|
Menjelajah Tanah Jawa |
|
Remang-Remang Kota |
Jawa adalah sebuah pulau di Indonesia. Merupakan pulau ke-13 terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk 160 juta, menjadi yang terpadat di dunia. Dibahagikan kepada enam provinsi, iaitu Jawa Barat,Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Banten; serta dua wilayah khusus, iaitu DKI Jakarta dan DI Yogyakarta. Mungkin set veteran Poto hanya menjelajahi Jawa Tengah, Jawa Barat dan Jawa Timur.
12.39 tengah hari, pemeriksaan pasport dan bagasi. 12.46 tengah hari, tourist guide tempatan Pak Ali mengalu-ngalukan kedatangan rombongan. 1.18 petang, baru menaiki bas Isuzu B7212PDA. Kemudian bertolak. Seterusnya melalui gerbang tol Kapuk. 1.44 petang, masuk jalan Kemayuran. Seterusnya, 1.46 tengah hari, masuk barat Jakarta.
|
Restoran Simpang Raya |
1.54 petang, melintasi kawasan setinggan. 2.05 petang, berhenti di tepi laluan kereta api stesen Pasar Senin. 2.09 petang, singgah di restoran Simpang Raya untuk lunch. 2.36 petang, solat jamak takdim.
|
Laluan Masjid
|
3.14 petang, sampai di masjid Istiqlal, bermaksud “merdeka”. Yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di pusat ibu kota Jakarta. Dibina oleh Ir. Soekarno, presiden pertama Republik Indonesia pada 24 Ogos 1951. Arkiteknya seorang Kristen Protestan Frederich Silaban. Direka bersama Imam Besarnya Prof. Dr. Nasaruddin Umar.
|
Dalam Masjid |
|
Sepetang Di Istiqlal |
Stail internasional, dengan dinding dan lantai berlapis marmar. Dihiasi ornamen geometrik dari besi antikarat. Bangunan utamanya terdiri daripada kubah besar berdiameter 45 meter. Ditopang oleh 12 tiang besar. Menara tunggalnya setinggi 96,66 meter. Menjulang di sudut selatan. Masjid ini mampu menampung lebih dari dua ratus ribu jamaah.
|
Tugu Monas |
|
Dataran Monas |
3.49 petang, singgah di tugu Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter. Didirikan untuk mengenang perjuangan rakyat Indonesia. Berjihad untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Dibina pada 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno. Dibuka untuk umum pada 12 Julai 1975.
A
|
Monumen Peringatan |
|
Perjuangan Rakyat |
|
Merebut Kemerdekaan |
Lidah api dipuncaknya disaluti emas. Beratnya 14,5 ton dan salutan emasnya 38 kg. Melambangkan semangat jihad yang menyala-nyala. Juga sebagai manifestasi “Bhinneka Tunggal Ika” atau “University In Diversity”. Di dalam monumen terdapat museum dan aula untuk meditasi. Selain itu terdapat diorama tentang proklamasi kemerdekaan Indonesia.
|
Tanah Abang |
|
Tekstil Tanah Abang |
4.04 petang, bertolak ke Tanah Abang. Terletak di wilayah DKI Jakarta. Merupakan pasar tekstil terbesar di Asia Tenggara. Telah ada sejak 1735 lagi. Pada Februari 2003, sebagian kecil dari wilayah pasar Tanah Abang terbakar.
|
Kebakaran Pada Tahun 2015 |
Pasar Tanah Abang terbagi menjadi 3 wilayah gedung yang menjadi pusat perdagangan. Antaranya Tanah Abang Metro, Tanah Abang lama dan Tanah Abang AURI. Tanah Abang dibahagikan kepada blok A, B dan F. Terdiri daripada kios-kios. Tanah Abang AURI pula terbagi kepada blok A, B, C, D, E, F, AA, BB, CC.
Seluruh blok di Tanah Abang AURI merupakan kumpulan ruko yang umumnya menjual tekstil, kecuali blok E yang merupakan kumpulan kios-kios yang menjual pakaian dalam bentuk eceran ataupun gros. 4.35 petang, jalan macet. Kenderaan bergerak perlahan-lahan. 5.09 petang, turun dari bas. Berjalan ke Pasar Tanah Abang. Beli kain di besmen 2. 6.30 petang, meneruskan perjalanan. 7.34 malam, meninggalkan DKI Jakarta.
Malam sudah lama berlabuh. Hanya cahaya dari lampu jalan dan kenderaan menyerikan lagi keindahan. 7.40 malam, melintasi gerbang Jawa Barat. Bagaikan terdengar ucapan alu-aluan, “sugeng rawuh”, atau "selamat datang". 7.50 malam, hujan mula turun, rintik-rintik.
|
Warung Krishna 2 |
8.23 malam, melintasi tol Cikrang Utama. Perjalanan agak lancar. 8.35 malam, singgah di RNR39. Pekena teh manis di warung R.M. Krishna 2. 9.31 malam, meneruskan perjalanan. Hujan masih lagi renyai-renyai. 9.59 malam, jalan mula macet. Hanya memanjangkan waktu di jalanan.
|
Area Bandung |
Sepanjang perjalanan, lagu rindu-rinduan 60an membangkitkan nostalgia. Ada yang hanyut dalam kerinduan. Dan ada yang terlena dalam igauan. 11.04 malam, masuk area Bandung. 11.11 malam, masuk jalan kecil. Makin jauh makin sempit. Disulitkan lagi oleh kereta-kereta yang parking di tepi jalan.
Post a Comment