HARI
KEENAM : KHAMIS 23 MAC 2017 (1)
Malioboro Ekspres
- Stesen Malang Kota Batu
Desa Kota Batu - Hotel Ollino
Garden
Masih lagi dalam gerabak Malioboro Ekspres. Namun masih ada lagi yang terus hanyut diayun gerabak. Diuliti mimpi dinihari. 3.49 dinihari, berhenti di stesen Malang Kota lama. Set veteran Poto bergegas nak menurunkan beg-beg besar di rak atas. Rupa-rupanya satu lagi stesen.
Stesen Malang Kota Batu
Perjalanan Malioboro Ekspress dari stesen Solo Balapan ke stesen Malang sejauh 264.9 km. Mengambil masa selama 7 jam 5 minit. Demikian Malioboro Ekspres namanya diambil dari nama Jalan Malioboro di Kota Yogyakarta. Dirasmikan operasiannya pada 1 September 2012.
3.56 dinihari, akhirnya sampai di stesen Malang Kota Batu. Terdengar bunyi “jeritan”
roda-roda besi ketika hampir berhenti. Agak excited, tetapi terlalu awal. Hanya ada
seorang sahaja porter, menawarkan khidmat. Masing-masing kemudiannya turun
dengan beg-beg besar yang sudah pun “kembang”.
Stesen Malang adalah sebuah stesen kereta api
di Kota Malang, Jawa Timur. Merupakan stesen kereta api terbesar di Kota Malang.
Terletak di ketinggian kira-kira 444 m di atas paras laut. Tidak hairanlah
suhunya berada di sekitar 24ºC dengan kelembapan 78%.
Suasana masih lagi gelap. Hanya diterangi
lampu-lampu di stesen. Terasa dingin, tetapi agak selesa. Platform yang agak luas memberi
kesempatan untuk membetulkan urat. Akibat tidur dalam keadaan yang tidak
selesa.
4.02 dinihari, menunggu di balai ketibaan. 4.08
dinihari, keluar dari pintu ketibaan. Beberapa orang porter sudah menunggu. Bagaimanapun terpaksa mengheret beg sejauh 50 meter ke parkir bas. Pak
Soyut kemudiannya memandu bas AD1502DC keluar
dari stesen.
Laluan agak lengang. Hanya diterangi lampu-lampu di sepanjang jalan. Waktu dinihari benar-benar tenang dan selesa. Tidak begitu sibuk dengan kenderaan. Juga tidak begitu bising dengan bunyi hon-hon kenderaan.
Secebis Kenangan |
Menjejak Memori |
Last Moment |
Laluan agak lengang. Hanya diterangi lampu-lampu di sepanjang jalan. Waktu dinihari benar-benar tenang dan selesa. Tidak begitu sibuk dengan kenderaan. Juga tidak begitu bising dengan bunyi hon-hon kenderaan.
Lobi Ollino Garden |
Kaunter Ollino Garden |
Transit Ollino Garden |
Sign Of love |
4.16 dinihari, sampai di hotel Ollino Garden, di Jalan Aries
Munandar. Sebagai hotel transit sebelum
meneruskan kembara. 4.27 dinihari, naik lif. Lalu terus masuk bilik 278. Bilik agak luas dan selesa, melegakan. Disambut pula dengan sign of love. 4.35 dinihari, selepas mandi, terus solat Subuh.
Dinning Hall |
Sarapan Pagi |
Ollino Garden |
Memanjatkan doa. Diikuti solat sunat musafir. 6.28 pagi turun. Breakfast di dewan makan. Bersama-sama kumpulan pemuda tempatan. Mungkin ada program pagi ini. 7.10 pagi, naik semula di ke bilik 278. Bersedia untuk kembara seterusnya.
Hanya Kenangan |
Aroma Orkid |
Nostalgic Moment |
Kenangan Ollino Garden |
9.50 pagi, naik bas. Doa musafir dilafazkan oleh keturombo Uztaz Saberi. Diikuti bacaan surah Alam Nasyrah oleh adik Syahmi. Kemudian Tazkirah.
