HARI PERTAMA 7 DISEMBER 2016 (2)
Prince Mohammed bin Abdulaziz Airport
- Madinah - Hotel Dallah Taibah
Ad-Dyuyoof Ar-Rahman |
Flight SV829 |
Pengumam diadakan dalam tiga bahasa iaitu Arab, Inggeris dan Melayu. 1.07 pagi, tayangan keselamatan di seat-back screen. 1.14 pagi, doa musafir . 2.25 petang, mula bergerak dari landasan. 2.37 petang, membuat take off. Bergema tetapi tak terasa gegaran.
2.48 petang, paramugari mengedar refreshing tissue. 3.40 petang, tamat movie “No Escape”. 3.44 petang, lunch diedarkan. Menu hari ini ialah "meat and fish". Bagaimanapun selera terpaksa dikompromikan.
Jungle Book |
4.15 petang, menonton “Jungle Book” keluaran Walt Disney. 4.20 petang, pergi toilet. Jumpa Ayahde, Cekde dan Antiya. 4.38 petang, kembali ke tempat duduk, dan sambung kembali “Jungle Book”.
5.05 petang, dari paparan skrin, pesawat berada di atas Lautan Hindi. 5.26 petang, terasa mengantuk. Berhenti sementara “Jungle Book”. Kemudian sambung, dan tamat jam 6.04 petang.
6.06 petang, menonton “Tomorrowland: A World Beyond” keluaran Walt Disney tahun 2015. Ketika ini kapal terbang berada di Laut Arab. 6.23 petang, pergi toilet. 8.22 malam, tamat cerita “A World Beyond”
8.26 malam, kapal terbang berada di antara Wadi Halfain di selatan dan Gunung Shams di utara. Tinggal hanya 1 jam 30 minit untuk mendarat. 8.41 malam. Pakej dinner diedarkan. Hanya 2 pilihan, pastri atau nasi.
9.00 malam, kapal terbang berada di kawasan gurun. Sempat melihat senarai movie. Antaranya: Ant Man, Teminator Genisys, Maze Runner, Mission Impossible dan Run All Night.
9.08 malam, minuman panas diedarkan oleh paramugari. 9.30 malam, hanya 30 minit lagi kapal terbang akan sampai di Riyard. 9.35 malam, buka movie Terminator Genisys. Malangnya paramugari datang mengutip earphone.
9.50 malam, hanya 10 minit untuk landing. 10.00 malam atau 5.00 petang (Arab Saudi), kapal terbang selamat mendarat. Masa terpaksa diundurkan 5 jam. Bagaikan kehilangan masa 5 jam. Sedar tak sedar minda dan perasaan terpaksa berkompromi. Let it be.
(Selepas ini menggunakan masa Arab Saudi)
Bagaimanapun penumpang ke Madinah terpaksa transit dalam kapal terbang. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Di luar kelihatan lampu-lampu berderet-deret menghiasi landasan. Kegelapan mula berlabuh. 6.25 petang, take off. Lalu menyusuri lebuh raya angkasa.
6.36 petang, kapal terbang berada di antara Jabal Tuwaga dan Ar Rauda. 55 minit lagi akan sampai. 7.08 malam, melintasi Wadi Aljarir. 7.26 berada antara Wadi Alhanakiya dan Wadi Al Aqiq. Tinggal lagi 10 minit lagi untuk sampai di Madinah.
7.36 malam, akhirnya selamat mendarat di Prince Mohammed bin Abdulaziz Airport. 8.00 malam, agak sesak di laluan untuk pemeriksaan visa. 8.43 malam, masih tidak bergerak. Hanya selangkah demi selangkah. Saat ini benar-benar memerlukan kesabaran dan ketabahan. Yet patience is challenging.
Kaunter Visa |
9.18 malam, 5 lorong penuh sesak dengan para jemaah dari agensi Rayhar, Andalusia dan De Mawardah. 9.50 malam, masih lagi tersangkut dalam barisan. Kadang-kadang terdengar keluhan, dan tangisan bayi. 10.30 malam, sudah 2 jam 30 minit berlalu. Masing-masing keletihan.
11.02 malam, baru sampai di kaunter pemeriksaan visa. Terpaksa mengecap 10 jari dan bergambar. Kemudian turun ke bahagian bagage reclaim. Pekerja Bangla tidak kelihatan kerana lewat malam. Jadi senang mendapatkan troli. Free off-charge.
Dallah Taiba |
Midnight Dinner |
11.22 malam, terus keluar dari pintu balai ketibaan. 8 buah bas sudah lama menunggu. Tanpa membuang masa terus naik bas 2797GDA. 12.08 malam, baru bertolak. 12.47 malam, sampai di hotel 4 bintang Dallah Taibah. 12.57 malam, terus naik lif ke tingkat M untuk dinner lewat malam.
Doa ketika Masuk Kota Madinah
Allohumma haadza haraamu nabiyyika faj alhu lii wi qoyatam minannari wa amaanam minal adzaabi wa suual hisaab
|
Ya Allah , ini adalah tanah haram nabi-Mu. Jadikanlah ia sebagai penyelamat bagiku dari neraka dan keamanan dari adzab dan hisab yang buruk.
|
Dataran Masjid |
Masjid Nabawi |
1.05
pagi, naik lif ke tingkat 5. Beg-beg sudah menunggu. 1.08 pagi, terus masuk
bilik 521B. Bersihkan diri. Kemudian turun semula. 1.24 pagi, bersama Keluarga
Adis yang lain pergi ke Masjid Nabawi. Terasa sebak apabila memasuki Gate 25 yang tertera ayat “udkhuluhā bisalāmin āminīna”, “masuk dengan damai dan
aman”. Kelihatan Masjid Nabawi tersergam indah dengan cahaya yang mempersonakan.
Dataran Masjid |
Walaupun awal pagi, dataran masjid penuh dengan para jemaah. Dd Aram dan Ayahde terus masuk pintu King Fahd. Terpaksa mencelah-celah untuk mencari tempat solat. Lepas solat Tahiyatul masjid dan solat hajat, keluar ikut pintu yang sama.
1.56 pagi, berjumpa semula dengan keluarga Adis di Gate 25. Seterusnya melalui jalan Abizar untuk pulang ke hotel. Naik lif. 2.08 pagi, masing-masing masuk bilik. Benar-benar keletihan. Lalu terus tidur, namun mimpi tak sempat bermula, dan tak sempat berakhir.
Post a Comment