HARI KESEPULUH 16 DISEMBER 2016 (1)
Hotel Al Maqam – Jalan King Abdul Aziz - Kubu Ajyad
Berulang-Alik |
4.22
pagi, call di talian. Sekadar peringatan dari bilik
1102. 4.36 pagi, ulangkaji surah Al A’la.
4.54 pagi, call sekali lagi. Umi ajak Tawaf selepas solat Subuh. Janji bertemu di tangga King Abdul Aziz. 5.16 pagi, baru pergi ke masjid.
Surah Al A’la, Ayat 14
Sesungguhnya
beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman).
|
5.20
pagi, angin sejuk bertiup ke dataran. Bagaimanapun terasa panas apabila
bersesak-sesak. Suhu 23°C terpapar di skrin besar. 5.24 pagi, laluan pintu 92 di eskalator King
Fahd juga sesak. Sampai tolak-menolak. Manakala pintu di crowded area
ditutup.
5.30
pagi, azan Subuh berkumandang. Terpaksa duduk di laluan pejalan kaki. Sedikit terlewat, terlepas saf di hadapan. Malah para jemaah seawal 4 dinihari sudah memenuhi saf. Terutama di sekitar Ka'bah. Kelihatan sesak dan riuh- rendah. Masing-masing selit-menyelit untuk masuk saf di hadapan.
Bagaimanapun suasana menjadi sepi apabila imam memulakan solat. Hanya sekali-sekala terdengar bunyi batuk saling bersambut dalam pelbagai irama. Kadang-kadang bertingkah dengan tangisan bayi.
Bagaimanapun suasana menjadi sepi apabila imam memulakan solat. Hanya sekali-sekala terdengar bunyi batuk saling bersambut dalam pelbagai irama. Kadang-kadang bertingkah dengan tangisan bayi.
5.47
pagi, Syeikh Dr Abdul Rahman al-Sudais mengimami
Sujud Sejadah. Terasa sayu mendengar bacaannya.
Kelunakan suaranya memang tidak boleh disangkal lagi. Beliau sebaris dengan
qari-qari lain seperti Sheikh Misyari Rashed Al-afasy,
Sheikh Saad Al-Ghamidi dan Sheikh Dr Mohd Ayyubi.
6.07
pagi, selesai selepas solat Jenazah. 6.15 pagi, kebetulan bertemu Adis Family. Seterusnya bersama-sama celah-mencelah
mencari tangga King Abdul Aziz untuk Tawaf.
Tetapi tersesat, kerana beberapa laluan ditutup. Akhirnya Tawaf terpaksa
ditunda.
Sarapan Pagi |
Layan Diri |
Semeja Sehidangan |
6.26 pagi,
keluar ikut laluan first floor to Mataf. Skrin besar di dataran
menunjukkan kesesakan ibadah Tawaf. 6.36 pagi, terpaksa pula celah-mencelah
untuk pulang ke hotel. 6.46 pagi, beratur di dewan makan. Lepas breakfast
terus berehat di bilik.
Hari ini dan semalam adalah waktu kemuncak.
Ibadat Umrah bagaikan ibadat Haji. Terlalu ramai. Laluan ke masjid menjadi
semakin sesak. Lebih-lebih lagi di pintu masuk. Akhirnya tingkat atas terpaksa
di buka untuk menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.
XXXXXXXXXXX
2.20 petang, turun semula. Bersama-sama dengan Umi, Antiya, Chekde dan Kakcik. Masuk Al Safwah Royale untuk “melontar riyal”. 2.27 petang, melalui back door masuk Abraj Al Bait Shopping Centre. Terus naik lif ke tingkat 2.
Sampai juga hajat Antiya dan Cekde untuk membeli jubah. Dedi pun terikut-ikut ‘melontar riyal’ untuk sehelai jubah. 2.55 petang, naik eskalator ke tingkat 3. 2.58 petang, masuk Abraj Hypermarket.
