Qalam Perjalanan






HARI KE 7, 11 DISEMBER 2015 (4)



Dibina Pada Tahun 537





3.45 petang, berjalan kaki ke Muzium Ayasofya, yang telah dibina Pada tahun 537. Bekas gereja yang kemudian dijadikan masjid. Dan kini sebuah muzium. Hujan masih renyai-renyai lagi ketika group Ziarah Sutera melangkahkan kaki ke Muzium Ayasofya.




Masihkah kau ingat  
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
 


  Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat




Kami terpaksa menunggu di luar pintu pagar Ayasofya. Dan diberi briefing oleh Samra.  Kemudian  diberi earphone untuk memudahkan komunikasi, dan interaksi dengan  Samrah. Untuk masuk ke dalam muzium kami dikenakan bayaran. 




Hujan Masih Renyai-Renyai




'Lalu Hujan Turun Kita Basah Bersama'



Melangkah sahaja kaki ke dalam Ayasofia, terasa tenang dan damai. Suasana  dalaman yang begitu indah. Dan mengkagumkan. Pencahayaannya  agak seimbang dengan keluasan dan ketinggian. Siling kubah, dan dinding dihiasi dengan mozek yang bercirikan tradisi islam. Yang sebelah menyebelah dengan tradisi Kristian Ortodoks.





 
Terasa Tenang Dan Damai


Hagia Sophia, atau Ayasofya begitulah namanya. Menyimpan  sejarah yang panjang. Mempamirkan kesenian, dan keindahan silam.  Dari zaman Byzantine, gereja Kristian Ortodoks kemudiannya menjadi sebuah masjid apabila ditawan oleh Sultan Mehmed II. Hiasannya turut berubah kepada seni dan tradisi Uthmaniyyah.



Hiasan Turut Berubah




Seni Dan Tradisi Uthmaniyyah




Mengikut sejarah, gereja Ayasofya telah dibina oleh Maharaja Justinian. Yang bercirikan seni bina Byzantine. Seni bina yang begitu menakjubkan dengan  mozek yang kompleks. Menjadikan ia salah satu gereja yang paling besar pernah dibina. Selama 1000 tahun, sehinggalah gereja Basilika St. Peter dibina di Rome.




Mozek Byzantine Yang Kompleks



Walaupun barang-barang berharga telah di bawa lari ke Rome semasa Perang Salib, Ayasofya terus berfungsi sebagai gereja. Sehinggalah Sultan Mehmed II  menakluki Constantinople pada tahun 1453. Unsur-unsur kristian ortodoks pada mozek diplaster dan diganti dengan reka bentuk geometri yang indah. Yang melambangkan kesenian dan tradisi Islam.




Bersinar Sebelah-Menyebelah



Pada tahun 1934, masjid ini telah bertukar menjadi muzium. Proses pemulihan telah membongkar mozek iconographic Kristian. Masalahnya, pembongkaran ini akan menyebabkan seni Islam yang bersejarah turut musnah. Oleh itu pakar pemulihan terpaksa menimbang antara keduanya. Keseimbangan Ini akhirnya membolehkan keindahan Kristian dan kesenian Islam bersinar sebelah menyebelah.




Dalam Proses Renovasi



Di ruang tengah kelihatan Staging bertingkat-tingkat.  Hampir mencecah siling. Sesungguhnya Ayasofia telah mengharung zaman yang begitu panjang. Keadaannya seolah-olah sudah  dimakan usia. Banyak bahagian terpaksa dibaiki dan diubahsuai. Supaya Ayasofya dapat berdiri dengan  kukuh untuk mengharungi zaman berikutnya.





Ruang Galeri Tingkat 2


Kami sempat juga ke tingkat dua. Melalui pintu yang dikawal oleh penjaga muzium. Dari pintu kami terpaksa mendaki lorong. Di mana lantainya diperbuat daripada batu. Tercungap-cungap juga apabila sampai ke atas. Ruang galeri di atas agak luas. Dari tingkat atas barulah kami dapat melihat hiasan dalaman Ayasofya.





Cahayanya Menyerikan Lagi Keindahan


Kelihatan cendalier-cendalier bergantungan. Lampu-lampunya bercahaya, menyerikan lagi keindahan dalaman. Tidak hairanlah Ayasofya terkenal dengan teknik pencahayaan yang sangat menarik. Lebih-lebih lagi 40 puluh tingkap dapat mengimbangkan cahaya dari luar.  Kelihatan juga medalion-medalion dengan nama-nama Allah, Muhammad, dan empat khalifah. Termasuk cucu-cucu Rasullullah, yang menghiasi tiang-tiang.




