Qalam Perjalanan


HARI KEDUA:  AHAD 19 MAC 2017 (1)

Hotel Sukajadi - Tangkuban Perahu


Dalam Perjalanan

4.49 dinihari, solat Subuh. Agak dingin, tetapi selesa. Tenang dan damai. Tak hairanlah Bandung terpilih sebagai salah satu kota paling aman di dunia (1990). Begitu juga hotel Sukajadi. Walaupun tidak semewah InterContinental 5 bintang,  ia lebih klasik dari segi bangunan dan ornamennya.  Malah ianya lebih bertemakan ornamen antik.


Sarapan

Dewan Makan 

6.17 pagi, dalam kesempitan waktu, sempat juga mengingati surah Al Infithar. Sebagai doa mengiringi kembara yang seterusnya. Agar perjalanan tidak dicemari kata-kata dan tingkah laku yang jelik-jelik. Inilah pesan orang-orang tua kalau merantau di tempat orang.

Surah Al Infithar, Ayat 5
Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang dikerjakan dan apa yang dilalaikan.

Lebih-lebih lagi orang Bandung penyabar dan bertolerensi. Walaupun didominasi oleh etnis Sunda, namun orang Jawa dan orang Sunda hidup serumpun. Kadang-kadang kejanggalan hubungan hanyalah kerana mitos yang masih dipercayai. Bagaimanapun mereka sama-sama memiliki kota Bandung


Kota Bandung


Peta Bandung

Ibu kota metropolitan terbesar di wilayah Jawa Barat. Dikelilingi oleh gunung-ganang. Seolah-olah membentuk sebuah mangkok raksasa. Malah kota ini berada pada ketinggian 768 m di atas permukaan laut. Menjadikan suhunya 22°C, dan selalunya berawan.


Suhu 22°C

Bandung juga dikenali sebagai "Parijs van Java", iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Sebenarnya nama Bandung berasal dari kata “bendung” atau "bendungan". Kerena terbendungnya sungai Citarum oleh lava Gunung Tangkuban Parahu. Lalu membentuk tasik.

Versi lainnya, diceritakan oleh orang-orang tua di Bandung. Bahawa nama Bandung diambil dari sebuah kenderaan air. Terdiri dari dua perahu yang diikat berdampingan. Yang disebut perahu bandung.

Mengikut filosofi Sunda pula, nama Bandung berasal dari kalimat "Nga-Bandung-an Banda Indung". Kalimat sakral dan luhur, yang mengandung nilai ajaran Sunda. "Nga-Bandung-an" bererti menyaksikan atau bersaksi, manakala "Banda" adalah segala yang berada di alam kehidupan.


Ruang Tamu

Ruang Galeri

6.32 pagi, turun ke dewan makan untuk breakfast. Di mana ornamennya bercirikan tradisional. Yang menghiasi setiap sudut dewan. Terutama di meja makanan, yang menghidangkan  variety of traditional choice. Pilihan yang dapat memenuhi idaman selera. Bagaimanapun set veteran Poto terpaksa patuh pada diet. Kadang-kadang "dalam nikmat ada mudarat".


Tinggal Kenangan

Kembara Seterusnya

7.12 pagi, selepas breakfast, bersantai di ruang menunggu. Melihat keunikan barangan antik. Dari duit syiling hingga  ke objek yang besar iaitu patung batu. Setiap ruang dan sudut bagaikan galeri tradisional. Mempamirkan karya seni lokal. Di luarnya pula terdapat  kolam outdoor.  Dihiasi taman mini tropika, yang menyejukkan lagi suasana.


Adieu Sukajadi

Meninggalkan Jejak

7.43 pagi, berada dalam bas. Doa musafir dibacakan oleh “keturombo” Uz Saberi. Dikuti bacaan Al Quran. Seterusnya tazkira. 7.47 pagi, tercatat “hari ini dalam sejarah”, a moment of surprise, apabila menerima ucapan "happy birthday". Hm, rupa-rupanya sudah berusia diri ini,  Anyway, old is gold. Semakin antik semakin menarik. “Mutur nuwun”, untuk set veteran Poto.


Daerah Lembang

Terasa diraikan. Inilah kesempatan bukan sahaja breaking the ice, tetapi breaking the iron curtain. Lalu berseminya rasa kekitaan, untuk mengharungi cabaran. Lurah sama-sama diredah. Tinggi sama-sama didaki. Luas sama-sama kita rentas dan dalam sama-sama diselam. Lalu akhirnya sama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman.


Tangkuban Parahu

Peta Takubang Parahu

Kembara Group Poto Travel

8.45 pagi, melalui pintu gerbang. Seterusnya laluan mula mendaki. 8.53 pagi, sampai di medan parkir bas Tangkuban Perahu. Masih lagi dalam daerah Lembang. Mempunyai gunung yang tingginya 2,084m dengan deretan kawahnya terbentang dari  Kawah Ratu, Kawah Upas, Kawah Baru, hingga ke Kawah Domas. Suhunya 17°C. Agak sejuk, tetapi nyaman. Rasa begitu selesa dan tenteram.


Dataran Parkir Bas

Fenomena Lagenda

Demikian Tangkuban Perahu, yang dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang ingin mengahwini  ibunya. Untuk menggagalkan niat anaknya, Dayang Sumbi mengajukan syarat iaitu membina sebuah tasik dan sebuah perahu dalam semalaman.


Dataran Tinjau

Lereng Kawah

Apabila gagal, Sangkuriang marah. Lalu menendang perahu sehingga terbalik. Kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu. Lagenda ini bukan sahaja dikisahkan dari bibir ke bibir, malah dinyanyikan.


Lagenda Sangkuriang

Petikan lagu Sangkuriang
Vokal oleh Tetty Kadi. Ciptaan A. Riyanto

Sangkuriang
terpanah asmara
Sangkuriang sakti
Melamar sang putri

Sangputri terkejut
Melihat luka dikepala
Ternyatalah sangkuriang
Adalah putra sendiri

Sangkuriang
Patahlah hatinya
Begitulah kisahnya
Kisah rakyat priyangan


"Wilujeng Sumping"

9.14 pagi, terpaksa menaiki shuttle untuk ke lereng Tangkuban Perahu. Angin gunung mengalu-alu kedatangan. Lalu membisik  “wilujeng sumping” atau “selamat  siang”. Sempat bergambar beramai-ramai di mercu tanda. Kemudian  masing-masing mencari sudut fotografi untuk mengabadikan keindahan lereng dan lembah gunung. Demikian terlakarnya legenda Sangkuriang, kisah rakyat priyangan. Meniti dari bibir ke bibir. Lalu menyusuri sepanjang zaman.


Melakar Kenangan

Menyusuri Lagenda

Kisah Priyangan

Panorama yang begitu indah. Dihiasi deretan kawah, jaluran flora, hamparan kebun teh dan pohon-pohon pain yang terbentang luas. Udaranya segar tetapi sedikit berbau belerang. Begitu tenang dan damai, Tetapi sedikit terganggu. "Penjaja gunung" bagaikan merayu dan mendesak, sambil mengikuti dari belakang.


Panorama Gunung

Menyusuri Zaman

Meninggalkan kenangan

9.40 pagi, terpaksa meninggalkan Tangkuban ParahuLembah kawah yang menyimpan mistri Sangkuriang. Lagenda yang menyusuri pelbagai zaman. Meniti dari bibir ke bibir dan diungkap  dari generasi ke generasi. Bagaikan hidup dalam minda dan jiwa rakyat.

Post a Comment

Powered by Blogger.