HARI KE 3 : 7
DISEMBER 2015 (1)
Hotel Kervansaray
Termal - Masjid Ulu Camii
(Mistri Yang
Tersembunyi Dan Rahsia Yang Terbuka)
Last breakfast |
5.38 pagi, solat Subuh dengan usapan dingin
yang penuh syahdu. 6.15 pagi, sarapan terakhir di Hotel Kervansaray Termal.
7.00 pagi, beg-beg bersedia untuk masuk
ke dalam bas. Cuaca di luar agak gelap sedikit. Terasa sejuk apabila melangkah ke arah
bas.
"Gule-Gule" Kervansaray |
7.40 pagi, barulah bertolak dengan bas Tempel
Travel. Pemandangan di sepanjang perjalanan sangat syahdu, dengan cuaca yang
berkabus. Tanah datar yang luas, dipinggiri oleh banjaran bukit. Kelihatan
sayup-sayup di kejauhan.
Bursa Ulu Cami |
7.43 pagi, akhirnya sampai di Masjid Ulu Camii. Yang menjadi Tapak
Warisan Dunia UNESCO. Masjid terbesar di daerah
Bursa. Yang memiliki 20 kubah masjid, iaitu paling banyak di antara
kesemua masjid di Turki. Ia dibina atas
nazar Sultan Bayezid I yang telah berjaya menakluki bumi Bursa.
Plaque UNESCO |
Add caption |
Taklimat Tour Leader |
Di sinilah lahirnya empayar Uthmaniyah. Antara tahun 1335 dan 1363. Bursa dirujuk sebagai Hudavendigar bermaksud "anugerah Allah" di zaman Uthmaniyah. Manakala terkini ianya dikenali sebagai YeÅŸil Bursa bermaksud "Bursa Hijau". Merujuk kepada taman-taman yang menghijau.
Kaligrafi |
Mercu Tanda |
Kenangan Ulu Camii |
Menurut sejarah Ulu Camii dibina antara 1396 dan 1399.
Menjadi mercu tanda seni bina Uthmaniyyah. Yang
banyak menggunakan unsur-unsur
seni bina Seljuk. Ia direka dan dibina oleh arkitek Ali Neccar. Ia
adalah sebuah bangunan yang besar segi empat tepat, dengan dua puluh kubah
disusun dalam empat baris lima yang disokong oleh dua belas tiang.
Hiasan Dalaman |
20 Kubah |
Kononnya dua puluh kubah telah dibina
daripada dua puluh masjid berasingan.
Ini mengikut nazar sultan untuk membina 20 masjid, jika memenangi Perang
Nicopolis melawan pasukan Raja Sigismund dari Hungaria.
Setelah kemenangan dicapai pada tahun 1396. Para
penasihatnya menyarankan untuk membangunkan satu masjid besar dengan 20 kubah yang sama besar. Untuk
mengurangkan kos pembinaan. Dua belas
tiang berbentuk segi empat terpaksa menyokong berat 20 kubah.
Kekalahan Tentera Salib |
Kemenangan Nicopolis tahun 1396, mengakibatkan kekalahan teruk kepada pasukan
tentera Salib. Terdiri daripada tentera bersekutu dari Hungary, Bulgaria,
Croatia, Wallachian, Perancis, Burgundi, Jerman. Kemenangan akhirnya di tangan tentera Jihad Uthmaniyah.
.Ia sering dirujuk sebagai Crusade of Nicopolis. Ia adalah salah satu daripada Perang Salib besar-besaran yang terakhir pada Zaman Pertengahan. Bersama-sama dengan Crusade of Varna dalam 1443-1444.
Justeru masjid ini bagaikan tugu
kemenangan para jihad. Ianya kekal
hingga sekarang, menyimpan sejarah keagungan Uthmaniyah. Sekarang ia menjadi
tempat ibadat dengan kemudahan kolam
air pancuran (şadırvan) di tengah-tengah masjid, di mana jemaah boleh berwuduk
sebelum solat.
Anihnya, hanya di Ulu Camii air pancuran
berada di tengah-tengah masjid. Ramai hanya mengkagumi keunikan air pancuran
tetapi tidak mempersoalkan mengapa dibina di tengah-tengah masjid. Sebenarnya ada mistri di sebalik pembinaannya.