8.32 malam, turun semula dengan Kakcik. Beli spritsel di farmacy, sebelah hotel Maqam. 8.36 malam, bersama Umi menyelusuri King Abdul Aziz street. The last midninght shopping. 8.42 malam, tersangkut di gerai 2 riyal. Popular dengan barangan souvenir.
Dari pagi sampai malam, King Abdul Aziz street tak sunyi dari para jemaah. Sentiasa sibuk dan sesak. Dengan para jemaah yang berulang-alik ke masjid, dan kenderaan yang tak berhenti-henti mencari penumpang. Tak hairanlah, jalan ini dikatakan tak pernah tidur.
Jajaan jalanan |
Jalan King Abdul Aziz |
Street Shopping |
7.47
pagi, keluar semula. Menemani Umi dan Kakcik “melontar riyal” di jalan King Abdul Aziz. Laluan sesak dengan para jemaah.
Riuh-rendah, bertikah dengan suara penjaja jalanan. Yang saling tawar-menawar
di kaki lima jalan.
Street Bundle |
Pelbagai Pilihan |
Tawaram Murah |
7.57
pagi, balik semula ke hotel. Hajat nak beli hati unta, tetapi tak kesampaian.
8.23 pagi, turun semula. Di hadapan hotel makin sibuk dengan penjaja jalanan.
8.27 pagi, di dataran agak lega dan selesa sedikit. Suhunya hanya 26°C.
Kelihatan Royal Clock Tower melatari langit pagi. Bagaikan pengawal Ka'bah. Kompleks Abraj Al Bait dan bangunan di sekitarnya pula membentengi dataran Masjidil Haram. Kompleks ini memiliki 3.000 kamar hotel, 20 lantai pusat perniagaan dan parkir untuk 1000 kereta.
Kelihatan Royal Clock Tower melatari langit pagi. Bagaikan pengawal Ka'bah. Kompleks Abraj Al Bait dan bangunan di sekitarnya pula membentengi dataran Masjidil Haram. Kompleks ini memiliki 3.000 kamar hotel, 20 lantai pusat perniagaan dan parkir untuk 1000 kereta.
Pembangunan
gedung ini telah menjadi bahan kritikan. Di kalangan tokoh-tokoh terkenal,
terutamanya Irfan al-Alawi, pengarah pelaksana Islamic Heritage Research
Foundation di London. Beliau menganggap kompleks Abraj Al Bait ini sebagai “the
end of Mekkah”.
Tapak Bersejarah |
Lebih
dipertikaikan lagi oleh kerajaan Turki dan
tokoh-tokoh sejarawan kerana
“mengkuburkan” Kubu Ajyad. Salah satu tapak
yang bersejarah. Kubu Ottoman ini dibina di
atas bukit pada abad ke-18. Bagi melindungi Ka’bah dari penceroboh.
Menagih Simpati |
Kementerian
Turki, Kebudayaan dan Pelancongan mengutuk
pembinaan kompleks. Yang
memusnahkan kubu
Ajyad yang menjadi saksi sejarah. Malah menuduh tindakan pihak
berkuasa Arab
Saudi sebagai meroboh warisan Uthmaniyyah.
8.31
pagi, masuk pintu 94. 8.35 pagi, tunggu di tangga King
Abdul Aziz, di penjuru Yamani. Kemudian
turun 29 anak tangga. 8.39 pagi, memulakan Tawaf di penjuru Hajarul Aswaf.
Menghadap Ka'bah |
Air Zamzam |
Sebaik-Baik Air |
Scientific Miracle |
Pada
pusingan ke 5, ternampak jemaah buta bertawaf dengan tongkat. Masya Allah,
hebatnya iman. Kesungguhan melampaui kecacatan. Sesungguhnya kecacatan bukan
halangan untuk mengerjakan amal ibadat. Mudah-mudahan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
9.18
pagi, selesai 7 pusingan. 9.24 pagi, solat sunat Tawaf
dan berdoa untuk kejayaan anak-anak. Selepas itu minum air Zamzam. 9.35 pagi, celah-mencelah hingga ke
tangga King Abdul Aziz.
