Qalam Perjalanan

HARI KEEMPAT 10 DISEMBER 2016 (1)
Hotel Dallah Taibah -  Masjid Nabawi
– Miqat Bir Ali


Kepiluan

Adieu Dallah Taiba

4.43 pagi, terbangun. Rasa sedikit teruja, tetapi kesedihan bagaikan menyelubungi. Tiba-tiba terasa suasana agak berlainan. 4.46  pagi, terus mandi sunat Ihram. Kemudian mengerat kuku dan bercukur mana yang patut. 5.02 pagi, solat sunat Ihram.


نَوَيْتُ غُسْلَ سُنَّةِ الْإِحْرَامِ لِلَّهِ تَعَالَى 

"Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala"



أُصَلِّى سُنَّةَ اْلإِحْرَامِ رَكْـعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَىْ 

"Sahaja aku solat sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala"


Seterusnya memakai Ihram dan berniat. Ihram dalam bahasa arab ialah “Al-haram”, bermakna terlarang. Lalu yang memakai ihram perlu menjaga 13 pantang larang Ihram. Kadang-kadang terasa excited. Kadang-kadang terasa pula bimbang.


Meniti Kesayuan

Terpaut Kesedihan

Subuh Terakhir

5.12 pagi, saperti biasa bersesak-sesak di gate 25. Kaki mula terasa berat untuk melangkah. 5.14 pagi, masuk pintu King Fahd. Hati pula terasa hiba. Bagaikan kesedihan datang secara tiba-tiba. Mungkin ini solat Subuh terakhir di Masjid Nabawi.


Lambaian Perpisahan

Memori Sayu

Wajah Kepiluan

5.48 pagi, selepas solat Subuh. Bersesak-sesak pula di dataran. Namun cuba menghayati keindahan Masjid Nabawi sebelum berpisah. Menara-menaranya bagaikan menjulang ke langit. Bercahaya. Begitu indah melatari langit pagi. Terasa sayu dan syahdu. Lalu hanyut dalam keindahannya, dan tenggelam dalam kesyahduannya.


Abizar Street


5.56 pagi, keluar dari gate 25, terpaksa bersesak-sesak dan celah-mencelah sepanjang Abizar Street. Terasa hanyut bersama para jemaah. Mungkin akan merindui fenomena kesesakan ini apabila pulang ke Sri Teratai


Last Breakfast


6.18 pagi, menunggu di lobi. Umi dan Kakcik masuk lobi tanpa Antiya dan Cekde. 6.31 pagi, agak lama menunggu. Mula terasa bimbang. Pebagai jangkaan dan telahan menerjah perasaan. Tak mungkin Antiya dan Cekda hilang.


6.38 pagi, bersama Umi dan Kakcik naik ke tingkat M. Tetapi Umi tak berselera nak makan. 6.42 pagi, Umi dan Kakcik naik lif. Solat Hajat di dalam bilik, memohon perlindungan untuk Antiya dan Cikde.


6.52 pagi, turun semula ke lobi. Dd Aram pergi mencari di kedai-kedai yang pernah dikunjungi. Ayahde pula terpaksa mencari di sekitar dataran masjid. Akhirnya, Umi cuba  kontek petugas Rayhar. Tetapi off-line. Semakin terasa gelisah. Semakin bimbang.


7.35 pagi, semuanya menunggu di lobi. Tiba-tiba Antiya dan Cikde masuk ke lobi. Umi terus memeluk kedua-dua adiknya.  Air mata berlinangan. Bagaikan episod terakhir. Syukur Alhamdulillah. Mungkin ada iktibar di sabalik kejadian.



7.44 pagi, Umi dan Kakcik pergi semula ke Masjid Nabawi untuk ziarah Wada. Umi dan Kakcik sempat solat di Raudhah. Dd Aram dan Ayahde Cuma ziarah Wada di gate 25. Ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.



Hadis Riawayat BukhariMuslim

Sabda Rasulullah SAW, “Janganlah mengadakan ziarah kecuali ke tiga masjid, yakni Masjidil Haram, masjid saya ini, dan Masjidil Aqsha.”


اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَسَلِّمْ، اَللّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ.

“Ya Allah, semoga shalawat dan salam selalu tercurahkan kepada Muhammad. Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu untukku.”


Akan tetapi dilarang memohon doa kepada Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi mengusap-ngusap dinding makam Rasulullah SAW. Meraung-raung dan meratap kesedihan.


Surah Al Jin, Ayat 21

Katakanlah (Muhammad) : “Sesungguhnya aku tidak kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak pula sesuatu kemanfaatan."


9.25 pagi, Selepas  ziarah Wada. Group SV07 berkumpul di depan hotel Dallah Taibah.  9.30 pagi, semuanya naik bas. Bagaikan hilang keceriaan, masing-masing melihat Masjid Nabawi. Seolah-olah tidak mahu melepaskan pandangan.


9.42 pagi, bas bergerak perlahan-lahan, meninggalkan Masjid Nabawi. Melalui lorong-lorong yang pernah dijejaki. Akhirnya Masjid Nabawi hilang di sebalik bangunan-bangunan hotel. Hilang, namun datang pula rasa hiba di hati.


Tiada kesempatan, dan tidak kesampaian untuk menjelajah seluruh ruang dan sudut masjid. Ruang dan sudut yang sekian lama menyimpan sejarah. Menyaksikan peristiwa yang berlaku dari awal pembinaan masjid oleh Rasulullah SAW sendiri hingga di saat ini.


Miqat Bir Ali

11.35 pagi, sampai di Miqat Bir Ali atau Dzul Hulaifah. Berjarak lebih kurang 10 km atau kurang dari 15 minit perjalanan dari Madinah. Masing-masing bergegas ke masjid. Selepas mengambil wuduk, terus masuk ke dalam masjid. 11.48 pagi, mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dan solat Solat Sunat Umrah.


نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَاَحْرَمْتُ بِهَا ِللهِ تَعَالَى

“Aku berniat mengerjakan Umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala”.


Niat Umrah


Menurut sejarah, Masjid Bir Ali dibina di tempat di mana Rasulullah SAW pernah bernaung, iaitu di bawah pohon syajarah.  Lalu masjid ini dinamakan juga Masjid Syajarah. Ini terjadi ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan ke Kota Mekkah untuk menunaikan umrah.




Melakar Kenangan


Demikian juga dinamai Bir Ali, yang bermaksud "Telaga-Telaga Ali". Telaga-telaga ini telah digali oleh  Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA. Malangnya telaga-telaga ini sudah terkabus melalui peredaran masa. Hanya tinggal dalam catatan sejarah.




Masjid ini telah melalui proses renovasi. Dimulai oleh Governor Madinah Umar bin Abdul Aziz (682-720). Kemudian oleh Zaini Zainuddin Al Istidar pada tahun 1456. Pada zaman Dinasti Usmaniah dari Turki pada tahun 1697.  Hingga terakhirnya oleh Raja Abdul Aziz yang memerintah Kerajaan Arab Saudi (1981-2005).





Post a Comment

Powered by Blogger.