HARI KELIMA : RABU
22 MAC 2017 (1)
Hotel Whiz - Desa Kasongan - Desa Manding - Restoran
Sari Bonda - Museum Istana Mangkunegaran
4.13 dinihari,
terbangun. Dah menjadi habit, bagaikan early bird. Berulang
saperti semalamnya. Cuma bimbang, takut terperangkap dalam sindrom ABC, Amalan Berulang
Cara. Orang Terengganu kata penyakit KDK,
Ketuaan Dalam Ketulaan. Ketulaan bermaksud, “pi
mai pi mai tang tu”.
Right
now,
Hotel Whiz sedang meraikan 9th Aniniversary Intiwhiz Hospitality Management.
Mungkin tengah memperhebatkan konsep mesra pelanggan.
Bagaimanapun cuba menghayati setiap moment untuk menjadikan customer support sebagai satu realiti. A moment of satisfaction
6.07 pagi, turun ke dewan makan. Malangnya tak banyak pilihan. Bagaimanapun hanya makan sekadar alas perut. 6.40 pagi, naik semula. Terus masuk bilik 224. Berkemas-kemas. Terpaksa “sumbat dan tekan”. Susulan perkembangan aktiviti “melontar rupiah”, menyebabkan beg-beg mula berkembang.
7.51 pagi, adieu room
224. Matur nawun kerana comfortability and hospitality. Terasa sayu apabila melangkah keluar dari bilik. 7.54 pagi, berada dalam
bas. Doa dilafazkan oleh “keturombo”, Uztaz Saberi.
Diikuti bacaan surah Adh Dhuha, oleh adik Shahmi. Seterusnya tazkirah.
Surah Adh Dhuha,
Ayat 11
Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)
|
7.58 pagi, lalu bermulanya perjalanan dari Jalan Dagen. Kemudian masuk Jalan
Letjen Suprapto. 8.09 pagi, masuk Jalan Bantul. Seterusnya menyusuri kubaten Bantul. Moto
kabupaten ini adalah “Projotamansari” singkatan dari Produktif-Profesional, Ijo
royo royo, Tertib, Aman, Sehat, dan Asri.
8.15 pagi, melintasi sungai. Seterusnya masuk gerbang Jalan
Kasongan. 8.20 pagi, berhenti di desa Kasongan. Desa wisata yang terkenal dengan perusahaan tembikar. Termasuk
souvenir, figura, hiasan dinding, topeng dan perabot buluh.
8.23 pagi, masuk lorong kecil. Terus ke
tempat pembuatan tembikar. Diusahakan oleh kaluarga dan kerabat. Cottage industry di desa kasongan ini sudah menjadi warisan turun-temurun. Kemahiran, yang satu-satunya rahmat Ilahi. Sebagai anugerah Pencipta.
Di sepanjang jalan, kedai-kedai bagaikan galeri. Mempamirkan kreativiti yang begitu seni dan halus. Daripada pasu kecil hingga ke patung yang besar. Yang berhias ukiran, dan berwarna-warni. Dalam pelbagai bentuk yang unik, menarik dan artistik. Begitu mengkagumkan.
8.47 pagi, bertolak, meninggalkan “desa
wisata” Kasongan. Melalui gerbang wilayah Batul. Mata hari pagi ini kelihatan lesu. Cahayanya agak pudar, kurang menyinar. Sekali-sekala
mengintai di balik ombak-ombak awan.
9.08 pagi, sampai di desa
Manding, di Jalan Parangritis. Merupakan
sentral industri kerajinan kulit. Kios-kios di
kiri kanan jalan menawarkan pelbagai pilihan. Dari tas, kasut, dompet, jaket, tali
pinggang hingga ke souvenir. Benar-benar dapat memenuhi cita rasa pelanggan. Akan tetapi malangnya beg-beg dah cukup “kembang”.
Bagaimanapun singgah di kios Martha Kerajinan Kulit. Membeli selipar kulit dan
kasut kulit. Untuk Kakcik dan Banglong. 9.45 pagi, meninggalkan desa Manding. Kota Solo masih lagi 91 km. 9.56 pagi, melintasi Indonesian Institute of the Arts di Jalan Imogiri Timur.