 
Iinskripsi Dan Kaligrafi Islam



Terdapat banyak Inskripsi dan kaligrafi di dinding muzeum. Tulisan Greek, catatan Yunani dan kaligrafi Islam bagaikan mewakili zaman masing-masing. Terdapat Dekorasi dinding yang terdiri daripada tulisan Yunani  yang panjang. Sebagai penghormatan kepada pengasas gereja, Justinian dan Theodora




Teks-teks Greek diukir dalam batu, masih lagi jelas. Teks-teks Yunani pula sebelah-menyebelah dengan petikan-petikan daripada Al Quran. Hiasan Kaligrafi dan lain-lain yang berunsur Islam telah mengganti imej Kristian, selepas gereja ini ditawan oleh Sultan Mehmed II.





Menjadi Inspirasi Pelukis



Hampir dua jam kami menyusuri sejarah Ayasofya. Di samping menikmati keindahan dalamannya. Kadang-kadang terasa hanyut dalam cahaya  mozek yang berwarna-warni. Tidak hairanlah Ayasofya memberi inspirasi kepada penyajak dan pelukis untuk menyelongkari kesenian dan keindahannya.


Demikian perjalanan sejarah, bagaikan ditakdirkan untuk Ayasofya. Walaupun ada pakatan untuk mengembalikan Ayasofya kepada gereja. Kegemilangan Hagia Sophia sebagai  gereja yang terunggul di zaman Byzantine, sudah lama berakhir.


Tak puas rasanya menikmati keindahan Ayasofya. Walau bagaimanapun kami terpaksa meneruskan kembara. Langkah seterusnya ialah melawat Masjid Sultan Ahmed, sebuah masjid bersejarah di Istanbul. Yang lebih dikenali sebagai Masjid Biru


Menaranya Bagaikan Menjunjung Langit


Dari jauh lagi kelihatan enam menaranya bagaikan menjunjung langit. Begitu hebat dan mengkagumkan.  Menara-menara ini  sangat unik, kerana kebanyakan masjid mempunyai empat, dua, atau hanya satu menara. Mengikut ceritanya, Sultan mengarah  arkiteknya untuk membuat menara emas (altin). Tetaoi telah disalah anggap sebagai enam (altin) menara.


Sekarang Masjidil Haram Mempunyai 9 menara


Enam menara ini telah membayangi  Masjid Haram di Mekah yang juga mempunyai enam menara. Akhirnya, sultan terpaksa menyelesaikan masalah dengan menghantar arkiteknya ke Mekah untuk menambah menara ketujuh.


Bahagian luarnya  begitu hebat. Dan menarik. Susunan kubah-kubah seolah-olah menurun dari kubah besar. Tetapi yang menghairankan tiada satupun bahagian luarnya  berwarna  biru saperti  namanya. Rupa-rupanya nama 'Masjid Biru' itu  datang dari jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman masjid.


5.07 petang, langkah kami sampai ke kawasan masjid. Sebelum masuk pintu masjid, kami terpaksa menanggalkan kasut dan memakai sarung kaki plastik yang disediakan di pintu masuk masjid. Mujurlah kami sampai selepas solat Magrib. Di Istanbul waktu Magribnya ialah 4.43 petang.



 


Keindahan Yang Mendamaikan

 
Sebagai tempat ibadat yang suci, pelawat hanya dibenarkan melawat sebelum atau selepas solat lima waktu. Ketika solat masjid akan ditutup selama 90 minit. Wanita terutama non-muslim diwajibkan berpakaian sopan dan bertudung. Tudung pula disediakan untuk pelawat, tanpa dikenakan bayaran.



 
Lebih sofan Dan Tertib



Pelawat juga diminta berdisiplin. Melangkah dengan tertib dan bercakap perlahan  apabila berada dalam masjid. Dibenarkan untuk mengambil gambar tanpa menggunakan flash. Pelawat  juga diingatkan untuk tidak mengganggu mereka yang sedang bersolat.



 
Begitu Halus, Seni Dan Indah



Melangkan sahaja ke ruang dalam, bagaikan terpaku. Hiasannya yang begitu artistik. Halus, dan indah. Mengkagumkan, dan begitu mempersonakan.  Bagaikan satu keharmonian, gabungan warna dan teknik pencahayaannya. Benar-benar mengwujudkan suasana yang menakjubkan. Begitu unik dan hebat. Terasa diri ini bagaikan terpinggir dalam keindahannya. Dan bagaikan terpencil dalam kehebatannya.

 
Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk  merakamkan keindahannya.  Kelihatan cahaya dari Lampu-lampu cendaliar  bagaikan menari-nari di permukaan jubin biru. Begitu juga  cahaya dari luar tingkap mewarnai lagi suasana. Bagaikan alam fantasi.

