Qalam Perjalanan

HARI KEEMPAT 30 APRIL 2018 (1)
Travelodge Sydney - Queen Victoria - Sydney 
Olympic Park - Ketomba Scenic World - Scenic World 
Top Station - Scenic Railway - Jamison Valley


Peta Travelodge

Hotel Travelodge

Pagi ini terima dua kali morning call. Last sekali pukul 5.37 dinihari. Selebihnya, masa diisikan dengan mengemaskini item-item yang perlu dibawa. Di samping itu melihat sepintas lalu autumn itenerary. Handphone dan kamera of course fully charged.


Breakfast

A Mouthful

Empat Semeja

Tiga Sehidangan

7.02 pagi, keluar dari bilik 1118. Lalu turun lif ke ground floor. 7.06 pagi, masuk dewan makan. Hanya memilih makanan yang tercatat perkataan “halal”. Makan mesti dengan yakin. Tanpa waswas, kerana waswas itu bisikan syaitan. 

Mengikut ahli filsafat, Abu Hamid Al Ghazali, insan mempunyai, “Lintasan hati penggerak keinginan”. Lintasan hati yang baik itu mencetuskan ilham. Sebaliknya lintasan hati yang dikeji itu menimbulkan waswas.

7.57 pagi, baru selesai sarapan. 8.01 pagi, bersiap sedia untuk kembara.  8.48 pagi, baru naik bas. Masing-masing bersemangat. Kali ini bas dipandu oleh Pak Daniel. Kebetulan hari ini hujan turun rintik-rintik. Bagaikan meraikan perjalanan Veteren Poto.

8.57 pagi, sesi perkenalan, breaking the ice. Kadang-kadang susah juga nak ingatkan nama. Maklumlah semakin tua semakin mudah lupa. Bagaimanapun trip kali ini terdiri daripada set veteran. Yang lebih tolerant dan lebih understanding.

Cuaca pagi ini agak mendung. Namun menyerlahkan trip excitement, dengan pengkisahan, warna-warni kembara. Saperti kata Ibn Battuta “Traveling leaves you speechless, then turns you into a storyteller”.  9.03 pagi, terus bertolak. Masuk Elezabeth Street yang agak sibuk. Kelihatan ramai pedestrian lalu lalang di kaki lima.

9.17 pagi, masuk simpang kiri ke Park Street. Jalan yang penting di daerah pusat perniagaan Sydney. Seterusnya melintasi bangunan Queen Victoria. Sebuah bangunan di abad ke-19. Yang mana kaya dengan sejarah dan arkitektur yang indah.


Queen Vivtoria

George Street

Bangunan ini menduduki keseluruhan blok di George Street. Mempunyai lebih daripada 180 butik fesyen, kedai barang kemas dan peralatan rumah. Disertai kafe dan restoran yang dapat memenuhi selera.


Peta Fish Market

Juga kelihatan pasar ikan. Pasar ikan yang ketiga terbesar di dunia. Terletak di tepi pantai Blackwattle Bay di Pyrmont, 2 kilometer dari barat pusat perniagaan Sydney. Ia telah dibina pada tahun 1966.

Menggabungkan pelabuhan nelayan, pasar borong ikan, pasar runcit makanan laut segar, restoran makanan laut, bar sushi, kedai roti, kedai hadiah. Termasuk pasar buah-buahan dan sayur-sayuran serta kedai bunga.

Seterusnya mengikuti Jalan  A4 Asfield Parramatta. Sebagai nadi timur laut barat metropolitan Sydney. Menghubungkan Sydney CBD (Central Business District) dengan Parramatta. Ia adalah bahagian paling timur Lebuh Raya Besar Barat.


Medal Of Olympic

Peta  Olympic Park

Landskap Sydney Olympic

Mentari mula memancar. Menjanjikan a journey of romantic escapism. Jauh daripada reality bite. Seterusnya melalui Lebuh Raya Parramatta 4 lorong. Melintasi Parramatta road car dealers di Jalan Granville. 9.46 pagi, masih di Western Motorway. Kemudian masuk simpang kiri. Laluan ke Sydney Olympic Park.

Kawasan ini menjadi point of interest. Dibangunkan dengan kelengkapan sukan yang bertaraf dunia. Lebih-lebih lagi Pelan Induk 2030 dijangka membawa perubahan besar. Memberi manfaat sosial, ekonomi dan alam sekitar yang luar biasa untuk rakyat Sydney.


Tiang "Kristal"

Teman Kembara

Group T'ganu

9.53 pagi,  sampai di Taman Olimpik Sydney. 9.57 pagi, bergambar beramai-ramai di depan ANZ Stadium. Selepas itu masing-masing menikmati eye-cacthing panaroma. Mencari beberapa sudut fotografi. Lalu suasana menjadi riuh-rendah bagaikan pesta fotografi amatur.


ANZ Stadium

Laman Stadium

Sport Hall

Acer Arena

Demikian Sydney Olympic Park menjadi kompleks sukan dan hiburan yang besar di Barat Sydney. Merupakan pinggir bandar Sydney yang dikenali sebagai Taman Olimpik tetapi secara rasmi dinamakan Taman Olimpik Sydney.


