HARI KETIGA 9 DISEMBER 2016 (2)
Bukit Uhud – Hotel Dallah Taibah – Masjid
Nabawi – “Melontar Riyal”
Peta Bukit Uhud |
Dataran Uhud |
Mengikut
strategi, 50 orang pemanah telah ditempatkan di Jabal Rumat (Bukit
Pemanah). Dipimpin oleh Abdullah bin Jubair. Mereka juga diperingatkan oleh Rasulullah SAW agar tidak meninggalkan posisi. Malangnya kerana harta yang ditinggalkan
musuh, mereka berkejaran turun dari bukit. Padahnya, mereka tertewas. 70 orang
pejuang Islam mati syahid.
Getaran Uhud |
Jabal Rumat |
Di antara yang terkorban ialah bapa saudara Nabi SAW, Sayyidina Hamzah bin Abdul Mutalib, yang digelari sebagai AsaDullah wa Asadur Rasul (Singa Allah dan Rasul-Nya), Mush'ab bin Umair, dan Abdullah bin Jahsyin.
Lambaian Uhud |
Pengkesahan Uhud |
Surah Ali ‘Imran, Ayat 169
"Dan janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
|
Perang Uhud |
Kecintaan Rasulullah SAW kepada para syuhada Uhud, terutama Sayydina Hamzah mendorong Rasulullah SAW melakukan ziarah ke Bukit Uhud hampir setiap tahun. Jejak ini diikuti pula oleh beberapa khalifah setelah Rasulullah SAW wafat.
Jejak Uhud |
Tetamu Uhud |
Seterusnya, 9.47 pagi, group SV07 diberi ruang untuk menyelongkari mistri Bukit Uhud. Cuaca pagi walaupun panas, tetapi terasa agak sejuk dan nyaman. Angin dari Bukit Uhud sekali-sekali memuput ke lembah dataran. Bagai meraikan tetamu jabal Uhud. Lalu Masing-masing tidak melepaskan peluang mencari pelbagai sudut fotografi untuk diabadikan di dalam memori.
Lambaian Uhud |
9.58 pagi, di sepanjang jalan dari pemakaman menuju parkir, terdapat beberapa pejaja jalanan menawarkan barang dagangannya. 10.14 pagi, bas meninggalkan dataran. Bukit Uhud kelihatan semakin jauh di belakang. Semakin sayup. Akhirnya hilang dari pandangan.
Bagaimanapun hari ini hari jumaat, terpaksa balik segera ke hotel. 11.14 pagi bas berhenti di depan hotel. Jalan Abizar kelihatan mula sesak. Para Jemaah bergegas dan bersesak-sesak di gate 25. 11.20 pagi, terus masuk bilik 521B. Bersiap-siap untuk solat Jumaat.
Masa terlalu berharga. Sedikit pun tidak berkompromi. Segala pergerakan perlu pantas dan mengikut jadual. 11.53 pagi, terus bersesak pula di pintu King Fahd. Seboleh-bolehnya mencari tempat solat yang lain, untuk membanyakkan tempat sujud. Lepas solat Jumaat balik segera ke hotel. Sempat lunch bersama keluaga Adis yang lain.
Selepas itu berehat dalam bilik, untuk mengumpul tenaga. Kadang-kadang tidur sekejap. Namun waktu tidur juga terbatas, kerana sentiasa bergegas ke masjid. Lebih-lebih lagi ingin membanyakkan solat di dalam masjid.
Hadis Riwayat Abu Hurairah RA
Rasulullah SAW telah bersabda: "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjid Nabawi) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
|
Sebenarnya setiap tempat dalam Masjid Nabawi mempunyai sejarahnya tersendiri. Tiang-tiang sebagai tonggak masjid menjadi saksi sejarah. Tiang Duta digunakan menemui para utusan yang datang. Tiang Pengawal terletak berhampiran pintu masuk Rasulullah SAW ke Masjid Nabawi.
