HARI KEEMPAT : AHAD
19 OGOS 2018
Taman Seri Jenaris
- IOI City Mall - Kafe B.G.P
Berianio Gam
5.33 pagi, terbangun. Namun masih dalam sleeping
mood. 6.24 pagi, selepas mandi terus solat suboh. Kemudian mengingati bebrapa
surah yang masih belum lagi well versed. 8.03 pagi, sarapan ala kadar.
Perut tak boleh terlalu lama kosong. 8.36 pagi, bantu Baba
pasang skirt di dapur dan jaring di tingkap nako. 8.56 pagi, Nenek dan Ayahsu keluar
mencari juadah pagi.
11.35 pagi, berkemas-kemas. 11.48 pagi,
bertolak. Goodbye flet Bukit Mewah. 12.49
tengah hari, masuk kiri, Jalan Kajang Silk.
12.53 tengah hari, melalui jalan sekolah. Melihat sepintas lalu pekan Kajang. Kamudian naik flyover. 12.56
tengah hari, touch n’ go di tol Bukit kajang.
1.02 petang, masuk simpang kanan Sungai Kantan.
Seterusnya melintasi Mesjid Jenaris. 1.05
petang, sampai di depan rumah 61/138, di Taman Seri
Jenaris.
Lunch di rumah Neksu. Lepas tu family talk. 2.28 petang,
bertolak meninggalkan Taman Seri Jenaris. 2.40
petang, masuk susur kanan, Saujana Impian. Lalu
masuk laluan Kajang - Cheras. 2.43 petang,
melintasi Tesco Extra. Seterus Jalan Kajang Silk. 2.46 petang, touch n’ go di
tol Sungai Balak. 2.51 petang, melintasi De Centrum Mall, laluan SKVE.
2.54 petang, masuk simpang kiri, ke IOI City Mall,
Putra Jaya.
2.54 petang, masuk parkir. Turun bawah
kemudian touch ‘n go. 3.03 petang, parkir di LG(a) C 14 lot 102. 3.17
petang, naik lif ke aras G. Melintasi Dockerts
Timekeeper. Pelanggan di SVK ramai
tetapi tidaklah sampai sesak. Masih selesa untuk walk around. 3.29
petang, masuk butik CottonZone, dengan
taglinenya, “fits for all”.
|
Siluet |
|
Pilihan Selera |
Kemudian turun eskalator. 3.23 petang, masuk
kedai serbanika Yubi So. 3.45 petang, beratur
di mesin ATM CIMB. 3.54 petang, masuk beberapa
kedai: Ventimo Rudh, S.
Wan, Jewel Wam Chan dan Carlo Rino. 4.12 petang, Kedai
Voir dan kedai kasut Skechers. 4.20
petang, kedai King Of Trainers.
|
Bersantai |
|
Perbincangan |
4.45 petang, naik eskalator, naik dan naik
hingga aras 2. 4.47 petang, masuk medan selera. Sempat masuk kios Gadget Hub. 4.53 petang, duduk round set
depan restoran The Plated. 4.57 petang, melihat
remaja main ice skating. 5.01 petang, turun eskalator aras 1. 5.05
petang, turun lif ke aras LG. 5.09 petang, sampai ke lot parkir.
|
Lorong Pilihan |
|
Idaman Hati |
5.12 petang, tunggu Ibu
dan Baba dalam kereta. 5.41 petang, bertolak
dengan Hilux. 5.44 petang, melintasi IOI City Tower 2. Kemudian bulatan IOI City resort terus masuk laluan Cheras - Semenyih. Masuk simpang kiri bulatan besar.
