (istirahat) di Jawa Timur. Ketinggiannya 3.339 m. Nama “Arjuna” berasal dari salah satu tokoh epik  MahabharataArjuna.


Hasil "Melontar" Rupiah

Seterusnya menuruni Jalan Raya Punten dan masuk semula Jalan Bukit Berbunga. 11.44 pagi, masuk Kota Batu. Terkenal sebagai kota wisata. Dengan point of  interests yang menarik dan mempersonakan. Dijuluki sebagai De Kleine Zwitserland atau Swiss Kecil di Pulau Jawa.


Laluan Air Terjun Coban Rondo


Perjalanan seterusnya melalui Jalan Gajah Mada. Kemudian masuk Jalan Panglima Sudirman. 11.15 pagi, masuk Jalan Pujon Batu. Jalan mula mendaki dan berliku. 11.58 pagi, bas berhenti. Set Veteran Foto mengikut laluan, terus ke air terjun Coban Rondo.


Gema Coban Rondo

Menyusuri Lagenda

Terletak 1,135 m di atas permukaan laut. Memiliki ketinggian 84 mCoban Rondo sebenarnya sebahagian dari air terjun bertingkat. Bermula dengan air terjun kembar Coban Manten. Kemudian bergabung menjadi Coban Dudo. Apabila mengalir ke bawah ia menjadi Coban Rondo.


Denai Lagenda

Dingin Dan Nyaman

Menghayati Kedinginan
B
Persekitaran air terjun begitu mendamaikan. Terasa sejuk apabila terkena tempias air terjun. Dingin dan nyaman. Irama air terjun, bagaikan bergema, berterusan dan berulang-ulang. Menenggelamkan suara rimba yang lain.


Pesta Coban Rondo

Kenangan Coban Rondo

Coban Rondo adalah cebisan lagenda.  Pertarungan antara Raden Baron Kusumo dengan Joko LelonoRaden mempertahankan isterinya daripada dirampas oleh Joko. Malangnya kedua-duanya terbunuh. Tinggallah Dewi Anjarwati yang menjanda sambil meratapi nasib di balik air terjun.


Penyaaksian Lagenda

Lagenda Coban Rondo

Abadi Dalam Kenangan

12.43 tengah hari, meninggalkan air terjun. Menuruni bukit. Mengikut laluan yang sama. 12.55 tengah hari, melepasi gerbang Kota Wisatu Batu. 1.04 tengah hari, masuk semula Jalan Panglima Sudirman. 1.06 tengah hari, masuk Jalan Diponogara.


Lunch Di Restoran Ria Djenaka

1.17 tengah hari, sampai di restoran Ria Djenaka. Kata-kata, “Urip Mung Mampir Ngguyu”, menyambut kedatangan. Begitu juga motonya “Good Food With Coffe Mood”. Menawarkan lunch yang  berkonsepkan “customers’ satisfaction” atau “menjilat jari”

2.11 petang, menyambung perjalanan. 2.15 petang, masuk Jalan Mojorejo. Singgah di kedai Harum Manis. Membeli “ole-ole paling enak”, dengan pelbagai kerepek buah.

2.30 petang, masuk semula Jalan Panglima Sudirman. 2.55 petang, melalui Jalan Dr Cipto. 3.00 petang, masuk Jalan Dr Wahidin. Ketika ini beberapa orang set veteran Poto sudah pun terapung-apung di alam mimpi.

3.23 petang, melalui sawah. 3.26 petang, Jalan Pasar Wonorejo. Akhirnya keluar dari Kabupaten Malang dan Kabupaten PasuruanMasuk Kabupaten Prongolowo. 3.39 petang, singgah di Al Mabrur Kerayan, di Jalan Wurungduo.

4.12 petang, melintasi ladang tebu dan kilang gula. 4.18 petang, masuk Jalan Juanda. Sesak dengan lori-lori yang menuju ke pelabuhan. 4.52 petang, melepasi gerbang Bromo. Lalu masuk Jalan Bromo. Nama "Bromo" diambil dari bahasa Sanskrit "Brahma".


Laluan Bromo

Di sini jalan agak sempit, dan rosak. Bagaikan roller coaster, bas melompat-lompat.  Jalan pedalaman ini dipinggiri pokok-pokok, di kiri kanan jalan. Begitu hampir. Waktu ini kelihatan senja mula kehilangan warnanya. 

Jalan kian mendaki. Semakin kecil dan berliku-liku. 5.01 petang, melintasi beberapa buah rumah, yang begitu hampir dengan jalan. Terpaksa melalui beberapa jalan yang rosak. Jalan kelihatan basah. air mengalir menuruni pinggir jalan. Mungkin hujan turun sebelum ini. 


5.27 petang, melintasi gerai-gerai. 5.28 petang, laluan makin mendaki, terpaksa menggunakan gear 1. Persekitaran  semakin gelap. Bas terpaksa memasang lampu. 5.47 petang, akhirnya sampai di Hotel Nadia. di Jalan Bromo km. 31 Sapikerep Sukapura-Probolinggo,

Turun dari bas. Sejenak menikmati suasana  pergunungan. Begitu damai dan mempersonakan. Aroma rimbanya bagaikan terapung-apung memenuhi ruang senja. Dan keindahanan panoramanya bagaikan pesona yang mengasyikkan.

Agak sunyi, walaupun sekala-kala suara rimba saling bersahut. Mengisi keheningan senja. Namun terasa suasana pingitannya, bagaikan mencetuskan nostalgia romantik.


Bilik 23 Nadia

Seolah-olah menemui pintu rahsia. Lalu perasaan menyusuri ceruk-ceruk desa yang masih murni. Yang tidak terusik. Dan  tidak tercemar oleh arus pemodenan. Terasa suasana silam bagaikan melingkungi desa.


Add caption

Dinning Hall

 Dinner Lewat Sore

5.47 petang, masuk bilik 23. Dari beranda kelihatan samar-samar. Rumah-rumah dan ladang-ladang bagaikan tersembunyi di lereng-lereng gunung. 6.47 petang, keluar dari bilik. Menuruni tangga ke dewan makan untuk dinner.

6.46 petang, menyusuri laluan hotel. Terus ke lobi, untuk dapatkan password. Berehat sebentar di lobi. Membiarkan malam melabuhkan tiranya. Dan membiarkan kegelapan memburu ruang. Hanya lampu-lampu jalan menerangi laluan.

7.15 malam, balik ke bilik 23. Malam ini terpaksa tidur awal. Seawal jam 3 pagi kena bersedia. Dalam keheningan malam, sayup-sayup terdengar suara rimba. Bagaikan mencetuskan nostalgia “Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Post a Comment

Powered by Blogger.