HARI
PERTAMA 7 DISEMBER 2016
Sri Teratai - Sultan Mahmud Airport
- KLIA Sepang
Sri Teratai - Sultan Mahmud Airport
- KLIA Sepang
5.12 pagi, bangun dan terus mandi. Bersiap-siap. Kemudian membuat semakan terakhir. Lepas itu solat Sunat Musafir. Memohon kelancaran dan keselamatan. Juga dipermudahkan segala urusan.
"Rabbi
yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khoir"
Ya
Allah Kau permudahkan jangan Kau susahkan, Ya Allah Kau akhiri dengan
kebaikan.
|
5.32
pagi, solat Subuh. Berdoa agar selamat pergi
dan kembali. Dijauhi dari segala masalah dan musibah. Juga doa
untuk anak-anak, cucu-cucu dan saudara mara yang tinggal.
6.25
pagi, bersedia untuk pergi. Jiran sebelah turut datang untuk mengucap selamat pergi. Selepas laungan azan, barulah Hilux WRB678 yang dipandu oleh Khuzly, bergerak per4lahan-lahan. Meninggalkan teratak Seri Teratai. Dd Aram,
Umi dan Kakcik terasa sayu dan hiba.
HR.
Ibnu Hibban
Jika
seseorang mau pergi haji atau bepergian, ia meminta izin dari Rasulullah SAW,
Rasulullah SAW pun meng-azani dan meng-qomahi.
(Masih
menjadi pertikaian tentang sunat azan ketika berpergian menunaikan Umrah)
|
Hanya
Khuzly dan Along yang mengiringi pemergian. Kakak pula terpaksa menghadiri kursus Ketua Pemeriksa
Biologi. Cucu-cucu mungkin masih lagi nyenyak. Biarlah cucu duduk di rumahnya. Dikhuatiri, nanti berlaku drama air mata
antara cucu dan nenek.
6.44
pagi, sampai di Sultan Mahmud Airport. Beberapa orang keluarga sudah pun menunggu. Lalu bersalaman dan berpelukan. Terasa sayu. 7.14 pagi, pemeriksaan bagasi. Kemudian check in. 7.55 pagi, bergambar dengan saudara
mara. Suasana pagi berbaur dengan perasaan terharu dan
sedih. Terharu kerana bakal menjadi "Ad-Dyuyoof Ar- Rahman".
8.40 pagi, keluar pintu 3, terus melangkah ke arah pesawat Mas. Debaran mula terasa. Bagaimanapun cuba melangkah ke dalam kabin dengan tenang. Kemudian terus menyumbat hand luggage ke dalam overhead locker. Dd Aram, Umi dan Kakcik duduk di seat 6 DEF.
8.50 pagi, Mas MH1327 akhirnya meluncur ke lebuh raya angkasa. Kemudiannya terapung-apung di udara setinggi 26 ribu kaki. Cuba memejam mata, sekadar mencari ketenangan dalam deruan Mas. Namun debaran beselang-seli dengan terjahan perasaan, anxiety of nothingness. Lalu mengingati Surah Al Insyiqaq untuk mencari keheningan dalam kebisingan .
Sedih Dan Gembira |
Berpisah Sementara |
8.20
pagi, melalui pemeriksaan di pintu balai berlepas. Hanya lambaian terakhir untuk saudara mara. 6 orang daripada keluarga Adis akan
berangkat untuk melakukan ibadat Umrah. Wajib Umrah untuk Antiya, Ayahde, Cekde
dan Kakcik. Sunat Umrah untuk Dd Aram dan Umi.
Lambaian Umrah |
8.40 pagi, keluar pintu 3, terus melangkah ke arah pesawat Mas. Debaran mula terasa. Bagaimanapun cuba melangkah ke dalam kabin dengan tenang. Kemudian terus menyumbat hand luggage ke dalam overhead locker. Dd Aram, Umi dan Kakcik duduk di seat 6 DEF.
Terapung-apung |
8.50 pagi, Mas MH1327 akhirnya meluncur ke lebuh raya angkasa. Kemudiannya terapung-apung di udara setinggi 26 ribu kaki. Cuba memejam mata, sekadar mencari ketenangan dalam deruan Mas. Namun debaran beselang-seli dengan terjahan perasaan, anxiety of nothingness. Lalu mengingati Surah Al Insyiqaq untuk mencari keheningan dalam kebisingan .
Surah
Insiqaq, ayat 6
Hai
manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan besrsungguh-sungguh menuju
Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
|
Balai Ketibaan |
Baggage Reclaim |
Menunggu Bagasi |
10.28
pagi, Mas mula mendarat. Bising dan sedikit bergegar apabila membuat touch down. Alhamdulillah selamat menjejakan kaki di KLIA. 10.32 pagi, terus ke ruang baggage reclaim. Kemudian dengan 4 troli
bergerak keluar dari balai ketibaan.
10.34
pagi, naik lif ke aras 3, dan terus ke Food Garden. 10.35 pagi, breakfast dengan nasi lemak, tetapi tak
sesedap nasi lemak Che Awang. Hanya sekadar mengalas perut untuk menunggu flight jam 2 petang.
11.28
pagi, Ela dan Sabri datang untuk mengucapkan selamat pergi. Lepas tu duduk dan mundar-mandir.
Sempat juga menumpang sedih apabila pakej Tabung Haji tertunda ke hari esuk jam
5.25 petang. Akibat masalah teknikal Mas HM380.
Aerotrain Terminal Stelit A |
1.28
pagi, solat jamak takdim
dan qasar di ruang menunggu. 1.48 pagi, selepas pemeriksaan visa, masuk aero bridge terus ke dalam flight SV829, Saudi Arabian Airlines. Kabinnya
agak luas. Terdapat 2 aisle. Tempat
duduk 3X3X3 dan seat legroom agak
selesa.
Dd Aram,
Umi dan Kakcik duduk sebaris. Begitu juga Ayahde, Cekde dan Antiya. Saat ini suasana dalam pesawat agak riuh rendah. Berbagai ragam, ada yang excited, ada yang bimbang dan ada yang buat-buat biasa. Bagaimanapun
di sinilah bermulanya kembara Umrah.
Post a Comment