Terdapat tiang yang menjadi tempat tidur Rasulullah SAW selama beriktikaf di Masjid. Lain-lain tiang termasuklah Tiang Abu Lubabah, Tiang Aisyah dan Tiang Mukhallaqah.
Selain itu terdapat mihrab yang bersejarah. Antaranya: Mihrab Nabawi, Mihrab Uthmani, Mihrab Hanafi dan Mihrab Tahajud. Malah boleh dikatakan setiap sudut dan ruang dalam Masjid Nabawi menyimpan pelbagai rahsia, dan merakamkan berbagai peristiwa.
Malangnya, tidak kesempatan untuk menyelongkari sejarah di dalam Masjid Nabawi. Setiap saat bagaikan mengejar masa. Tergesa-gesa. Bagaikan sentiasa dalam kesesakan. Bergegas-gegas tanpa mempedulikan orang lain.
2.54 petang, turun untuk solat Asar. Bersesak-sesa, celah-mencelah dan tolak-menolak tak dapat dielakkan. Kesesakan sudah menjadi fenomena biasa. Inilah yang terjadi apabila semua jemaah berelumba-lumba mengejar masa ke masjid. Berebut-rebut mencari tempat solat di dalam masjid.
Pengebom Berani Mati |
Demikian suasana menjadi biasa dan terbiasa. Dengan keadaan sesak dan terdesak, bagaikan kecemasan. Namun segala-galanya berjalan dengan lancar. Tiada masalah dan tiada musibah. Malah peristiwa letupan daripada pengebom berani mati pada 5 Julai 2016 tidak menghalang beribu-ribu jemaah memenuhi ruang dalam masjid dan datarannya.
Segala-galanya terkawal. Kematian 2 petugas keamanan di luar masjid, dianggap sebagi syahid. Peritiwa itu tidak sedikit pun menjadi viral yang boleh melemahkan semangat para jemaah. Malah peristiwa dahsyat itu hanyut dalam zikir para jemaah. Tenggelam dalam kekhusyukan para jemaah ketika sujud kepada Allah SWT.
Lepas solat Asar, balik ke hotel. Masa terlaku singkat untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Hanya berehat sambil menunggu waktu solat Maghrib. 5.16 petang, baru turun untuk ke masjid. Selepas solat Maghrib balik semula ke hotel. Umi, Antiya, Cekde dan Kakcik terus duduk dalam masjid hingga waktu Isyak.
Kesuntukan masa. Kadang-kadang memadai menziarahi, pintu pagar Perkuburan Baqi’. Tempat bersejarah yang lain-lain hanya melalui maklumat. Antaranya: Museum Asmaul Husna dan Masjid Qiblatain.
Museum Asmaul Husna |
Museum Asmaul Husna terletak di sisi barat Masjid Nabawi. Masuk melalui Pintu no.13. Terdapat Kalimat 'The Beautiful Names of Allah' sebagai alu-aluan. Malah nama-nama Allah SWT ini diperincikan melalui diorama, kaligrafi, multimedia’ video dan layar sentuh.
Terdapat juga replika tatasuria. Menggambarkan keindahan serta keluasan jagatraya. Sebagai manifestasi kekuasaan Allah SWT. Juga diperjelaskan bagaimana penciptaan alam semesta dan manusia. Yang mana rahsia-rahsia alam ini banyak disebut di dalam Al-Quran. Yang telah terbukti dalam penemuan sains modern.
Midnight Shopping |
Biasanya selepas Isyak, ada ruang masa untuk aktiviti lain. 8.50 malam, lalu turun untuk menyusuri kedai-kedai untuk aktiviti “Melontar riyal”. Aktiviti yang melegakan dan menyeronokkan. Lebih-lebih lagi melihat gelagat penjual dan pembeli. Saling tawar-menawar dan saling pujuk-memujuk. Tak tahu siapa yang memerangkap dan siapa yang terperangkap. Inilah strategi komersial, bagaimana "to bargain is to gain".
Post a Comment