HARI KEDUA: AHAD 19 MAC 2017 (2)
House of
Donatello - Restoran Mitra Sederhana Pasteur
- Pasar Baru
Trade Centre - Rumah Mode Factory Outlet
- Kampung Daun
Daerah Palembang |
10.31 pagi, masih lagi di daerah Lembang.
Terletak
dalam Kabupaten Bandung Barat. Merupakan daerah pergunungan. Ketinggiannya
antara 1.312 hingga 2.084 meter di atas permukaan laut. Rata-rata suhunya antara 17°-27 °C. Menjadikannya sebagai daerah
pelancongan yang terkenal dengan beberapa
points of interest.
Perjalanan kembara diteruskan. Lalu memasuki kawasan Bandar. Kelihatan kenderaan kereta kuda dan beca menunggu pelanggan. 10.35 pagi, hanya melihat floating market dari jendela bas. 10.40 pagi, melintas Boscha Obsvatory. Yang mana telah dibina oleh NISV, Perhimpunan Bintang Hindia-Belanda, pada tahun 1923.
10.41 pagi, melintasi ladang ternak kelinci. Kemudian
melewati Farm House. Tempat liburan family. Jalan di sini agak sempit. Lalu sesak
dengan kereta-kereta. Terpaksa bergerak 40km/j. Perjalanan seterusnya menuruni
bukit. Akhirnya masuk Kota Bandung. Terdapat beberapa tinggalan sejarah.
Terutama bangunan-bangunan yang bercirikan Hindia-Belanda.
Tinggalan Belanda |
11.01 pagi, melintasi sekolah tourism.
Melalui Jalan Dago atau nama barunya Jalan Ir. H. Juanda. Sepanjang jalan ini
terdapat berbagai rumah makan, shopping centre, butik, toko-toko dan pusat
hiburan. Masih lagi tersisa tinggalan penjajah.
11.23 pagi, singgah di House of Donatello
Factory Outlet. Terletak di Jalan Setiabudi No. 45 Bandung. Hiasan dalamannya
sangat menarik. Setiap sudut mempamirkan produk Donatello, yang berasaskan kulit.
Termasuk pelbagai jenis tas, dompet, kasut, jaket, serta aksesories kulit. Terutama
kasut dan sandal sama ada formal atau kasual.
Hati Berkenan |
Ini yang dikatakan cetusan “shopping mode”,
“pelbagai produk untuk pelbagai selera”. Yang lebih merupakan “design of
satisfaction”. Malah Di ruang yang terbuka lebih eye-catching lagi dengan
produk new arrival yang berjenama. Benar-benar menjadi idaman ibu-ibu, tetapi
bikin demam bapak-bapak.
Hampir sejam berada di House of Donatello.
Terpaksa melayan selera dan kerenah ibu-ibu. Yang mana tergoda dek produk new
arrival yang up to date dan
kontemporari. Termasuk jenama nike, adidas, vans dan kickers. Demikian, ianya bermula
dari inspirasi seorang fashion designer akhirnya memenuhi aspirasi setiap pelanggan.
12.20 tengah hari, baru bertolak. Masuk Jalan Tamansari. Yang terkenal dengan pendidikan tingginya. Antaranya Institut Teknologi Bandung (ITB),Unisba (Universitas Islam Bandung), dan Universitas Pasundan. Tidak hairanlah di jalan ini banyak terdapat tempat "nongkrong" atau melepak untuk mahasiswa dan juga rumah kost mahasiswa.
12.52 tengah hari, singgah di restoran Mitra Sederhana Pasteur, di Jalan Pelajar Pejuang. Lunch dengan masakan padang. Tradisi kuliner yang berasal dari kawasan Minangkabau, provinsi Sumatera Barat, Mempunyai keunikan dalam menyajikan hidangan. Hidangan secara bertingkat-tingkat dengan kedua belah atau sebelah tangan saja tanpa jatuh. Selepas makan, terus solat takdim di musola restoran.
1.51 petang, meneruskan perjalanan. 2.01 petang, singgah di Pasar BaruTrade Centre. Beli kain ela di Pesona Tekstil. Beli baju untuk 3 orang cucu. 3.50 petang, minum di food court bersama Hj Hashim. 5.26 petang, berkumpul di depan pasar.
Beberapa geladangan wanita datang meminta sedekah. Anak-anak muda jalanan pula bermain gitar sambil meminta wang. Kadang-kadang mendesak. Mengganggu, terutama emosi ibu-ibu.
Diiringi Musik Jalanan |
Point Of Interest |
Jalan ini terkenal dengan shopping centre. Terdapat deretan factory outlet. Selain daripada Rumah Mode, terdapat factory outlet yang lain saperti Victoria, Level, Blossom, Seximo, Grande and The Secret. Menawarkan berbagai pilihan lokal produk yang berkualiti. Dan juga produk berjenama antarabangsa.
5.02 petang, sampai di Rumah Mode Factory Outlet. Kawasan sekitarnya cukup menarik. Bersantai sambil menikmati keindahannya. 5.13 petang, masuk bahagian kanak-kanak. Menawarkan beberapa pakaian kanak-kanak berjenama. Antaranya Toddle, Kids dan Juniour.
5.57 petang, menaiki bas. 6.20 petang, melintasi Sekolah Mutiara Nusantara. 6.22 petang, malam mula berlabuh. Lampu-lampu kelihatan berkelip-kelip di lereng-lereng bukit. 6.24 petang, jalan mula mendaki, dan agak sempit.
6.43 petang, melalui jalan Sersan Bajuri, hingga ke pinggir Kampung Daun. Kawasan yang agak pedalaman. Sebagai desa pingitan, menawar romantic escapism, dengan suasana yang tenang dan damai. Dingin yang mengheningkan. Dan indah yang mengasyikkan.
Romantic Escapism |
Lakaran Tradisi |
Warung Selera |
Seri Cahaya |
Pelita-Pelita Minyak |
Menggamit Nostalgia |
Sepanjang jalan masuk ke desa, hanya diterangi pelita-pelita minyak. Dengan warung buluh yang beratapkan nipah, benar-benar menggamit nostalgia 50an. Hanya sedikit cahaya menerangi lorong, menyerlahkan lagi suasana pingitan yang romantik.
Kedatangan set veteran Poto disambut dengan
hujan renyai-renyai. Bagaikan renjisan air mawar. Belaian angin gunung begitu
lembut, dan terasa selesa dalam dakapan udara yang dingin. Bagaikan dijemput
dengan ramah dan mesra. Lalu membisik “sugeng rawuh”. Aluan "selamat datang".
7.06 malam, dinner di teratak panjang di tepi tebing anak
sungai. Yang mengalir lesu. Situasinya agak terpencil di lereng bukit. Terasa
sekali heningnya. Namun suasana malam, begitu
indah untuk dicitrakan. Dan terlalu syahdu untuk disyairkan. Once in our life
time.
7.28 malam, hujan masih lagi renyai-renyai ketika meninggalkan Kampung Daun. Lalu memahat kenangan yang sukar dilupakan. 7.36 malam, terus menyelusuri semula jalan Sersan Bajuri. Berliku-liku, menuruni bukit.
8.01 malam, masuk jalan Sukajadi. Jalan agak macet. Lalu masuk ikut jalan belakang. 8.41 malam, akhirnya sampai hotel Sukajadi.
Post a Comment