|
8.45 pagi, sampai di Jeti Shahbandar. Jadual perjalanan feri bermula pada 9.00 pagi. Jadi sempat menikmati suasana pagi di jeti. Melihat pelbagai ragam penumpang. Yang sedia dan setia menunggu. Perjalanan dari jeti ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.
Pulau Redang |
Jeti Shahbandar |
Sebenarnya sudah lama merancang untuk bercuti di Pulau Redang. Pulau percutian yang popular di pantai timur. Terletak di perairan Laut China Selatan. Merupakan salah satu daripada gugusan sembilan buah pulau. Yang membentuk taman laut kepulauan Redang.
Pulau-pulau yang lain, termasuk Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu dan Pulau Pinang
Dikatakan pulau ini masih menyimpan bukti sejarah Perang Dunia ke 2. Di dasar perairannya
terdampar dua buah bangkai kapal perang. Kapal perang H.M.S
Putera Wales dan H.M.S Repulse. Milik
tentera Brirtish, yang cuba menguasai
perairan Laut Cina Selatan.
Malangnya, ditenggelamkan oleh 86 pesawat udara Jepun dari 22nd Air Flotilla pada 10 Disember 1941. Bagaimanapun lokasi bangkai 2 kapal ini menjadi “Protected Place” pada 2001. Termaktub di bawah Akta Perlindungan Peninggalan Tentera 1986.
Demikian Pulau Redang merupakan pulau terbesar di Terengganu. Terletak 45 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Gugusan pulau ini menjanjikan pelbagai aktiviti dan panorama yang menarik kepada pengunjung seperti snorkelling dan scuba-diving.
Pada tahun 1994, 40 buah pulau telah digazetkan sebagai Taman Laut. Termasuk Pulau Redang. Dengan matlamat untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan ekosistem marin. Terutamanya batu karang dan flora faunanya.
Terdapat 500 spesies batu karang. Lebih dari seribu spesies invertebrata. Dan hampir 3000 spesis ikan. Yang mengwujudkan sebuah kehidupan dalam kepelbagaian ekologi yang penuh keharmonian di pinggiran terumbu karang. Bagaikan syurga fantasi bagi penyelam.
Perairan yang terlindung ini, mengekalkan keindahan taman
lautnya. Kerana telah diwartakan sebagai Taman
laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan dalam lingkungan sejauh 3.2 km dari pulau.
Di Pulau Redang terdapat dua pantai yang menjanjikan keindahan yang mempersonakan. Pantai Pasir Panjang dan Teluk Dalam Kecil yang menjadi destinasi untuk menikmati keindahan pantainya. Dan keajaiban taman lautnya.
Tidak sabar rasanya untuk menjelajahi keindahan dan keajaiban Pulau Redang. 10.34 pagi, barulah feri bertolak dari jeti Syahbandar. Saat ini, bermulalah jejak kembara. Mula terasa keseronokan mengharungi gelora Laut Cina Selatan dan turut diiringi deruan angin monsun barat daya.
Ayla kelihatan lebih teruja. Ini merupakan pengalaman
pertamanya menaiki feri. 12.00 tengah hari, feri menghampiri Kampung Jeti.
12.15 tengah hari, feri akhirnya berlabuh di tepi jeti.
Van Asmadi Redang
Island Services sudah menunggu
di jeti. Suasana agak sibuk. Riuh-rendah dengan suara penumpang. Bertingkah dengan suara ombak. Sekali-sekala bayu memuput. Menyejukkan suasana.
12.07 tengah hari, van meneruskan perjalanan
ke Asmadi Resort di Kampung
Baru. Melintasi SK Pulau Redang, Masjid
Kg. Baru dan kelinik kesihatan Pulau Redang. Menghidangkan keindahan panorama pedalaman desa pingitan.
12.28 tengah hari, selepas check-in terus naik ke bilik penginapan di tingkat 1. Dari jendela, jelas terungkap
tirai kehidupan penduduk desa Redang. Terasa sayu. Keadaan rumah dan persekitarannya bagaikan
ketinggalan. Tersisih. Kurang dijamah oleh arus pemodenan.
Mungkin arus perubahan tak sampai. Angin tak
kesampaian membawa berita. Apa jua “pergelokan” di tanah besar hanya menjadi dongengan.
Mungkin ini yang dikatakan ignorance is bliss, mereka bahagia kerana tidak tahu. Akhirnya mereka terus hanyut dibuai gelombang ignorance of innocence.
2.17 petang, turun dari bilik penginapan. 2.24
petang, lunch di Asmadi Restoran. Hanya
beberapa langkah dari rumah penginapan. Suasana desa, dan menu ala kampung mengembalikan
sinario 80an.
3.28 petang, bermulanya aktiviti. Rasa teruja untuk menjelajahi perairan pulau dengan bot. Pantainya dihiasi dengan pemandangan yang indah. Pasir yang putih terhampar sejauh mata memandang. Sempat merakam keindahan untuk catatan "Langkah Bermula".
3.54 petang, Ayla
bagaikan tak berenggang dengan Aciknya. Manakala angin
laut menderu bersama lajunya bot. Bot terus meredah ombak.