Terasa
hairan juga. Sedikitpun tidak terasa letih selepas Tawaf.
Jadi benarlah kajian yang membuktikan Baitullah
sebagai kawsan “zero magnetism”. Setiap orang yang mengelilingi Ka’bah akan diulang caj oleh suatu energi yang
misteri.
Jelas
sudah terbukti apa yang dinyatakan dalam Al Quran.
Bahawa Ka’bah bukan sahaja pusat manusia tetapi
juga pusat dunia. Ahli kaji matematik
dan ahli kaji astronomi membuat perhitungan yang tepat untuk menentukan arah Kiblat dari berbagai lokasi di dunia.
Surah Al Maidah, Ayat 97
Allah telah
menjadikan Ka’bah, rumah suci sebagai pusat
(peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia.
|
Setiap
tahun ada dua hari dimana matahari berada tepat di atas Ka'bah. Arah bayangan matahari di manapun di dunia pasti mengarah
ke Kiblat. Peristiwa tersebut terjadi setiap
tanggal 28 Mei pukul 9.18 GMT dan 16 Julai jam 9.27 GMT untuk tahun biasa.
Malah
jarak nisbah antara Mekah – Kutub Utara dengan
jarak antara Mekah – Kutub Selatan adalah tepat
1,618 unit yang merupakan Golden Ratio. Begitu
juga jarak nisbah Timur – Barat Mekah adalah 1,618 unit.
Selain
itu, jarak nisbah dari Mekah ke garis titik
balik matahari dari sisi barat dan perimeter garis lintang dunia pada saat itu
sama dengan Golden Ratio – 1,618 unit. Ini bukan kebetulan. Tetapi kebenaran.
Hanya Allah yang Maha mengetahui.
XXXXXXXXXXX
9.45
pagi, keluar dari Masjid al-Haram. Skrin
menunjukkan suhu 25ºC. Dataran sesak dengan para
jemaah. Lalu menyelusuri dataran hingga ke hotel. 9.48 pagi, jumpa Kakcik di lobi. Sama-sama naik lif. Masuk bilik
masing-masing untuk berehat.
10.58
pagi, keluar semula. Dataran sudah dipenuhi oleh para jemaah. Pintu 94 masih ditutup. 11.05 pagi, pintu 91 sesak dan padat. 11.11 pagi, naik eskalator
di pintu 92. 11.14 pagi, terus ke tingkat paling atas.
Bersolat tanpa bumbung. Langit kelihatan terbentang luas.
Jam
besar kelihatan jelas di hadapan. 11.07 pagi, matahari mula menyinar. Terasa panas.
11.30 pagi, pindah di depan kubah kecil. Suasana tingkat atas agak tenang.
Kelihatan beberapa bahagian masjid masih dalam proses pembinaan.
Apabila
melihat kren, teringat tragedi 11 September 2015.
Di mana 107
orang terkorban dan 238 orang cedera
akibat Kren
jatuh. Tragedi ini berlaku di
tingkat atas pada pukul 5:30 petang. Ketika orang ramai sedang bersedia untuk solat Maghrib.
11.47
pagi, azan Jumaat berkumandang. Sayup-sayup di bawa angin ke
celah-celah bangunan. 12.02 pagi, matahari memancar melewati bangunan-bangunan
tinggi. Awan nipis terapung-apung. Tidak mampu menyekat kepanasan.
12.16
pagi, sekali lagi azan berkumandang. Dikuti kutbah
yang disampaikan oleh Imam Syeikh Abdul Rahman
al-Sudais. Suaranya jelas dan bersemangat. Sekali-sekala tersedu-sedu.