Melintasi pasar minggu. 5.53 petang, masuk simpang kiri, Pucung Lama. Tertera sign board Kafe B.G.P Berianio Gam Putra
Jaya, mengalu-alukan pelanggan.
|
Dua Wajah |
|
Wajah Kesayangan |
5.55 petang, parkir di sebelah restoran. Di
hadapannya ladang sawit. Kelihatan terbiar. Booking dua meja bulat. Atuk, Nenek, Acik dan Ayahsu duduk
di meja no. 4. Baba, Ibu
dan anak-anak duduk di meja no. 5. Atuk, Acik dan Ayahsu order
nasi briani gam. Nenek share dengan Acik. Aroma briani gam bagaikan terapung-apung
menyentuh deria rasa.
|
3 Generasi |
|
Berkongsi Rasa |
Agak lewat senja. Jadi tida pelanggan lain.
Namun ada lagi baki untuk pelanggan lewat. Ayahsu
dan Baba berbincang sama ada terus balik sampai
pagi atau bermalam di Kuantan. Kadang-kadang problem
tak diduga menghasilkan keputusan yang terancang.
|
Baby Aleef |
|
Aksi Baby |
7.04 malam, baru bertolak. Masuk laluan KL - Johor Baharu. Sisa-sisa senja masih melatari
kaki langit. Kelihatan kabur dalam bayangan senja. 7.12 malam, melintasi Garden Park. Selepas touch ‘n go, tiba-tiba
berpisah. Tersilap jalan.
|
Kafe B.G.P |
|
Beriani Gam |
Terpaksa Faiz
ikut wave. Melintasi label Besraya dam
Label Megan Salak Park. 7.24 malam, touch ‘n
go di tol Lokeyou. 7.34 malam, terpaksa
berhenti di Petronas MR2 Ampang. Baba hantar mesej, Hilux
bermasalah. Jadi terpaksa tunggu. 7.43 malam, Baba
sampai. Rupa-rupanya tangki air kering. Temprature tiba-tiba melonjak.
Terpaksa disejukkan. Kadang-kadang masalah memberi kesempatan yang terbaik.
|
Lewat Senja |
|
Hidangan Briani |
7.48 malam, Atuk
pergi ke surau Petronas. Solat Jamak takdim. Seterusnya memanjatkan doa untuk
perelindungan dan keselamatan dalam perjalanan. 8.10 malam, bertolak.Mengekori Hilux. 8.23 malam, melintasi Plaza
Flamango. 8.24 malam, masuk susur kanan laluan Batu
Cave. 8.28 malam, simpang kiri ke Sentol Dalam.
Kemudia u-turn terus ke laluan Genting Highland.
|
Aroma Briani |
|
Sentuhan Selera |
8.34 malam, touch ‘n go di Tol Gombak. 8.46 malam, laluan Genting Sepah berliku-liku. Lampu jalan hanya
menerang laluan hadapan. Kiri dan kanan jalan agak gelap. 8.47 malam, masuk
terowong Genting Sepah. Seterusnya laluan
mendaki. Di lembah kelihatan lampu-lampu berkelipan bagaikan bintang di langit.
|
Sehidang Rasa |
|
Semeja Bersama |
8.55 malam, suasana semakin gelap. 9.03
malam, touch ‘n go di Tol Bentong. 9.15
malam, touch ‘n go di Tol Karak. 9.43
malam, melalui Jembatan Temerluh. Melintasi R&R Temerloh. 10.19 malam, touch ‘n go di Tol Gambang. 10.32 malam, exit 8350 Gambang. Touch ‘n go di Tol Gambang. 10.36 malam, simpang kiri. 11.07 malam,
jalan agak menakutkan.
Seterusnya melalui Jalan
Lapangan Terbang Sultan Ahmad. 11.22 malam, akhirnya sampai di lorong Pandan Aman. Homestay No. 13,
teres 3 bilik. Agak selesa, lalu pekena maggi hot cup, kari kick. Ayra dan Ayla tumpang
sekaki. 11.42 malam, sempat membaca buku, “Mengapa
saya masih memetik gitar”. Mengenai perjalanan kerohanian Yusuf Islam atau pernah ketika dulu popular dengan
nama Cat Stevens.
Post a Comment