Meninggalkan riak-riak putih memanjang di belakang. Makin jauh dari pantai makin
jernih. Makin indah pula pemandangan dasar lautnya.
Kelihatan ikan-ikan berbagai warna sedang
berenang-renang. Sungguh menarik. Dihiasi dengan batu karang yang berbagai bentuk dan
warna. Mengkagumkan. Bagaikan dunia fantasi di
bawah laut. Ayla kelihatan teruja. Tetapi Ayra masih terlalu kecil untuk mengalami alam
pesisiran pantai.
4.15 petang, Dedi
dan Faiz memakai swimming
suit. Standby dengan alat-alat snorkeling.
Beberapa tips telah dikaji sebelum memulakan aktiviti ‘menyelongkari’ keindahan
di perairan pantai.
Meredah Ombak |
Snorkelling
atau skin
diving biasanya dilakukan di
perairan yang cetek. Menggunakan alat-alat, saperti snorkel, masker selam dan juga kaki katak.
Life jacket dipakai untuk apungan. Dan juga keselamatan
Kekadang main pakai, tanpa mengikut ukuran yang sesuai. Walaupun tips mengesyurkan masker yang sesuai dengan kontur wajah. Begitu juga kaki katak perlu disesuaikan dengan ukuran kaki.
Menyelami Keseronokan |
4.25 petang bot berhenti di bawah jeti Pusat Taman Laut. Tempat yang sesuai untuk mandi
dan snorkelling. Ayla mandi dengan pelampung ditemani oleh neneknya. Jelas
terserlah keriangan. Riak wajah Ayla menunjukkan
keseronokan bermain air.
4.59 petang, terpaksa naik ke pantai. Kesejukan, lama berendam dalam air. Bagaimanapun terasa segar. Benarlah mengikut kajian, masalah kesihatan boleh diatasi hanya dengan berendam di air laut. Terutama gangguan pada kulit, pembuluh darah, saluran pernafasan dan paru-paru.
Sepetang Di Jeti Pusat Merin |
5.16 petang, menjelajahi daratan pulau. Singgah
di pondok penerangan. Terdapat peta tentang taman marin. Dari pondok terus berjalan
kaki ke jeti, lebih kurang 50 meter dari pantai. Pemandangan dari jeti begitu
indah.
5.28 petang, naik semula boat. Bot terus
meredah ombak. Menuju ke Taman Laut. Perairan
yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah.
Selepas
penubuhan taman-taman laut, perairan ini
menjadi Kawasan
Larangan Perikanan.
Rahsia Di Bawah Laut |
Diperuntukkan di bawah Seksyen 41, sehingga Seksyen
45 Akta Perikanan 1985. Pada 16 Julai 2007, Seksyen
Taman Laut dengan rasminya menjadi Jabatan
Taman Laut Malaysia. Berfungsi
untuk memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik.
5.39 petang, bot terus berlabuh di perairan
terumbu karang yang agak dalam. Ribuan ikan berbagai jenis dan warna bagaikan
mengalu-ngalukan kedatangan. Berenang-renang di tepi dan di di bawah bot.
Kelihatannya begitu jinak dan mesra.
Keindahan Terumbu Karang |
5.42 petang, teruja melihat terumbu karang
yang berbagai bentuk dan warna. Mempersonakan. Tidak hairanlah, Taman Laut Redang antara yang tercantik di dunia. Memenangi
Anugerah Tarikan Pelancongan Terbaik Malaysia.
Taman Laut Redang ditubuhkan untuk
melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Yang menjadi
perpustakaan laut. Menghimpunkan khazanah laut yang berusia ribuan tahun. Satu
daripada anugerah llahi.
Segitiga Terumbu Karang |
Dari segi geografi, Malaysia terletak dalam
kawasan Segitiga Terumbu Karang. Dikelilingi
perairan Laut Andaman , Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Menjadikan Malaysia
kaya dengan biodiversiti marin. Lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah
direkodkan di Malaysia.
Himpunan Khazanah Laut |
Justeru Malaysia meneruskan pelan tindakan CTI-CFF (Coral Triangle
Initiative on Coral Reefs, Fisheries, and Food Security). Untuk mengatasi
risiko perubahan iklim dan eksploitasi berlebihan sumber marin.
Menikmati Anugera Ilahi |
5.49 petang, masih tak puas menikmati keajiban
anugerah Illahi. Menikmati pemandangan bawah
laut. Bagaikan menerokai rahsia yang selama ini tersembunyi dari pandangan. Yang
penuh fantasi. Tetapi masih lagi mistri.
Mengharungi Senja |
Kesejukan. Akhirnya 6.02 petang, bot terus meredah perairan pulau. Mengharungi senja yang mula berubah warna. Kuning kemerah-merahan, sayup melatari kaki langit. Kesepian kian berlabuh. Dan kian mengakhiri sisa-sisa senja.
Hanya kedengaran desiran ombak dan deruan bot. Masing-masing sudah keletihan.
Ayla masih lagi mampu menikmati keindahan.
Tetapi Ayra sudah terlena di pangkuan ibunya. Di kejauhan
bagaikan terdengar panggilan pulau. Sayup-sayup di bawa angin senja.
Post a Comment