 

Reka Cipta Iznik Yang Menakjubkan

 
Siling yang tinggi dipenuhi dengan 20,000 keping jubin biru. Yang  memberi  nama popularnya, ‘Masjid Biru’ . Reka cipta Iznik dari abad ke-16 yang menakjubkan. Jubin tertua yang menampilkan lakaran bunga, pokok dan corak abstrak. Demikian pula susunan jubin dan gabungan warna yang diadun keseluruhannya.  Menjadikan masjid biru masterpiece arkitektur yang paling indah dan mengkagumkan.


Masjid Biru (Sultanahmet Camii) begitu gah namanya menyimpan sejarahnya tersendiri. Ia telah dibina antara tahun 1609 hingga1616. Semasa pemerintahan Sultan Ahmed I. Masjid Biru telah dibina atas arahan Sultan Ahmet I sendiri yang ketika itu hanya berusia 19 tahun.


 

Ciptaan Yang Menakjubkan

 
Ia dibina berhampiran dengan Hagia Sophia. Di atas tapak hippodrome purba dan bekas istana empayar Byzantine. Pelan masjid ini direka oleh arkitek Menmet Aga. Kerja-kerja pembinaannya  bermula pada tahun 1609. Dan ianya mengambil masa tujuh tahun. 


Sultan Ahmed I tidak sabar  untuk melihat ciptaannya yang menakjubkan. Menyebabkan beliau sering membantu dalam kerja-kerja pembinaan. Malangnya, beliau meninggal dunia hanya setahun selepas selesai karya beliau. Pada usia 27 tahun. Beliau kemudian disemadikan di pekarangan masjid.


Selain daripada tempat ibadat, ia juga terdiri daripada makam pengasas (Sultan Ahmed I). Termasuk madrasah, hospital, rumah tumpangan, sekolah rendah, pasar dan dapur umum. Malangnya Kebanyakan bangunan-bangunan telah dirobohkan pada abad ke-19.





Mohon Restu Di Masjid Biru



Sebelum beredar, sempat berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan. Walaupun Terasa berat kaki untuk melangkah, kami terpaksa  meninggalkan Masjid Biru. Sesungguhnya, saat ini telah terukir segala keindahannya  dan kedamaiannya  dalam hati ini. Mudahan-mudahan satu hari nanti kaki ini akan dapat menjejak semula cahaya kebiru-biruan. Yang sentiasa menari-nari dilantainya.



Restoran Chinese N Korean


5.35 petang, berjalan kaki menuruni lorong. Agak jauh juga tetapi rasa seronok apabila jalan beramai-ramai. Lebih-lebih lagi udara sejuk. Sekali-sekala terasa angin sejuk dari lorong-lorong, bagaikan mengalu-ngalu kedatangan kami. 
 


 
Makan Di Meja Bulat


5.50 petang, sampai di Restoren Chinese N Korean. Agak sederhana tetapi cukup selesa untuk kami. Yang  menyeronokkan kami  duduk  menghadap meja bulat  dengan chop stick.  Nampaknya masing-masing makan dengan berselera selepas 7 hari makan hidangan Turki.  It is really an Asian Taste.



Belang-Belang Istimewa



Lepas makan kami menunggu di luar restoran. Cahaya dari lampu-lampu jalan agak malap. Beberapa ekor kucing dengan belang-belang istemewa menarik perhatian. Sempat juga bermain-main dengan kucing.  Ada juga yang  mengambil peluang untuk bershopping di kedai sebelah.


Apabila semuanya dah bersedia barulah kami jalan bersama-sama, mengharungi gelap malam. Bas sudah menunggu. 7.10 malam, barulah kami bertolak tetapi jalan sesak. Bas terpaksa bergerak perlahan-lahan. Nampaknya masing-masing keletihan. Dua tiga orang  sudah pun berlabuh di muara mimpi.





 
Hotek Park In By Radisson


8.18 malam, sampai di Hotel Park Inn By Radisson, Turun dari bas , terpaksa mengangkut beg sendiri. Tanpa membuang masa terus ke  bilik 7119.  Rehat sebentar. Kemudian mandi dan jamak isya’.  Kerana tak sempat shopping beberapa orang ibu bergegas ke bilik 6119 untuk membeli-belah.  Hmm, shopping lewat malam.  



Baby Arissa


Let time
heal our sorrows
let shine
conceal our shadows.
Time
will forgive
and shine
will receive.


Biar masa
memberi cara
dan biar waktu
memberi restu.


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID) 

Post a Comment

Powered by Blogger.