HARI KETIGA ISNIN 20 MAC 2017 (1)
Hotel Sukajadi - Kereta api Argo Wilis
- Stesen Kereta Api Bandung
Hotel Sukajadi - Kereta api Argo Wilis
- Stesen Kereta Api Bandung
4.32 dinihari, Solat Subuh. Seterusnya memanjatkan doa. Diikuti solat sunat musafir. Memohon perlindungan dari Ilahi. 5.00 pagi, terima morning call dari receptionist Sukajadi. Bagaimanapun terlalu awal. Masih ada waktu lagi untuk berkemas-kemas. Juga mempastikan tidak ada yang tertinggal.
Bedroom 229 |
Living Room 229 |
Adieu Room 229 |
6.18 pagi, baru turun untuk breakfast. Lepas itu bersiap-siap. Membuat semakan terakhir, sebelum meninggalkan bilik 229. Tiba-tiba terasa sayu. Demikian realiti semalam akan menjadi memori. Lalu esuknya terus memburu mimpi-mimpi untuk dijadikan harapan.
Benarlah kata penyair Khalil Gibran, Yesterday is today's memory and tomorrow is today's dream. Lalu menghimpun cebisan-cebisan memori untuk catatan sepanjang perjalanan. Demikian akhirnya mencetus ilham perjalanan, a journey of wisdom.
Benarlah kata penyair Khalil Gibran, Yesterday is today's memory and tomorrow is today's dream. Lalu menghimpun cebisan-cebisan memori untuk catatan sepanjang perjalanan. Demikian akhirnya mencetus ilham perjalanan, a journey of wisdom.
Laluan 229 |
Lobi Hotel Sukajadi |
Last Breakfast Di Sukajadi |
6.45 pagi, berkumpul di lobi. Siap dengan
beg-beg besar. Semuanya sudah bersedia untuk memulakan kembara. Sementelah cuaca pagi ini benar-benar menjanjikan permulaan yang baik. A good start is half of the journey.
Langkah Kembara |
Mencipta Memori |
Simpan Beg |
6.55 pagi, bertolak. Perjalanan diiringi dengan bacaan
ayat Al Quran. Kemudian dikuti tazkirah oleh “keturombo” Uz Saberi.
Bahawasanya “Allah sentiasa menguji umatnya”.
Surah Al-Baqarah,
ayat 286
Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ketika nikmat
(ujian) Allah datang menghampiri kita. Beruntunglah
bagi seorang Muslim itu, jika diberi ujian ia bersabar
dan jika diberi nikmat ia bersyukur.
|
7.01 pagi, mendengar taklimat. Sedikit maklumat perjalanan dari Pak Ali. Local tourist guide, dari Sindo Holidays Tour And Travel 7.06 pagi, tiket kereta
api diedarkan. Kereta api Argo Wilis adalah kereta
api kelas Eksekutif Argo. Beroperasi di Pulau Jawa dengan laluan Bandung
- Surabaya Gubeng, dan sebaliknya. To
and fro.
Stasiun Bandung |
Sunyi Dan Tenang |
Stesen Kereta Api Bandung |
Platform Stesen Bandung |
Kata Argo digunakan
sebagai brand image. Nama Wilis pula diambil
dari nama Gunung Wilis. Yang ketinggiannya 2.169 meter dari permukaan laut. Pergunungan yang panjang
dengan puncak tertingginya berada di kawasan Bajulan,
ganjuk, Jawa Timur. Kereta api Argo Wilis mula beroperasi pada 8 November 1998.
Stesen Kereta Api Bandung |
Perjalanan sejauh 699
km dilalui dalam jangka waktu lebih kurang 12
jam. Dari stesen Bandung ke stesen Jombang. Dari stesen Bandung ke stesen Yogyajarta pula, lebih kurang 8 jam. Perjalanan yang mencabar, dan meletihkan. Challenged journey,
but with enchanted beauty.
Sepanjang perjalanan, kereta api Argo Wilis hanya berhenti di Stesen Cipeundeuy, Tasikmalaya,
Banjar, Kroya, Kutoarjo, Yogyakarta,
Solo Balapan, Madiun,
dan Jombang. Sebaliknya set veteran Poto akan turun di stesen Yogyakarta.
Platform Menunggu |
7.12 pagi, sampai di stesen
Kereta Api Bandung. 7.21 pagi, pemeriksaan boarding pass dan tiket di laluan 6A. 7.25 pagi, terus ke platform
menunggu. Satu lagi episod yang membosankan. Waiting is wasting. So, terpaksa melakukan sedikit aktiviti untuk menghilangkan
stres. Sempat juga meninjau dan mencari sudut fotografi.
“Every
day you wait is just another day wasted”
|
7.34 pagi, berada dalam gerabak. 50 tempat duduk di susun 2x2. Ruang tengah agak luas sedikit. Tidak terlalu membataskan pergerakan. Aram's family duduk di seat
8A dan 8B. Kelas berhawa dingin. Terasa nyaman. 8.24 pagi, kelihatan station master memberi taklimat kepada krewnya.
Two Ticket To Ride |
Keselesaan Argo Willis |
Versi: CakDikin ft. Wiwid
(lelaki)
Sepur sepur argo lawu,
Mlaku neneng Yogjokarto.
Ancur-ancur ingatiku,
Bacute dan kowe ratresno.
(perempuan)
Kreta-kreta dwipangga,
Berhenti mampir di jogja.
Bukannya aku tak cinta,
Karna dimarah oleh bapak saya.
(lelaki)
Kreta api argo wilis,
Aku opo kurang manis.
Sepure argo muria
Kurang bagus opo kurang gagah.
(perempuan)
Kreta api argo anggrek,
Tampan manis tidak jelek.
Sepure argo bromo,
Pilihan ebapak wong sing sugih bondo..
(lelaki)
Sepur sepuresri tanjung,
Lara nepacaran wurung.
Wistak piker wistak petung,
Pethuk bapa kmuse suk tak penthung.
Post a Comment