Mengikut cerita, seorang perempuan tua
tinggal di pondok kecil. Di tengah-tengah kawasan yang hendak dibina masjid.
Perempuan tua itu enggan menjual tanahnya kepada Sultan. Akhirnya dia meninggal
dunia tanpa meninggalkan sebarang waris.
Ini membolehkan projek pembinaan diteruskan.
Walau bagaimanapun ianya menjadi dilema. Kerana bersolat, dan berdoa di atas
tanah tanpa kebenaran pemiliknya belum tentu sah solatnya. Akhirnya Ulama-ulama
terpaksa mencari penyelesaian secara berkompromi.
Mereka telah mencadangkan agar air pancuran
dibina di atas bahagian tanah yang tidak dibenarkan oleh pemiliknya. Ini
dapat menghindarkan solat dilakukan. Lebih-lebih lagi bersujud dan berdoa di kawasan yang menyalahi hukum.
Kemudian kubah dibina di atas pancuran ini,
Kubah ini mempunyai beberapa jendela
langit yang mewujudkan cahaya yang
lembut. Cahayanya dapat memenuhi ruang masjid seluas 5000 meter persegi. Jika
panas, jendela akan dibuka. Udara masuk, manakala air akan menyejukkan suasana
di dalam. Menciptakan harmoni dan kedamaian dalam masjid.
Seni Ukiran |
Dari luarnya pula seperti konstruksi batu
berbentuk persegi dan berwarna terang. Sebagian dindingnya ditutupi seramik.
Bagian luarnya terdapat ukiran melengkung dengan jendela-jendela kecil. Ia
dilengkapi dua menara yang menjulang naik ke langit.
Hiasan dalaman |
Terdapat tiga buah pintu. Salah satu
menghadap bazaar. Satu lagi ke arah pelataran dan taman kota. Masing-masing
diperbuat dari kayu dan kaca. Untuk masuk para pengunjung diminta membuka
kasut. Kemudian meletakkannya di dalam rak-rak kasut di dalam masjid. Atau dimasukkan ke dalam plastik.
192 Karya Kaligrafi |
Hiasan dalaman begitu mengkagumkan. Dinding
dan tiang dihiasi dengan ayat-ayat Quran, dengan seni kaligrafi yang indah dan
menarik. Terdapat 192 karya oleh penulis kaligarafi yang terkenal di zaman
Uthmaniyah. Menjadikannya sebagai salah
satu contoh kaligrafi yang terbaik di
dunia.
Pintu Mimbar |
Begitu juga keunikan ukiran terutama pada
pintu-pintu kayu. Yang menjadi tarikan kepada peminat barang antik, sehingga
berlaku kecurian. Peristiwa ini agak
menggemparkan. Pintu mimbar berusia lebih 600 tahun telah dicuri pada Mei
1993. Kehilangannya telah dikesan oleh
pihak berkuasa Turki, dan New Scotland Yard.
Sindiket telah menghantar pintu itu ke rumah lelongan
Christie untuk dijual kepada peminat barang antik. Pada masa itu, Interpol
telah dimaklumkan secara detil tentang
pintu. Termasuk gambar-gambar yang diambil ketika di masjid. Maklumat telah disebarkan secara
meluas kepada peniaga barangan antik, muzium, dan pihak berkuasa kastam.
Akhirnya pekerja Christie mengenal pasti pintu itu sama
seperti maklumat Interpol. Pada 15 Mei 1995, pihak polis sudah mengenal pasti
dan begitu juga pegawai-pegawai Turki.
Tindakan telah diambil kepada yang terlibat. Namun selepas lima bulan
barulah pintu itu dikembalikan kepada masjid Ulu Camii.
Begitu juga keunikan setiap kaligrafi dan
ukiran mempunyai sejarahnya tersendiri, termasuklah huruf "wau".
Saperti mengikut riwayat, Nabi Khidir a.s pernah bersolat di masjid ini. Dan telah menulis sendiri huruf “wau” di
tiang depan masjid. Mengikut penduduk tempatan banyak kali Nabi Khidir a.s
singgah bersolat di masjid ini. Tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja dapat
bertemu dengan Nabi Khidir a.s.
Satu lagi keunikan dan mistri ialah mimbar kayu yang juga berusia lebih 600
tahun. Bukan sahaja dibuat tanpa menggunakan sebarang paku, tetapi ianya
terdiri daripada 6666 kepingan yang dimasukkan bersama-sama ke dalam
secara lego. Juga
tanpa pin, gam atau pelekat.