Veteran Poto

10.16 tengah hari, bertolak. Melintasi Sydney Olympic Park Aquatic Centre. Seterusnya melalui Jalan M4 Parramatta Blue Mountain. 10.28 tengah hari, masuk Burnet Street dan Reservoir Road. Di sepanjang jalan, "penjejak veteran" dihiburkan dengan lagu-lagu dangdut. Lalu hanyut dalam nostalgic memories.

Kelihatan rimbunan pohon-pohon meminggiri jalan. Jalan mula berliku. Sekali mendaki dan sekali pula menurun. Terasa berayun-ayun. Beberapa orang veteran Poto hanyut dibuai mimpi. Likuan ini benar-benar menghanyutkan. 

Perjalanan seterusnya melalui lereng-lereng bukit.  Kelihatan lembah dan bukit-bukau. Begitu panoramic. Langit kelihatan cerah. Hanya tompokan-tompokan  awan terpencil. Mentari masih lagi memancar. Cahayanya masuk melalui jendela. Memanaskan sedikit ruang.

Di kejauhan kelihatan atap-atap rumah di balik rimbunan di lembah-lembah. Daun-daun  berwarna merah kekuningan. Lantaran sentuhan  penghujung musim luruh. 11.25 tengah hari, melintasi perkampungan Winworth Fall. 11.30 tengah hari, melintasi landasan kereta api.

Seterusnya naik jembatan pendek. Masuk Gang Gang Street. Jalan mula menurun. Kelihatan rumah-rumah di sepanjang jalan. 11.38 tengah hari, akhirnya bas berhenti di coach parking nombor 4. 11.53 tengah hari, terus bergerak selepas mendengar taklimat dari tour leader.



Top Station

Relaxation Time

Taman Rekreasi

Masing-masing sudah bersedia untuk meneroka Katoomba Scenic World. Asalnya "Crushes", namun diubah menjadi Katoomba pada tahun 1877. Katoomba adalah akar kata dari perkataan Aborigin "Kedumba". Bermaksud "perairan yang berkilat dan air terjun". Yang mana menggambarkan keindahan alam semulajadi.


Location Guide

Jamison Valley

Seterusnya menuju pintu masuk Scenic World Top Station. Bagaimanapun masing-masing kena pakai gelang sebagai boarding pas. Di laluan masuk terpaksa pula berbaris untuk scan gelang. Agak bersesak-sesak juga. Mungkin ini permulaan cabaran "Kedumba".


Celah Bukit

Cliff-Side Tunnel

A moment Of Thrill

A Thrill Of Excitement

12.08 petang, feeling excited and thrilled. Masing-masing tak sabar-sabar nak naik Scenic Railway. Kereta api penumpang yang paling curam di dunia.  Membawa 84 orang penumpang setiap sepuluh minit. 

Lalu masing-masing menuruni tangga pelepasan yang agak curam. Bagaimanapun sempat merakam suasana keriuhan penumpang. Masing-masing kelihatan tidak sabar menunggu Kereta Api Scenic. Inilan cabaran pertama Katoomba Scenic World.

Membingkai Keceriaan

Hadapi Kemungkinan

A Thrill Of Destiny

A Destiny Of Life

Setiba sahaja kereta api, masing-masing terus masuk ke dalam coach. Veteran Poto berkumpul dalam satu coach, 4 orang satu seat. Tiba-tiba terasa cemas, kereta api terus menjunam ke lembah. Seterusnya  masuk terowong di tebing  tinggi yang curam. Kemudian  muncul pula di hutan hujan purba di  Jamison Valley

Ini yang dikatakan, unexpected happening. Betulah kata pujangga, “the best things in life happen unexpectedly”. Kadang-kadang yang tak dijangka itu adalah a "seven" wonder of life. Selalunya kejadian yang tidak dijangka itu mengejutkan. Inilah  thrill of destiny.


Jamison Valley

Bagaimanapun terasa lega apabila menikmati eye-catching panaroma. Begitu "indah di mata syahdu di jiwa". Demikian, Jamison Valley yang  menakjubkan dan hutan hujan purba yang mengkagumkan.  Ianya satu keajaiban  "anugerah ilahi", yang berkurun-kurun lamanya menyimpan rahsia alam.


Peta Ketoomba

Jamison Valley merupakan sebahagian daripada sistem canyon Sungai Coxs di Blue Mountains. Ia terletak kira-kira 100 kilometer dari barat Sydney. Beberapa kilometer pula ke selatan Katoomba, iaitu bandar utama di Blue Mountains.


Bandar Ketoomba

Simpang Ketoomba

Autumn Trees


Jamison Valley dinamakan oleh Gabenor Lachlan Macquarie sebagai penghormatan kepada Sir John Jamison (1776-1844). Seorang pemilik tanah dan doktor terkemuka.  Beliau telah melawat Blue Mountains dengan gabenor pada tahun 1815.



Post a Comment

Powered by Blogger.