HARI KEDUA 16 OGOS 2014
Terletak di latitud utara 5°44′ – 5°50′ dan longitud timur 102°59′ – 103°5′. Terlindung dari gelora Laut China Selatan. Dari ribut monsun timur laut. Sememangnya menjadi destinasi ideal untuk romantic escapism. Sekali-sekala hidup ini terpaksa lari dari reality bite.
Demikian juga, Taman Lautnya menghimpunkan khazanah laut yang berusia ribuan tahun. Sentiasa dalam peliharaan dan pemuliharaan. Untuk mempastikan keasliannya tidak tercemar. Authentic naturenya sentiasa kekal. Tidak terhakis oleh perubahan iklim dunia.
Laut bagaikan khazanah ilmu. Yang seluas samudra. Yang tak terjangkau oleh akal manusia. Tak mampu untuk
menyelongkari segala rahsia-Nya. Kalau ilmu yang dimiliki hanya setitis daripada lautan yang
luas.
Surah Al Kahfi,
Ayat 109
Katakanlah: “Sekiranya lautan menjadi tinta
untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh
habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami
datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”
|
Surah Luqman,
Ayat 27
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi
pena dan laut (menjadi tinta) ditambah kepadanya tujuh laut (lagi), sesudah
(kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnyanya (dituliskan) kalimat Allah.
|
Sesungguhnya, keindahan Pulau Redang mencetuskan inspirasi kepada pujangga dan
pelukis. Begitu juga kariyawan filem. Sentuhan keindahannya
bagaikan lintasan kesyukuran. Dapat dinikmati. Biarlah sejenak bersyukur akal berfikir. Dan sejenak bertafakur hati berzikir.
8.54 pagi, memulakan perjalanan dari Asmadi guest house. Van melintasi klinik
kesihatan, perkampungan, Redang De’ Rimba, Aima Grill Fish dan Taaras Beach Resort. Kemudian melalui
denai terus ke pantai. Bayu laut bertiup
lembut bagaikan mengalu-alukan kedatangan.
9.05 pagi, teruja melihat laut yang kebiru-biruan. Bagaikan menggamit perasaan. Ombaknya sentiasa melimpahi pantai. Berulang-ulang. Sekali mara dan sekali
pula berundur. Demikian terungkapnya kata pujangga, sekali ombak melimpah sekali pula pantai berubah.
Biarkan bayu merisik lalu dan biarkan ombak
membisik rindu. Namun laut tetap tenang. Dan membisu. Bagaikan menyimpan rahsia ribuan tahun. Yang
penuh mistri. Mistri yang sekian tahun tersembunyi. Yang masih lagi tidak terungkap.
Teringat kata pujangga Jalaludin Rumi. “Meskipun aku diam tenang bagai ikan, Tetapi aku gelisah pula bagai ombak dalam lautan.” Demikian, selagi laut bergelombang selagi itu pantainya berombak. Dan selagi dasarnya tenang. Dan sepi. Selagi itu laut menyimpan rahsianya.
Laut juga dicitrakan dan diungkapkan sebagai “suffering is bliss”. Manusia bertarung nyawa untuk sedikit nikmatnya.
Bagaimanapun laut dikatakan mengalami simpton
hypercania. Akibat pencemaran. Mungkin akan melenyapkan sedikit demi
sedikit nikmatnya.
Rintihan laut, benar-benar memilukan. Tetapi
apakan daya. Kerakusan manusia menyebabkan pelupusan. Kehidupan laut semakin terjejas.
Dan semakin terancam. Tetapi “Penyu Menangis Siaplah Tahu”.
Anak muda berlagu sayang
di bukit remis melepas rindu
adik ketawa di rantau abang
penyu menangis siaplah tahu
Sesak nafasnya sesak
tak tahu adik tak tahu
sebak dadanya sebak
tak tahu adik tak tahu
bengkak jantungnya bengkak
tak tahu adik tak tahu
JM Aziz
(Jiwa Merana)
9.18 pagi, keriangan bagaikan suara ombak. Saling sahut menyahut. Dan saling bersambut. Ayla benar-benar asyik dengan keseronokan. Si kecil Ayra, walaupun belum memahami, tetapi berkongsi keseronokan bermain pantai.
9.25 pagi, bercanda di laut. Bermain ombak.
Air laut sejernih kristal, menghidangkan kehidupan
laut. Ikan-ikan bagaikan ikut meraikan keriangan. Sentuhan cahaya pagi
di permukaan laut membentuk bayangan riak-riak yang indah di dasarnya. Mengindahkan lagi
warna-warni terumbu karang.
9.32 pagi, bermain pula di pantai. Kakak membina
istana pasir untuk Ayra. Ayahsu dan Umi menulis nama-nama Aram family di pasir.
Sedangkan Kakcik masih berendam di gigi air. Masing-masing menghayati
keindahan.
9.44 pagi, turun semula ke laut. Walaupun
laut itu sepi dan bisu. tetapi riak-riak di permukaannya bagaikan mengajak untuk bermain. Bayu di pesisirannya
bagaikan memanggil-manggil untuk bercanda.
Demikian, laut bagaikan
silent world. Menyimpan khazanah yang tersembunyi, tak terjangkau oleh fikiran. Dan tak terimbau oleh perasaan. Namun menjadi inspirasi pujangga. Dan menjadi khayalan pelukis.
