HARI PERTAMA: SABTU 18 MAC 2017 (1)
Seri Teratai - Airport
Sultan Mahmud - Masjid Al Abrar
Bukit Tok Beng - KLIA - Hotel YouniQ
|
Flight MH1335 |
|
Teratak Sri Teratai |
"Rabbi
yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khoir"
|
Ya Allah Kau
permudahkan jangan Kau susahkan, Ya Allah Kau akhiri dengan kebaikan.
|
12.34 tengah hari,
meninggalkan teratak Seri Teratai. Lalu bermulanya jejak kembara. Dengan harapan, langkah yang pendek akan menjadi pengalaman yang panjang. 12.40
tengah hari, dari jauh kelihatan bumbung Seri Bayu.
Terasa sayu, apabila teringat cucu. Rindu bagaikan menusuk kalbu.
12.41 tengah hari,
sampai di simpang Manir. Sekali lagi, a journey of romantic escapism. Sekadar
meninggalkan reality bites. Mencari
kedamaian di seberang lautan. 12.41 tengah hari, melintasi jembatan Sungai Nerus. Seterusnya melintasi masjid Wakaf Tembusu.
|
Sultan mahmud Airport |
12.59 tengah hari,
sampai di Sultan Mahmud Airport. Cg. Cai
sudah pun menunggu. 1.13 tengah hari, bersama Haji Hashim,
bertolak dengan teksi ke Masjid Al Abrar, Bukit Tok
Beng. 1.22 tengah hari, menghayati khutbah, bertajuk “Sematkan
Keikhlasan Dalam Jiwa”. 1.52 tengah hari, baru selesai solat Jumaat.
H.R
Muslim
|
“Sesungguhnya Allah
tidak melihat (menilai)
bentuk tubuhmu dan tidak pula
menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu”.
|
2.15 petang,
kembali ke airport. Check in bagasi. Kamudian terus masuk ke balai berlepas. 3.36 petang, berada dalam kabin. Seat layout 3X3 agak selesa. Duduk di 15E.
3.40 petang, flight MH1335 yang dipandu oleh kapten Nizam mula bergerak. Perlahan-lahan, kemudian memecut. Debaran fright flight mula terasa. Mungkin ini
yang dikatakan “FEAR” (False Expectation Appears Real).
|
KLIA Sepang |
4.15 petang,
terapung-apung di udara. Seterusnya melalui
celah-celah gumpalan awan. 4.32 petang, MH1335 bersedia untuk mendarat. Dari
jendela, bumi bagaikan hamparan permaidani. Berpetak-petak dan berjalur-berjalur. Menegak dan melintang. Kemudian
melalui atas ladang kelapa sawit. 4.37 petang, akhirnya mendarat. Selamat menjejakan kaki di KLIA. Syukur Alhamdulillah.
|
Baggage Reclaim |
5.00 petang,
bergerak ke bagagge reclaim. Kemudian keluar dari pintu balai ketibaan. 5.24 petang, turun ke aras 1, ke kios teksi bermeter. 5.34 petang, teksi terus meredah
hujan. Membawa 6 peserta kembara Terengganu ke Bandar Baru
Salak Tinggi Business Park,
Nilai. 6.10 petang, sampai di hotel transit YouniQ.
Naik lif ke tingkat 1. Dan terus masuk bilik 107.
|
Hotel YouniQ |
|
YouniQ Bilik 107 |
6.41 petang, “jalan-jalan
cari makan”. 7.01 malam, dinner di restoran mamak AR
Corner. 7.28 malam, naik semula ke bilik 107. Jamak takdim. 8.12
malam, skype dengan cucu. Ayla masih lagi tersedu-sedu, nak ikut atuk. 9.31
malam, cuba tidur tetapi tak lena. Mungkin ransangan super coffee 3 in 1.
|
Lobi YouniQ |
3.41 pagi,
dikejutkan oleh morning call. 5.00
pagi, bertolak dengan bas mini WXC3080.
Jalan agak lengang. Lalu bas memecut 130km/j. 5.11 pagi, sampai di KLIA. Terus
naik ke tingkat 5. Orang ramai sudah memenuhi ruang. 6.07 pagi, solat subuh
di surau anjung tinjau. Di luar masih lagi gelap. Hanya kelihatan deretan lampu-lampu sepanjang landasan.
6.40 pagi,
breakfast di KFC. Selepas breakfast, terus
ke kios Sembonia. Berkumpul bersama Group Poto travel. Taklimat disampaikan oleh ketua rombongan Ustaz Md Saberi. Dalam ruang masa yang
terhad, sempat juga breaking the ice. Bagaimanapun set veteran yang socially acceptable pastinya mudah untuk break the iron curtain. Malah 14 orang peserta kelihatan bagaikan tidak sabar untuk
menjelajah tanah Jawa.
Walaupun belum
lagi berinteraksi. Namun sudah saling pandang-memandang. Dan saling berbalas
senyum. Memadai senyuman sebagai jalinan perasaan bersama. Menambat rasa kekitaan
untuk meneruskan kembara. Ini yang dikatakan the secret of a smile.
Kuntum
bukan sebarang kuntum
Kuntum
mawar lebat berduri
Senyum
bukan sebarang senyum
Senyum
penawar penambat hati
(ARAM)
7.08 pagi, queue di depan kaunter imigresen. Seterusnya melalui pemeriksaan kastam. 7.32 pagi,
naik aerotrain. 3 minit kemudian
sampai di terminal antarabangsa. Lepas pemeriksaan boarding pass, terus masuk pintu 33 balai
Geruda Indonesia.
8.23 pagi, masuk
kabin Geruda. Ruang aisle dan seat layout 3X3, tidaklah terlalu cramped. Seterusnya,
masing-masing memakai "sabuk pengaman". 9.04 pagi, kapal terbang yang dipandu oleh kepten Naroko mula bergerak. 9.10 pagi, memecut "tinggal landas". Lalu menyusuri lebuh raya angkasa. Saat ini banyak berdoa. Hanya bergantung pada tali Allah untuk
keselamatan.
H.R. Ibnu
Mardawaih
“Sesungguhnya Al-Qur’an
adalah tali Allah yang kokoh, cahaya
yang menerangi, penawar yang
memberi manfaat, sebagai penjaga bagi orang yang berpegang teguh
dengannya dan penyela-mat bagi yang mengikutinya“
|
Perjalanan seterusnya
melintasi Selat Melaka. Semakin tinggi terbang semakin
luas bumi terhampar. Namun semakin terasa kerdil kewujudan diri. Betapa luasnya
sarwajagat dan betapa pula besarnya ciptaan
Ilahi. Garuda
GA819 hanyalah objek yang teramat kecil. Yang terapung-apung di langit yang luas.
Dalam ombak-ombak awan yang bagaikan lautan udara.
9.36 pagi, terasa
gegaran “melanggar” awan. Terasa cemas. Cuaca dimaklumkan kurang baik. Bagaimanapun, sepuluh minit kemudian, kembali tenang. Pesawat terus menembusi gumpalan-gumpalan awan. Kelompok-kelompok awam nipis
kelihatan hanyut dalam arus udara.
|
Post a Comment