HARI KESEBELAS 17
DISEMBER 2016 (1)
Masjidil Al-Haram
- Mira Mall - Abraj Al Bait
Shopping Centre -
Pekan Bukra
Senja Di Perjalanan |
4.03 pagi, terkejut dan terus bangun. Sempat ulangkaji
surah Al Balad. 4.58 pagi, bersihkan diri. 5.21
pagi, baru melangkah ke Masjidil al-Haram bersama Ayahde. Pagi ini bulan kesiangan. Kelihatan lesu.
Sayup-sayup di atas dataran.
Surah Al Balad,
Ayat 17
Dan dia termasuk orang-orang yang beriman
dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
|
Suhu 23ºC. Sejuk tetapi alah bisa tegal
biasa. 5.27 pagi, masuk pintu 92 King Fahd. Naik
eskalator, terus ke tingkat 3, paling atas. Langit terbentang luas. Bulan
kesiangan masih lagi kelihatan. Sepi dan semakin pudar.
5.29 pagi, azan Subuh berkumandang. 5.48
pagi, diikuti qomat. 6.03 pagi, selesai solat Subuh. Walaupun bacaan agak
panjang, tetapi terasa khusyuk. Penuh Syahdu.
6.06 pagi, bersesak-sesak turun melalui
eskalator. Sesak hingga ke pintu 92. Kadang-kadang
saling memintas dan saling bertembung. Tiba-tiba seorang wanita tergolek di
dataran. Meraung kesakitan. Mungkin itu pun perkara biasa.
6.17 pagi, sampai di lobi hotel. Terus naik
lif. Masuk ke dalam bilik 1006. Berehat. Kadang-kadang
terasa mencatat perkara yang sama. Berulang. Sebenarnya inilah life in Makkah al-Mukarramah. Everything is on schedule.
Walaupun kadang-kadang terpaksa mengejar masa.
Terpaksa menyesuaikan diri dengan masa,
cuaca, aturcara dan fenomena. Jika tidak, perbezaan kadang-kadang menjadi
kecelaruan pada minda. dan tekanan pada perasaan.
Jalan King Abdul Aziz |
Street Shopping |
7.55 pagi, menunggu di lobi. Riuh-rendah di
depan hotel. Tawaran penjaja jalanan tanpa lesen begitu menggoda. Bagai menahan
lukah di pergentingan. Mencari kesempatan dalam kesempitan. Malangnya, ramai
yang terpedaya dengan jualan lelong.
"Melontar Riyal" |
Menyusuri Jalan |
Langkah Pulang |
Mencari Idaman |
Tawar-Menawar |
Keputusan Riyal |
11.36 pagi, turun ke dataran. Kelihatan
merpati berterbangan. 11.40 pagi, masuk Abraj Al Bait
Shopping Centre. Naik eskalator ke tingkat 2. 11.51 pagi, lunch
bersama Ayahde di restoran Taste Palace.
Sudut Terakhir |
Doa Wada |
12.14 pagi, masuk pintu
92. Naik eskalator ke tingkat 1. Duduk di saf yang nampak Ka’bah. 12.18 pagi, azan Zohor. 12.32 pagi, qomat, dan
dikuti solat Zohor. Solat Zohor terakhir.
Selepas Tawaf |
12.52 pagi, turun dengan eskalator. Ambil
wuduk semula. Kemudian tunggu Famili Adis yang lain. 1.07 pagi, bersama-sama turun
tangga King Abdul Aziz. 1.10 pagi, mula Tawaf Wada di Rukun Hajarul
Aswad. Tawaf “selamat tinggal’.
Hadis Riwayat Muslim
Janganlah seseorang di antara kamu pulang
melainkan akhir yang dilakukannya adalah Tawaf di Baitullah.
|
Tak sedar berpisah dalam kesesakan. ARAM Dd dan Umi
teruskan 7 pusingan. 1.55 pagi, selesai Tawaf Wada.
Lebih kurang 45 minit. Seterusnya solat sunat Tawaf
Wada dan berdoa. Umi teresak-esak, kesesedihan. Lambaian terakhir,
benar-benar menyayukan.
2.04 petang, tunggu di atas tangga. Hanya Antiya dan Cikde yang
selesai. Ayahde terpaksa membuat 7 pusingan
sekali lagi. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menguji hambanya. Hakikatnya ada rahmat
di sebalik ujian.
Al Baqarah,
ayat 156
Orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan: “Innaa lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.”
|
Pinggir Dataran |
Pintu Dataran Ka'bah |
Kenagan Abadi |
2.23 petang, keluar melalui pintu 90. Terus bersesak-sesak dan celah-mencelah di
dataran. Demikian meninggalkan jejak-jejak terakhir di Makkah
al-Mukarramah.
2.47 petang, naik bas
2746NDA. Ayahde dan Cikde terakhir sekali naik bas. 3.11 petang, diiringi
dengan Doa Musafir. Terasa sayu. 3.17 petang,
masuk terowong. Melintasi Elaf Bakfan.
3.25 petang, matahari mula condong.
Sayup-sayup di puncak bukit. Cahayanya agak suram. 3.29 petang, kelihatan
bangunan seolah menerjah keluar daripada bukit batu.
3.31 petang, cahaya matahari semakin pudar.
Di kiri kanan, dataran gersang terbentang luas. Sayup-sayup hingga ke kaki bukit. 3.46
petang bas melepas gerbang al Quran. Tandanya para jemaah sudah keluar dari Tanah Haram.
Bererti para jemaah sudah bebas daripada pantang larang Tawaf Wada. 3.51 petang, bas berhenti di pekan kecil Bukra. Terasa tenang dan damai. Para jemaah kemudiannya turun untuk solat Asar di masjid.
4.20 petang, meneruskan perjalanan. Matahari
semakin condong. Sayu-sayup terapung dalam kesamaran di atas dataran gersang. Dataran
yang dipinggiri bukit-bukau yang kelihatan berbalam-balam.
Post a Comment