Surah Alam
Nasyrah, Ayat 5
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu
ada kemudahan.
|
Seterusnya masuk Jalan
Embong Brantas dan Jalan Tugu. 9.54
pagi, melintasi Universiti Malang. 9.55 pagi,
laluan terganggu. Beberapa orang aktivist membuat demo “Salatiga Peduli Kendeng”. Membantah pembinaan kilang semen di wilayah Kendeng.
Demo "Salatiga Peduli Kendeng" |
Mereka menyalahkan gubernur Jawa Tengah, Ganjar Pranowo. Kelulusan yang diberi dianggap, “Kebijakan Ganjar sudah mencederai masyarakat”. Lalu kriminalisasi petani di Jateng perlu dihentikan dan lumbung padi perlu dipertahankan. Kerana lumbung padi merupakan nadi kehidupan penduduk desa.
Ungkapan tradisi, “bermula dari lumbung, berakhir pada lumbung”. Menjadi prinsip perjuangan aktivist. Lumbung tak boleh kosong karena itulah benih harapan untuk kehidupan. Pengertian “Lumbung” kepada penduduk desa jelas terungkap dalam sedutan lagu “Desa” karya Iwan Fals.
Di lumbung
kita menabung
Datang paceklik kita tak bingung
Masa panen masa berpesta
Itulah harapan kita semua
9.58 pagi, masuk Jalan
Semiru. Kiri dan kanan jalan mempamirkan tinggalan-tinggalan kolonial Belanda. 10.05 pagi, melintasi makam pejuangan dan Malang town squire. 10.07 pagi,
melintasi Fakuti Kedoktoran Prawijaya. 10.10
pagi, Universiti Islam.
Bas AD1502DC |
Ruang Keselesaan |
Laluan seterusnya agak sempit. Kedai-kedai
begitu hampir dengan jalan. 10.23 pagi, masuk Jalan
Raya Sengkaling. Di sebelah kanannya Hotel Umm
Inn. 10.31 pagi, masuk Jalan Panglima Sudirman.
10.32 pagi, Jalan Imam Bonjol.
Seterusnya melalui Jalan
Bukit Berbunga. Nama yang cukup menarik. Di kiri dan kanan, sepanjang
jalan berjejer nurseri. Mempamirkan aneka jenis bunga hias yang berwarna-warni. Bunga-bunga tersebut disusun
dengan rapi dalam polybag-polybag. Begitu
mempersonakan.
Alun-Alun Kota Batu |
Kemudian masuk Jalan Patimura.
Kelihatan Gunung Kawi. Sebuah gunung berapi di Kabupaten Malang. 10.30 pagi, melintasi Alun-Alun Kota Batu. Yang Mempunyai
prasarana rekreasi yang lengkap untuk warga Batu. Seterusnya masuk laluan yang menurun dan
mendaki.
10.50 pagi, sampai di desa Kota Batu. Lalu menuruni cerun landai, di belakang gerai kanvas. Terus ke perkebunan epal. Terlalu
excited, buat pertama kali melihat pokok epal. 10.55 pagi, masing-masing
memetik dan memakan epal sepuas-puasnya. "Selebihnya dibayar buk" untuk dibawa pulang.
Kota Batu memang terkenal dengan epal. Hingga
mendapat julukan “kota epal”. Malah epal telah ditanam sejak 1930-an lagi, semasa
pemeritahan Kolonial Belanda. Ketinggian wilayah Kota Batu 700-1,700 meter di
atas permukaan laut. Suhunya antara 12ºC-19ºC. Memang sesuai untuk tanaman epal di beberapa wilayah Kota Batu.
Terdapat lima jenis epal di Kota Batu.
Antaranya Manalagi, Rome Beauty, Granny Smith, Anna dan Wanglin. Masing-masing
memiliki differences and specialities. Lebih-lebih lagi Manalagi,
yang paling banyak ditanam di Kota Batu. Aromanya begitu harum dan rasanya
paling manis. Selain memiliki daya tahan yang cukup lama.
Post a Comment