Manakala langit memberi cahaya untuk mewarnai laut. Kedua-duanya bagaikan bertemu di kaki langit. Membisikkan kerinduan yang setia. Yang tak pernah surut, bagaikan ombak. Yang tak pernah sepi, bagaikan bayu.
Manakala langit memberi cahaya untuk mewarnai laut. Kedua-duanya bagaikan bertemu di kaki langit. Membisikkan kerinduan yang setia. Yang tak pernah surut, bagaikan ombak. Yang tak pernah sepi, bagaikan bayu.
Laut adalah kurnia
Ilahi. Maka segala khazanah di laut adalah untuk dinikmati. Setitis ilmu
yang kita miliki bukan untuk menguasai samudra.
tetapi untuk berkongsi nikmat. Untuk menikmati isi lautnya
untuk kesihatan dan hiasan.
Surah Aljatsiyah,
Ayat 12
Allah-lah
yang menundukkan lautan untuk mu supaya kapal-kapal dapat belayar padanya
dengan seizin-Nya, dan supaya kamu dapat
mencari sebahagian kurnia-Nya dan
mudah-mudahan kamu bersyukur.
|
Surah An-Nahl,
Ayat 14
Dan Dia-lah,
Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar
kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu
mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai.
|
Namun di sebalik mistri, tersua fenomena ganjil. Sebuah mata air mengalir di dasar
laut. Rasanya tawar dan segar. Tidak sedikitpun bercampur dengan air masin. Seolah-olah bagaikan ada batas pemisah antara keduanya.
Fenomena ganjil ini telah ditemui oleh seorang ahli oceanographer Perancis, Jacques Yves Costeau. Ketika menyelam di dasar laut. Kebingungan. Rasa bagaikan tak masuk di akal. Penyelam ini cuba mencari jawapannya. Tetapi semakin dicari semakin buntu.
Sukar sekali dipercayai. Bagaikan satu
halusinansi. Mungkin khayalan pengalaman penyelam atau bayangan mistri lautan. Bagaimanapun
Akhirnya ia menemui jawapannya di dalam Al Quran. Inilah yang dikatakan, sentuhan a moment of truth and a truth of wisdom.
Surah Ar Rahman,
Ayat 19 dan 20
Dia membiarkan dua
lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas
yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
|
Surah Al Furqan,
Ayat 53
Dan Dialah
yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin dan pahit; dan Dia
jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.
|
Beliau juga menemui sungai di bawah laut. Yang
ditumbuhi pepohon dan daun-daunan. Para pengkaji menyebut fenomena itu sebagai
lapisan Hidrogen Sulfida. Tetapi yang menjadi persoalan,
mengapa sungai yang mengalir di bawah laut
itu rasanya tawar?
Begitu juga terjadi apabila lautan Atlantik dan laut Mediteranian bertemu. Tetapi tidak bercampur satu sama lain. Satu lagi fenomena ganjil dan menakjubkan ialah api di dasar laut. Saperti di jelaskan dalam Al quran.
Surah At Thur,
Ayat 4 dan 6
Dan atap yang ditinggikan (langit), dan
laut yang di dalam tanahnya ada api.
|
Bagaimanapun dengan setitis ilmu, Allah
akan membuka rahsia lautan yang luas. Sedikit demi sedikit, melalui makna yang
tersembunyi dalam kitab-Nya. Baca dan fahamilah, makna yang tersurat dan
tersirat di sebalik ayat dan di sebalik perkataan. Yang tersirat itulah hakikat dan makrifat.
10.03 pagi, sejam sudah berlalu. Akhirnya Umi membuka bekalan. Kemudian turun ke laut. Menyuap kedua-dua
cucunya Ayla dan Ayra.
Kekadang terlupa kelaparan kerana keseronokan. Dan terlupa keletihan kerana keasyikan.
Inilah yang dikatakan "environmental therapy" Terlupa keburukan kerana keindahan. Terlupa kebisingan kerana kemerduan. Terlupa kecelaruan kerana kedamaian. Terlupa pergolakan kerana ketenagan.
Inilah yang dikatakan "environmental therapy" Terlupa keburukan kerana keindahan. Terlupa kebisingan kerana kemerduan. Terlupa kecelaruan kerana kedamaian. Terlupa pergolakan kerana ketenagan.
Mewarnai Dasar Laut |
10.15 pagi, Ayra dalam pegangan Umi dan Faiz masih lagi di laut. Bercanda. Ayla pula berenang-renang dengan pelampung bersama Aciknya. 10.25 pagi, berkemas-kemas untuk pulang ke chalet. 10.37 pagi, bertolak dengan van. Lalu meninggalkan jejak-jejak lesu di pantai.
11.45 pagi, selepas lunch di restoran Asmadi, terus bertolak
ke Kampung Jeti. 12.33 tengah hari, naik feri.
12.39 tengah hari, feri menyusuri Laut China
Selatan. Meninggalkan gelombang-gelombang kecil. Bueh memutih, bagaikan
berkejar-kejaran di belakangnya.
Kampung Jeti kelihatan
semakin jauh. Perlahan-lahan Pulau Redang semakin mengecil. Menjadi
semakin berbalam-balam. Akhirnya menjadi titik
kabur yang kemudiannya hilang di kaki langit. Terasa sayu. Hanya sayup-sayup bagaikan terdengar
panggilan pulau. Sayup-sayup dibawa angin laut.
Bersembunyi Di Sebalik Rahsia |
Post a Comment