HARI KETIGA 9 DISEMBER 2016 (1)
Masjid Nabawi - Masjid Qiblatain - Masjid
Quba - Bukit Uhud
Masjid Nabawi - Masjid Qiblatain - Masjid
Quba - Bukit Uhud
Bukit Uhud |
4.48 pagi, turun dari bilik 521B. Masih terasa dingin. Namun Jalan Abizar sudah mula dibanjiri para jemaah, yang tergesa-gesa ke Gate 25. Gate yang menjadi laluan utama dari hotel Dallah Taibah. Lain-lain jemaah masuk ikut pintu pagar yang berdekatan dengan hotel masing-masing.
Berdoa |
Menghayati |
Terdapat sebanyak 41 pintu masjid
dan 40 pintu pagar di Masjid Nabawi. Mengikut sejarah, Rasulullah SAW membangun
masjid dengan 3 pintu. Kemudian Khalifah Umar bin Khathab RA pula menambah tiga pintu. Al-Mahdi Al-Abbasi (161-165), menambahkan lagi jumlah pintu. Menjadikan kesemuanya 24 pintu.
Keindahan |
Mempersonakan |
Mendamaikan |
Ketika melakukan perluasan terhadap Masjid
Nabawi, Sultan Abdul Majid (1265-1277) menambah 5 pintu lagi. Sehingga pada tahun 1408, Raja Fahd bin Abdul Aziz, membuka pula pintu
baru di bahagian timur. Dinamakan dengan Bab Baqi, yang mana terletak berhadapan
dengan pintu Bab As-Salam.
Laluan Kesesakan |
Pintu-pintu ini memberi kelegaan. Akan tetapi, 6.38 pagi, di pintu-pintu inilah para jemaah bersesak-sesak. Terutama selepas solat Subuh. Termasuklah Keluarga Adis. 6.45 pagi, barulah sampai di hotel. Kemudian naik Tingkat M untuk breakfast. 7.02 pagi, masuk bilik 521B.
Bersiap-siap untuk kembara. 7.15 pagi, berkumpul di
depan hotel Dallah Taibah.
Program hari ini ialah Ziarah Luar. Masing-masing
teruja, feeling excited. 7.59 pagi, Keluarga Adis naik bas nombor 1 dengan angka pengenalan 438. Perjalanan
pagi ini agak lancar. Kelihatan bangunan-bangunan bagaikan berlari-lari ke belakang. Kemudian
melintasi dataran gersang. Yaang luasnya, sesayup mata memandang.
Seterusnya melintasi Masjid Qiblatain atau masjid 2
kiblat. Hanya mengintai dari jendela bas. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Bani
Salamah, kerana dibangunkan di atas bekas rumah Bani Salamah. Diriwayatkan, ketika Rasulullah SAW sedang solat Zohor, baru 2 rakaat, tiba-tiba
turun wahyu. Memerintahkan baginda
merubah arah qiblat dari Baitul Maqdis ke Ka'bah di Masjidil Haram.
Dua Qiblat |
Surah Al Baqarah, ayat 144
"Sungguh Kami melihat mukamu menengadah ke
langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai.
Palinglah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada,
palinglah mukamu ke arahnya."
|
8.12 pagi,
destinasi seterusnya ialah Masjid Quba. Sempat
merakam sudut-sudut fotografi. Bebrapa orang penjaja tempatan kelihatan menunggu dengan hamparan barangan. 8.26 pagi, ambil wuduk. Seterusnya solat Tahiyatul Masjid dan solat hajat. Kemudian mengabadikan jejak-jejak memori di dalam masjid.
Hadis Riwayat Tirmidzi.
Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja yang
bersuci dari rumahnya. Kemudian datang ke Masjid Quba dan solat di dalamnya,
maka ia mendapatkan pahala seperti pahala umrah."
|
Surah At Taubah, Ayat 108
"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas
dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat
di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan
Allah menyukai orang-orang yang bersih."
|
8.43 pagi, keluar dari masjid. Malang sekali bagi
Ayahde, selipar hilang. Terpaksa berkaki
ayam. Nasib baik ada penjaja menjual selipar di dataran. Sebelum naik bas
sempat bergambar di dataran. Mengabadikan Masjid Quba dalam jejak-jejak memori.
8.52 pagi, naik bas. Sejam kemudian sampai di
kawasan dataran Bukit Uhud. 9.21 pagi, uztaz memberi sedikit pengkisahan tentang
Peperangan Uhud. Seterusnya, 9.41 pagi, menziarahi para syahid di Perkuburan Uhud. Lalu memberi
salam dan membaca doa untuk para syahid. Terasa hening dan sayu. Seiring angin yang memuput lembut dari dataran syahid. Bagaikan menyambut salam kembara.
Lambaian Uhud |
Demikan Bukit Uhud, bukit yang dijanjikan di syurga. Sekelompok bukit
yang tidak bersambungan dengan bukit yang lain. Karena itu penduduk Madinah menyebutnya
“Jabal Uhud” yang bermaksud "bukit menyendiri".
Hadis Riwayat Bukhari
Rasulullah SAW bersabda, “Bukit Uhud adalah
salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga',"
|
Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersama
Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar Al-Faruq RA, dan Sayyidina Usman bin
Affan RA naik ke atas Bukit Uhud. Tiba-tiba Bukit Uhud bergetar.
Kecintaan Uhud |
Rasulullah SAW kemudiannya menghentakkan kakinya, dan bersabda, "Tenanglah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah
dan orang yang selalu membenarkannya." Tak lama kemudian Bukit Uhud
berhenti bergetar. Demikian tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut
Rasulullah SAW.
Hadis Riwayat Anas bin Malik RA
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Uhud
adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.”
|
Bukit Uhud ini berjarak 5 kilometer dari
utara Kota Madinah dengan ketinggian sekitar 1.08 meter. Diriwayatkan, peperangan yang dahsyat pernah terjadi di lembah bukit ini. Peperangan antara 700 pejuang
Islam dan 3.000 orang kaum kafir Quraisy pada tahun 26 Mac 625. Yang lebih dikenali sebagai perang Uhud.
Post a Comment