Mungkin tentang serangan peluru berpandu
balistik oleh
pemberontak Syiah Houthi di Yaman.
12.55
pagi, meninggalkan saf tanpa solat Jenazah.
1.08 pagi, turun melalui eskalator King Fahd.
Terus ke dataran. Terpaksa celah-mencelah dan pintas-memintas. 1.15 pagi,
sampai di hotel Maqam. 1.34 pagi, lunch di tingkat
M.
2.20 petang, turun semula. Bersama-sama dengan Umi, Antiya, Chekde dan Kakcik. Masuk Al Safwah Royale untuk “melontar riyal”. 2.27 petang, melalui back door masuk Abraj Al Bait Shopping Centre. Terus naik lif ke tingkat 2.
Sampai juga hajat Antiya dan Cekde untuk membeli jubah. Dedi pun terikut-ikut ‘melontar riyal’ untuk sehelai jubah. 2.55 petang, naik eskalator ke tingkat 3. 2.58 petang, masuk Abraj Hypermarket.
3.15
petang, hypermarket
akan ditutup. Waktu solat Asar kian hampir. Dedi dengan Kakcik
bergegas turun. 3.22 petang, azan Asar
berkumandang. Kakcik terus ke hotel. Dedi ambil
wuduk di toilet depan bangunan Al Safwa.
First time dedi bersolat di dataran. Rupa-rupanya ramai para
jemaah bersolat di dataran. Fenomena yang mengkagumkan. Demikian juga, Umi, Antiya dan Cekde terpaksa bersolat di shopping centre. Tak sempat ke masjid.
3.47
petang, terus balik ke hotel. Di depan hotel beberapa pekerja
Arab sedang mengakhiri solat Jenazah.
3.54 petang, berehat bersama Kakcik di lobi
hotel. 4.18 petang, naik lif. Masuk bilik, dan sambung rehat.
4.20
petang, taklimat perjalanan pulang ke Malaysia untuk
group
SV07 di dewan makan. Flight dijangka sampai jam 1 petang (waktu Malysia).
Kena solat hormat waktu Subuh dalam flight.
Diperingatkan juga tentang Tawaf Wada dan pantang larang. Tawaf selamat tinggal Ka’bah.
6.50
petang, turun. Terus ke dataran. 6.57 petang, naik eskalator ke tingkat atas.
7.02 malam, solat Tahiyatul Masjid. Menara-menara bercahaya, berwarna putih dan
hijau. Terasa sejuk, tetapi lega dan selesa. Lebih-lebih lagi melihat malam
luas terbentang. Dan langit kelihatan luas terbuka.
Mungkin
ini solat malam terakhir di Masjid al-Haram.
7.12 malam, azan berkumandang, memenuhi ruang masjid. 7.21 malam, qamat dan solat Isyak. Suara imam, Syeikh
Abdul Rahman al-Sudais, bagai beralun-alun di bawa angin malam.
7.41 malam,
turun dengan eskalator. Sesak di depan pintu. Begitu juga di dataran di depan Al Safwa Tower. 7.48 malam, sampai di lobi hotel.
8.02 malam, dinner di tingkat M. Lepas tu masuk bilik. Berehat sebentar.
8.32 malam, turun semula dengan Kakcik. Beli spritsel di farmacy, sebelah hotel Maqam. 8.36 malam, bersama Umi menyelusuri King Abdul Aziz street. The last midninght shopping. 8.42 malam, tersangkut di gerai 2 riyal. Popular dengan barangan souvenir.
Laluan Yang Tak Pernah Tidur |
Inilah satu
pengalaman yang indah. Ketika menyelusuri kedai-kedai di sepanjang jalan. Lalu hanyut bersama-sama
para jemaah yang lain. Dalam suasana yang tenang dan damai. Terasa indah bermandikan cahaya malam. Mungkin malam ini
tidur bermimpikan keindahan lorong yang tak kunjung sepi.
Post a Comment