Desa Di Lereng Gunung |
Pada 26 Oktober 2010, Gunung Merapi kembali
meletus. Disertai awan panas setinggi 1,5 kilometer. Yang kemudian meluncur bersama lahar panas. Menuruni lereng-lereng gunung. Melewati desa Sleman, Klaten, Boyolali, dan Magelang. 16 orang terkorban, termasuk Mbah Maridjan. Juru kunci Gunung Merapi, yang diamanahkan
oleh Sri Sultan Hamengkubuwana IX.
Apa yang mengejutkan pasukan penyelamat, jasad Mbah Maridjan ditemui dalam keadaan bersujud. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Tragedi ini bukan sahaja menjadi catatan sejarah, tetapi dikaitkan dengan metos lagenda.
Perjalanan akhirnya merentasi perbatasan Yogyakarta dan Jawa Tengah. Di sebelah kiri kelihatan Candi Parambanan. 11.15 pagi, masuk Jalan Perintis Kemerdekaan. Sepanjang jalan, kebanyakannya rumah-rumah lama. Setengah-tengah kurang terurus. 11.40 pagi, melintasi Kopasus (Komando Pasukan Khusus). 11.44 pagi, masuk Jalan Ahmad Yani.
Posisi Bersujud |
Apa yang mengejutkan pasukan penyelamat, jasad Mbah Maridjan ditemui dalam keadaan bersujud. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Tragedi ini bukan sahaja menjadi catatan sejarah, tetapi dikaitkan dengan metos lagenda.
Perjalanan akhirnya merentasi perbatasan Yogyakarta dan Jawa Tengah. Di sebelah kiri kelihatan Candi Parambanan. 11.15 pagi, masuk Jalan Perintis Kemerdekaan. Sepanjang jalan, kebanyakannya rumah-rumah lama. Setengah-tengah kurang terurus. 11.40 pagi, melintasi Kopasus (Komando Pasukan Khusus). 11.44 pagi, masuk Jalan Ahmad Yani.
11.56 pagi, selepas melintasi landasan kereta
api, masuk Jalan Slamet Riyadi. Jalan
terpanjang di Asia Tenggara. Menjadi nadi bisnes kota Solo.
Beberapa bank, hotel, gedung perniagaan, restoran internasional, dan taman
rekreasi terletak di sepanjang jalan protokol ini.
12.12 tengah hari, melintasi gereja katolik dan stadium
lama. 12.05 tengah hari, sampai di Restoran
Sari Bonda. Menunya "masakan padang", resipi asli Minangkabau. Satu-satunya Ikon
kuliner tradisional Padang, iaitu dari provinsi Sumatera Barat. 12.33 tengah hari, baru selesai lunch. Feeling appetite satisfaction.
12.46 tengah hari, meneruskan perjalanan. Masuk Jalan Diponogoro. Seminit kemudian sampai Museum Istana Mangkunegaran. Istana resmi Kadipaten
Praja Mangkunegaran. dibina pada tahun 1757 oleh Mangkunegara I. Mengikuti model keraton. Pamedan, pendapa,
pringgitan, dalem, dan keputren, yang seluruhnya dikelilingi oleh tembok yang
kukuh.
Local
guide, ibu Marianti menyambut set veteran Poto. Dari pintu masuk kelihatan balai Pendopo Ageng Pura Mangkunegaran. Pendopo yang terbesar di Indonesia. Dapat menampung
lima hingga sepuluh ribu orang.
Hiasan langit-langit pendopo yang berwarna
terang melambangkan astrologi Hindu-Jawa. Di
langit-langit ini tergantung deretan lampu antik. 1.15 petang, masuk dewan
budaya. Mempamirkan gamelan-gamelan pusaka. Antaranya, gamelan
Kyai Seton, gamelan Kyai Kanyut Mesem,
dan gamelan Lipur Sari.
1.24 petang, masuk Dalem Ageng. Ruang tidur pengantin. Dan tempat persemayaman, yang berlapiskan tenunan sutera. Dipamerkan juga perhiasan, senjata-senjata, pakaian-pakaian dan medal-medal. Perlengkapan wayang, wang logam, gambar adipati-adipati Mangkunegaran serta berbagai barang seni.
Di belakang Dalem
Ageng, adalah tempat kediaman keluarga
Mangkunegaran. 1.31 petang, masuk ruang santapan
diraja. Jendela kacanya berwarna-warni. Menggambarkan pemandangan alam di Jawa.
Post a Comment