Qalam Perjalanan

HARI KEDUA 8 DISEMBER 2016
Masjid Nabawi - Perkuburan Baqi' - Raudhah




4.48 dinihari, turun dari bilik 521B. Kira-kira 242 langkah, sampai di Gate 25. Terpesona. Begitu hebat Masjid Nabawi. Tersergam bentuknya. Terindah rupanya. Cahaya menaranya terang benderang. Memburu kegelapan di setiap penjuru. Dataran marmarnya bagaikan turut bercahaya. Luas terbentang dan lagi indah benderang.


Amazing Night
Bayangkan, masjid ini asalnya berukuran sekitar 50 m X 50 m. Tinggi atap sekitar 3.5 m. Tembok di keempat sisi masjid ini terbuat dari batu bata dan tanah. Atapnya dari daun kurma dengan tiang-tiang penopangnya dari batang kurma.

Sebahagian atapnya dibiarkan terbuka. Bergelap di malam hari, tanpa cahaya. Hanya di waktu Isyak, baru diterangi dengan membakar jerami. Lain halnya sekarang, penuh dengan cahaya. Terang benderang. Mengkagumkan dan mempersonakan.

Begitu memukaukan. Sebagaimana yang diucapkan oleh  Cosmonot Rusia, Anton Shkaplerov ketika berada di ruang angkasa.  Rasa penuh takjub, saat beliau melihat pancaran cahaya putih dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi .


Makkah Al-Mukarramah


Diceritakan juga, para petugas ISS (International Space Station) telah mengambil gambar permukaan Bumi. Termasuk Kota Mekah dan Kota Madinah di waktu malam. Anton Shkalperov salah seorang petugas ISS dengan takjubnya mengulas, “Amazing night view of Mecca and Medina from the ISS.”



Astronaut Neil Amstrong yang pertama menginjakkan kaki ke bulan juga menjelaskan penemuannya. “Bahawa gelombang  cahaya radiasi tersebut terpancar hingga mencapai Mars dan terus menuju Allah”. Malah beliau menganggap Haramain sebagai magnetic equilibrum dunia.

Ini terbukti dari kajian Geologi.  Ka’bah dan sekitarnya kurang dipengaruhi oleh graviti bumi seperti wilayah lain. Bahkan batuan basalt yang ditemukan di Mekah, adalah batuan tertua di bumi. Secara ilmiah bukan berasal dari planet mana pun di alam surya ini.

Satu kebenaran yang pasti. Dan terbukti. Inilah Magnet yang dapat menarik berjuta-juta manusia dari seluruh pelusuk dunia ke Masjid Nabawi dan ke Masjidil haram. Malah  5.10 pagi, di saat ini, dataran dipenuhi beribu-ribu jemaah yang bersesak-sesak. Kadang-kadang bertembung, dan hampir tolak-menolak untuk bersolat di Masjid Nabawi. Masya-Allah.

5.13 pagi, baru  Ayahde dan Dd Aram dapat melepasi pintu King Fahd. Terpaksa celah-mencelah untuk masuk ke lorong rak 299. Kemudian solat Tahiyatul Masjid berhampiran rak 1121.

Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa melakukan solat di masjidku sebanyak empat puluh kali tanpa luput satu kali solat pun juga, maka akan di catat kebebasannya dari neraka, kebebasan dari siksa dan terhindarlah ia dari kemunafikan.”




 Masjid Nabawi

Benar-benar terasa kerdil apabila berada dalam di Masjid Nabawi. Yang tinggi dan luas, ditunjangi oleh tiang-tiang besar. Ke kiri dan ke kanan, ke hadapan dan ke belakang, di penuhi ribuan jemaah. Berbagai rupa, berbagai warna dan berbagai gaya. Namun masing-masing mencari keredaan dan ketakwaan.

Mengikut riwayat, masjid ini dibina oleh Rasulullah SAW. Menempatkan makam beliau dan para sahabatnya. Ia menjadi masjid utama bagi umat Islam setelah Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Aqsa di Yarusalem.  Sebagai masjid Ke-2 terbesar di dunia, selepas Masjidil Haram.


Azan Berkumandang

5.31 pagi, azan  berkumandang. Bergema mengisi ruang dan sudut masjid. 6.55 pagi, solat Subuh. Terasa sekali tenang dan syahdu. Sekali-sekala terdengar suara batuk bersahutan. Diselang-seli dengan suara tangisan bayi. 7.20 pagi, akhirnya selesai selepas solat Jenazah.


Hotel Dallah Taibah

Di dataran kelihatan ribuan jemaah menuju berbagai arah. Datang dan pergi. Ada yang sealiran dan ada yang bertembung. Sempat juga bergambar di perkarangan masjid, berlatarbelakangkan Masjid Nabawi.

Di laman masjid, menara-naranya masih bercahaya. Begitu indah melatari langit pagi. Sekali-sakala angin dingin datang dari celah-celah bangunan. Terasa sejuk. Namun dalam samar-samar cahaya pagi, keindahannya menjadi begitu sayu dan syahdu.


Breakfast Tingkat M

7.32 pagi, terpaksa mencelah-celah orang ramai. Akhirnya sampai ke hotel. Terus ke kaunter untuk mendapatkan password internet. 7.47 pagi, naik ke tingkat M melalui tangga untuk breakfast. Dewan makan untuk para jemaah Rayhar terletak agak ke dalam.


7.41 pagi, naik lif ke bilik 521B. Berehat sebentar. 7.54 pagi, turun semula. Berkumpul di lobi untuk ziarah dalaman.  Kemudian group SV07 bergerak ke Masjid Nabawi. 8.03 pagi, taklimat dan maklumat di perkarangan Masjid Nabawi oleh Uztaz.



 Perkuburan Jannatul Baqi'

8.19 pagi berkumpul di depan pintu Perkuburan Baqi’. Selepas mendengar sedikit maklumat, terus membaca do’a. 8.23 pagi, group SV07 berpecah kepada dua kumpulan. Jemaah Wanita bersama uztazah terus menuju ke Raudah. Begitu juga para jemaah lelaki bergerak mengikut jalan lain.

Alangkah beruntungnya, mereka yang disemadikan di perkuburan Jannatul-BaqÄ«. Taman Syurga, dimana  kira-kira 10.000 jenazah dimakamkan, termasuk keluarga dan sahabat Rasulullah SAW. Dan para jemaah yang telah meninggal di Madinah.

Rasulullah SAW bersabda

Aku adalah orang pertama yang akan dikeluarkan dari bumi pada hari kiamat, dan aku adalah orang pertama yang akan dibangkitkan. Aku, Abu Bakar RA. dan Umar RA. keluar menuju Pemakaman Baqi`, kemudian mereka semua dibangkitkan, lalu penduduk Mekah. Kemudian semuanya berkumpul memenuhi antara Dua Tanah Haram, Madinah dan Mekah

8.38 pagi, masuk P1 Babus Salam. 8.42 pagi, simpan selipar di rak 16. 8.45 pagi, solat hajat berhampiran kawasan Raudhah. Orang ramai berpusu-pusu masuk dan keluar. Berebut-rebut untuk bersolat di karpet hijau. Semakin sesak semakin tolak menolak. Terpaksa celah-mencelah. 9.39 pagi, tersekat di laluan ke Raudhah.


Post a Comment

Powered by Blogger.