Yang lebih menghairankan, ialah mistri sistem
solar di bahagian kiri mimbar. Berupa
ukiran 3D dengan matahari sebagai
pusatnya. Walhal masjid ini dibina sebelum Galileo Galilei dilahirkan lagi.
Ramai pengunjung tidak menyedari wujudnya sistem solar ini. Tidak pasti sebab
mengapa ia tidak dipaparkan secara jelas. Atau ianya secara kebetulan? Inilah
mistrinya.
Hiasan Dalaman |
Dengan seni yang indah, dan sudut kaligrafi yang menarik menjadi satu keunikan. Setiap kaligrafi memberi makna kepada lokasi, dan cara persembahannya. Demikian juga ruang yang luas dengan pengaliran udara dan pencahayaan yang seimbang. Memberi ketenangan dan kedamaian kepada penghunjung. Lebih-lebih lagi terasa khusuk ketika solat .
Lamannya sangat luas. Terdapat deretan paip untuk mengambil wudu dengan tempat duduk dari batu rendah. Dan terompah kayu tersusun dengan kemas. Terdapat juga kolam pancuran berbentuk bulat di laman masjid dengan kemudahan untuk mengmbil wuduk..
Di luar masjid terdapat kedai-kedai menjual souvenir. Lorong-lorong agak tenang, dan tidak ramai pelanggan. Peniaga-peniaga mengalu-ngalukan kedatangan kami denga senyuman, dan ungkapan "bir sey degi".
Beberapa orang membuat window-shopping. Sambil bertanya kepada peniaga dengan menggunakan bahasa isyarat, Boleh dikatakan pendduk di sekitar Ulu Camii agak mesra. Sempat juga bergambar dengan peniaga, pekerja dan tukang kasut.
Deretan Paip |
Lamannya sangat luas. Terdapat deretan paip untuk mengambil wudu dengan tempat duduk dari batu rendah. Dan terompah kayu tersusun dengan kemas. Terdapat juga kolam pancuran berbentuk bulat di laman masjid dengan kemudahan untuk mengmbil wuduk..
Di luar masjid terdapat kedai-kedai menjual souvenir. Lorong-lorong agak tenang, dan tidak ramai pelanggan. Peniaga-peniaga mengalu-ngalukan kedatangan kami denga senyuman, dan ungkapan "bir sey degi".
Dalam Kemesraan |
Beberapa orang membuat window-shopping. Sambil bertanya kepada peniaga dengan menggunakan bahasa isyarat, Boleh dikatakan pendduk di sekitar Ulu Camii agak mesra. Sempat juga bergambar dengan peniaga, pekerja dan tukang kasut.
Turki Karagos |
Di sini juga satu ketika dulu terkenal dengan
Turki Karagos. Wayang kulit teater
tradisional. Mengikut legenda, ia bermula di
Ulu Camii. Dikatakan teater ini tercetus dari lawak dan gurauan dua
orang lelaki yang bekerja di tapak pembinaan Ulu Cami. Mereka sentiasa membuat komedi spontan yang
menyebabkan yang lain-lain berhenti bekerja.
Teater Traditional |
Ini melambatkan kemajuan pembinaan. Apabila
sultan mendengar hal itu, kedua-dua lelaki, Karagöz dan hacivat di hukum mati. Walau
apa yang berlaku kepada pelawak tadi, wayang kulit berdasarkan komedi mereka berkembang. Bertahan hingga ke hari
ini di Bursa, dan di seluruh Turki.
Penjuru Memori |
Demikian riwayat Ulu Camii, walaupun dibina
600 tahun dahulu, masjid ini masih kukuh. Dan masih menjadi tempat ibadat.
Masih dikagumi oleh pelancung, dan pencinta seni. Masih menjadi kajian pakar
sejarah dan peminat-peminat kaligrafi. Tidak hairanlah Ulu Camii menjadi mercu
tanda empayar Uthmaniyah. Di mana bermulanya penguasaan Uthmaniyah.
Baby Ameera
(our little Wonder)
Let patience
keep your silence
and let silence
keep your presence.
Your silence
gives the message
and you patience
give the courage.
Makin diam
makin faham
dan makin sabar
makin sedar.
ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Post a Comment