Menurut riwayat, ketika Abu Bakar RA mendekati ajal, beliau meminta izin pada Siti Aisyah agar dikuburkan di samping sahabat yang paling dicintainya. Siti Aisyah mengizinkannya. Kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal, beliau juga meminta izin untuk dikuburkan di samping sahabatnya.
Walhal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan di samping suami dan ayahnya. Namun kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab, Siti Aisyah juga mengizinkannya. Sejak itu Siti Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di situ. Bersebelahan dengan kawasan Raudhah.
Taman Syurga |
Pengabdian Diri |
Kawasan Raudhah luasnya hanya 144 meter persegi. Demikian,
menjadi rebutan jutaan para jemaah untuk mendapatkan doa yang mustajab. Sukar
dibayangkan, namun jutaan parah jemaah masih lagi dapat memanjatkan doa di taman syurga ini. Di sinilah Makam Rasulullah disemadikan, di bawah
kubah hijau. Begitu juga makam shabat karib baginda, Khalifah Abu Bakar
As-Siddiq RA dan Khalifah Umar al-Khattab RA.
Hadis Riwayat Bukhari
Rasulullah SAW bersabda, “Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman syurga.”
|
Ingin
sekali meninggalkan banyak tempat sujud di Raudhah. Begitu juga dalam Masjid
Nabawi . Terutama di saf pertama. Kerana tempat sujud inilah yang akan menjadi
saksi di akhirat nanti.
Hadis Riwayat Muslim
Sesungguhnya saat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud.
|
Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad
Rasulullah SAW bersabda, “Apakah salah seorang di antara kalian setelah selesai solat (fardhu) tidak mampu untuk maju sedikit atau mundur, atau pindah ke sebelah kanan atau ke sebelah kirinya?”
|
9.39
pagi, terpaksa celah-mencelah, kadang-kadang tolak-menolak untuk mencari jalan
keluar. Kadang-kadang just follow the crowd. Bagaimanapun akhirnya sampai juga
ke Gate 25, laluan penting ke hotel Dallah Taibah.
Pintu King Fahd |
11.58
pagi, turun semula. Saperti biasa masuk Gate 25. Letak selipar secara
berasingan di pintu King Fahd. Selepas solat Zohor, terpaksa celah-mencelah
untuk mencari pintu keluar. Begitu juga di dataran. Kadang-kadang terpaksa keluar
ikut Gate 23 apabila Gate 25 menjadi terlalu sesak.
2.01 petang, melangkah semula ke Gate 25 untuk solat Asyar. Saperti semalamnya Ayahde dan Dd Aram masuk pintu King Fahd. Selepar kanan dan di kiri di letak agak berjauhan. Muslihat untuk mengelak masalah daripada selepar hilang.
Bersesak Dalam Masjid |
Lepas solat Jenazah, bersesak-sesak pula di dalam dan juga di laluan keluar. Kadang-kadang sampai bersentuh bahu dan tolak-menolak. Alhamdulillah, masing-masing sudah tidak kisah. Bahkan bersesak-sesak dan tolak-menolak sudah menjadi fenomena biasa. Kadang-kadang rasa seronok pula apabila hanyut mengikut arus orang ramai. Just follow the flow.
Bagai Alam Fantasi |
Dalam kesesakan ruang, masih ada peluang menikmati keindahan. 2.23 petang, berada di dataran. Kelihatan tiang-tiang berbaris. Terpacak. Mungkin tidak berpeluang untuk melihat payung otomatik berkembang semuanya. Bagaimanapun seronok melihat gelagat para jemaah.
Sekali-sekala angin dingin bertiup dari celah-celah bangunan. Terasa sejuk. Terutama di dataran marmar yang lebih terbuka dan luas. Di dataran inilah, para jemaah bersiar-siar. Malah menjadi tempat tinggal "geladangan terpilih". Mereka ini makan dan tidur di tepi-tepi tiang dan tepi-tepi pagar. Mungkin inilah pakej Umrah yang paling menjimatkan.
Gate 25 Nabawi |
3.41 petang, balik dari masjid mengikut laluan yang sama. Sempat bergambar di hadapan gerai menjual pelbagai barangan, terutama souvenir. Malah kawasan ini menjadi tempat "melontar riyal" selepas pulang dari solat. Jalan Abizar ini menjadi laluan yang agak popular kepada penginap hotel Dallah Taibah. “Satu-satunya jalan utama dan paling dekat ke Gate 25.
Aktiviti "Melontar Riyal" |
Demikian perjalanan berulang-alik dari hotel ke masjid, menjadi rutin. Malah sebelum masuk waktu, Umi, Antiya, Cekde dan Kakcik sudah berada di tempat yang agak selesa di dalam masjid. Malangnya hari ini, 5.58 petang, selepas solat Maghrib, Antiya dan Cekde hilang selipar.
Terpaksa berjalan kaki ayam ke hotel. Terpaksa sabar dan reda. Juga terpaksa senyum, dan juga "terpaksa akur" kerana senyum itu separuh daripada iman. Kadang-kadang berkali-kali hilang selipar sudah menjadi fenomena biasa.
9.16 malam, menunggu di lobi saperti yang dijanjikan. 10.20 malam, baru bermulanya aktiviti “melontar riyal". Lalu menyusuri lorong Abizar. Meninjau kedai-kedai yang berdekatan hotel. Malam ini kelihatan agak ramai yang turun shopping. Terasa seronok pula. The more the merrier.
Akan tetapi yang anihnya, kebanyakan yang melakukan shopping midnight adalah suku-sakat Melayu dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Berunai. Yang katanya sehimpun dan yang bangsanya serumpun. Mungkin ini yang dikatakan pembawaan "tabiat shopping".
Terpaksa berjalan kaki ayam ke hotel. Terpaksa sabar dan reda. Juga terpaksa senyum, dan juga "terpaksa akur" kerana senyum itu separuh daripada iman. Kadang-kadang berkali-kali hilang selipar sudah menjadi fenomena biasa.
Hadis Riwayat Al-Baikaqi
Iman terbagi kepada dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur.
|
Berkenan Di Hati |
Sesuai Di Jiwa |
Akan tetapi yang anihnya, kebanyakan yang melakukan shopping midnight adalah suku-sakat Melayu dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Berunai. Yang katanya sehimpun dan yang bangsanya serumpun. Mungkin ini yang dikatakan pembawaan "tabiat shopping".
Hasil "Melontar riyal" |
11.06 malam, apabila dah letih dan mengantuk baru mencari jalan pulang. Di tangan masing-masing sudah bergayutan plastik-plastik, hasil daripada “melontar riyal". Sudah pasti, perkembangan daripada aktiviti ini, beg-beg akan menjadi semakin berkembang-kembang atau beranak-pinak.
Post a Comment