HARI KESEBELAS 17
DISEMBER 2016 (2)
King Abdul Aziz
Airport Jeddah - Pesawat SV632
- KLIA - Sultan
Mahmud Airport
Bagaikan Berlari-Lari
4.58 petang, lewat senja. Cahaya yang kuning
kemerah-merahan menghiasi kaki langit. Matahari kian pudar. Kelihatan bagaikan
berlari-lari di celah-celah bangunan dan bukit-bukau yang kian gelap.
Para jemaah kelihatan keletihan. Sepi, tidak
bermaya. Ada di antaranya sempat lagi melabuhkan mimpi. Bagaimanapun di
saat-saat terakhir ini, terasa berat kaki melangkah. Dan terasa berat hati
menongkah
5.44 petang, mula kelihatan cahaya
berkedip-kedipan di kejauhan. Malam mula berlabuh. Kegelapan kian mengisi
ruang. Manakala kesepian bagaikan memburu perasaan. 5.59 petang, sampai di
lapangan terbang King Abdul Aziz Airport Jeddah.
|
Pinggir Airport |
|
Senja Di Airport |
|
Malam Berlabuh |
Beg-beg diangkut oleh petugas Rayhar. 6.01 petang, pakej dinner diedarkan. Para jemaah
makan di mana sempat. Tak kira di mana tempat. 6.21 petang, masuk pintu
pelepasan.
|
Famili Adis |
|
Menuju Balai |
|
Bersiap Sedia |
6.24 petang, masih dalam waktu Maghrib. Masing-masing
turun dengan eskalator ke surau untuk solat jamak takdim. 6.50 petang, naik
semula eskalator. Terus ke ruang menunggu. Masa menunggu agak lama. Hampir 2
jam. Benar-benar membosankan.
8.00 malam, petugas
rayhar memberi taklimat perjalanan. 8.01 malam, masuk pintu international
departure. 8.03 malam, melalui kaunter pemeriksaan visa. Seterusnya 8.17
malam, melalui kaunter immigration.
|
Balai Airport |
|
Balai Menunggu |
|
Mencari Keselesaan |
|
Balai Airport |
8.25 malam, menunggu dalam dewan berlepas.
Bagaikan masa bergerak perlahan-lahan. Terasa letih dan mengantuk, tetapi sukar
melelapkan mata. 1 jam 28 minit berlalu.
|
Menunggu Masa |
|
Mengisi Waktu |
|
Membosankan |
9.53 malam, Umi,
Antiya dan Cikde
kelihatan tertidur. 10.10 malam, hampir-hampir terlelap. Tetapi tak selesa,
mata sukar dipejam lama. Saat ini benar-benar diuji. Hanya kesabaran dan
ketabahan dapat memujuk kebosanan.
|
Layari Internet |
|
Letih Menunggu |
|
Melabuh Mimpi |
Surah Ali ‘Imran, ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah
kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah
kepada Allah supaya kamu beruntung.
|
10.29 malam, pelanggan datang dan pergi di
gerai Tim Hertons, Cafe
& Bake Shop dan Baskin Robbins.
Beberapa orang jemaah kelihatan mundar-mandir. Mungkin sekadar menghilangkan
rasa bosan.
10.51 malam, pemeriksaan tiket flight.
10.54 malam, naik shuttle SABD 745. 10.59 malam, turun dari shuttle. Lalu terus
naik pesawat SV632, Saudi Arabian Airlines. 11.13 malam, berada dalam kabin.
Sedihnya Famili Adis berpecah
kedudukan. Suasana kelang-kabut kerana terpisah dari keluarga. Masing-masing
tidak akur kepada kedudukan yang telah diatur oleh petugas
Rayhar.
12.20 pagi, pesawat
SV632 take-off.
Meninggalkan Jeddah Airport. Demikian
juga turut meninggalkan 17 Disember sebagai kenang-kenangan. Untuk menghadapi 18
Disember dengan penuh kesyukuran.
Surah Al Qamar, Ayat 35
Sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi
balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
|
Masa terus bergerak. Kadang-kadang kita tidak
menyedarinya. Terutama apabila berada dalam flight. Lebih-lebih lagi
aktiviti sangat terhad. Jadi kebanyakan masa berlalu di tempat duduk.
|
Laluan Flight SV632 |
|
Saudi Arabian Airlines |
1.09 pagi, dinner. 2.33 pagi,
melintasi Laut Arab. 3.22 pagi, masih di Laut Arab. 4.30 pagi, melalui Republik India. Melintasi Bandar
Anantapura dan Kadiri. 4.43 pagi, solat
hormat waktu Subuh.
5.51 pagi, melintasi Telok
Benggal. Tinggal 2 jam 54 minit lagi untuk sampai KLIA. 4.41 pagi, tamat cerita Avenger.
4.46 pagi, menonton movie Mission Impossible Rogue
Nation (2015).
4.58 pagi, masih lagi di Teluk Benggala. 5.00 pagi, pesawat terasa
bergoyang-goyang. Mencemaskan. 7.02 pagi, tinggal lagi 1 jam 3 minit. Makin
hampir.
6.24
pagi, pakej heavy breakfast diedarkan oleh paramugari. Untuk heavy
dish diedarkan pada jam 7.24 pagi. 7.27 pagi, melepasi Medan. Tinggal lagi 38 minit untuk mendarat. 7.51
pagi, roda dikeluarkan.
8.05 pagi (Saudi
Arabia)/1.05 petang (Malaysia), membuat landing. Bergegar sedikit,
tetapi lancar. Syukurlah, akhirnya selamat menjejak kaki di KLIA.
Selepas ini mengguna waktu Malaysia
|
Pemeriksaan Visa |
|
Tuntutn Bagasi |
1.15 petang, naik aerotrain. 5 minit kemudian
sampai. 1.25 petang, turun ikut eskalator. 1.45 petang, beratur di bahagian
pemeriksaan visa. 2.11 petang, selesai melalui mesin visa automatik. 2.43
petang, terus ke bahagian tuntutan bagasi. Terpaksa menunggu.
|
Balai Perlepasan |
|
Flight Kuala Terengganu |
4.21 petang, naik ke tingkat 5. 4.24 petang, ceck
in untuk flight ke Kuala Terengganu.
4.46 petang, solat jamak takhir. Kemudian membiarkan masa berlalu dalam menunggu. 7.07
malam, turun tangga domestik. 7.21 malam turun melalui pintu 6. Masuk aerobridge terus
ke pesawat.
|
Dalam Flight |
7.24 malam, mula bergerak. Kemudian disusuli tayangan video keselamatan. 7.29 malam, doa musafir dibacakan, untuk menghilangkan debaran. 7.34 malam, pesawat memecut di landasan. Lalu menyusuri lebuh raya angkasa. Yang lebih luas dan terbuka.
|
Sisa Senja |
7.51 malam, dari jendela Mas, kelihatan awan
kelabu melakari ruang angkasa. Bagaikan terapung-apung. Begitu hampir. Di
kejauhan cahaya samar kekuningan melatari hujung langit. Beransur-ansur
mengakhiri sisa-sisa senja.
8.19 malam, mendarat di Sultan Mahmud Airport. Syukur Alhamdulillah, akhirnya
selamat menjijak bumi Terengganu. Di sini ianya bermula maka di sinilah ianya
berakhir. Tiba-tiba terasa rindu. Country road ke
Pulau Bahagia bagaikan mengalu-alukan kepulangan. Bagaikan terasa lambaian Sri
Teratai, baiti jannati. Home sweet home.
Country roads,
take me home
Post a Comment