HARI KESEMBILAN 15 DISEMBER 2016 (2)
Masjidil Haram - Abjad Al Bait Shopping Centre
|
Masjidil Haram |
|
Penuh Syahdu |
Walaupun
di mana-mana, masih sesak dan riuh-rendah. Tak kira waktu. Bagaimanapun suasana tetap aman dan
damai. Para jemaah kelihatan ceria dan tenang. Mungkin sudah melupai pelbagai peristiwa
hitam di Masjidil Haram. But sometimes danger comes in peace. Oleh itu jadikan
tragedi sebagai renungan dan peringatan
Surah Adz-Dzariyat, Ayat: 55)
Dan
tetaplah memberi peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi faedah
kepada orang mukmin.
|
Bagaimana
rampasan Masjidil Haram pada 20 November 1979 telah mengejutkan dunia Islam.
Beratus-ratus jemaah Haji telah menjadi
tebusan. Beberapa orang daripadanya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak.
Bagaimanapun pengempungan berakhir apabila militant ditewaskan.
|
Tragedi Masjidil Haram |
|
Rampasan Gerombolan Militan |
Rampasan
ini telah diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi. Yang mengisytiharkan abang iparnya iaitu
Muhammad bin Abd Allah al-Qahtani, kononnya sebagai Imam Mahdi. Penyelamat umat
Islam di akhir zaman.
Mengikut
laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi seramai 127 orang telah terbunuh
dan 451 yang lainnya tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman dan para
pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan
Arab Saudi.
|
Pinggir Bangunan |
|
Jejak Kenangan |
|
Catatan Perjalanan |
5.29
petang, turun semula. Angin bertiup ke dataran. Terasa agak sejuk. Lampu atas
bangunan sudah pun dinyalakan. 5.32 petang, masuk laluan first floor to Mataf.
Mendaki hingga ke pintu. Saperti biasa masuk selepar ke dalam uncang. kemudian Letak di atas rak.
|
Putih Terhampar |
|
Jadi Kenangan
5.41
petang, azan Maghrib berkumandang. Bersolat berhampiran tiang “to Al Safa”.
Sempat minum air Zamzam sebelum keluar. Sekadar minum. Tetapi tak pernah
terfikir tentang keanihan dan kelebihan air Zamzam.
Bayangkan,
bagaimana telaga yang sekecil 5 x 4 ini dapat mengeluarkan jutaan liter air
setiap musim Haji. Malah sudah berterusan selama ribuan tahun. Dari zaman Nabi
Ibrahim AS. Bermula dengan kisah Siti
Hajar dan anaknya Ismail yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim AS.
|
Ka'bah |
|
Mengelilingi Ka'bah |
Yang
berlari-lari antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali berulang-alik.
Semata-mata mencari air untuk anaknya Ismail. Sehinggalah Malaikat Jibril
menghentakkan kakinya ke tanah. Lalu terpancar air dari bumi.
Dikisahkan
juga bagaimana air Zamzam ini telah dikambus oleh suku Jurhum. Ketika mereka
diusir dari Mekah. Sehinggalah Abdul Mutalib datuk Rasulullah SAW, mendapat
mimpi untuk menggalinya semula.
Demikian
air Zamzam yang maknanya “air yang melimpah”. Bukan sahaja mengenyangkan tetapi
dapat menyembuhkan penyakit. Malah dipercayai air Zamzam akan memenuhi doa
peminumnya.
Hadis Riwayat Abbas RA
Rasulullah
SAW bersabda, “Air Zamzam sesuai dengan niat
ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk
menghilangkan dahaga, semoga Allah
menghilangkannya. Air Zamzam adalah galian Jibril,
dan curahan minuman dari Allah kepada Ismail.”
|
Berdasarkan
kajian, mata air Zamzam ini dapat memancarkan air 11 hingga 18 liter per detik.
Bermakna setiap minit dapat menghasilkan 660 liter air. Mengkagumkan.
|
Garam Fluorida |
|
Garam Magnesium |
Kajian
juga menunjukkan air Zamzam mengandung fluorida yang efektif untuk membunuh
kuman. Malah air Zamzam mengadungi garam magnesium dan kalsium lebih banyak.
Jika dibanding dengan telaga lain di Mekah. Tidak berlumut dan bebas dari
kuman.
|
Lobi Hotel |
6.07
petang, sampai di lobi hotel. Terus naik lif. Masuk bilik 1006. Bilik hanya
berfungsi sebagai tempat rehat dan
tidur. 6.57 petang, turun semula. Di luar hotel, angin masih bertiup. Sampai di
dataran, masuk laluan yang sama. Duduk pun di ruang yang sama
|
Imam Masjidil Haram |
|
Abdul Rahman Sudais |
7.11
malam, azan Isyak. 7.21 malam, qamat. Kemudian solat Isyak. Diimamkan oleh
Sheikh Abdul Rahman Sudais. Imam besar Masjidil Haram. Yang hafiz Quran ketika
berusia 12 tahun. Bersuara lunak dan merdu. Kekadang membuatkan para jemaah
menitiskan air mata apabila mendengar bacaannya.
Sesungguhnya
Allah telah melindungi imam ini daripada pembunuhan. Peristiwa ini terjadi ketika seorang jemaah bermahdzab
Syiah telah cuba menikam beliau. Tetapi tindakan pantas para petugas keamanan
telah menangkap pembunuh laknatullah.
|
Royal Clock |
|
Cahaya Gemilang |
9.23
malam, turun kedataran. Angin malam datang dari celah-celah bangunan.Terasa
agak sejuk. Cahaya bersinar-sinar dari bangunan dan menara. Mengindahkan lagi
dataran. Marmar putih bagaikan bercahaya. Menjadikan suasana terang-benderang.
Seolah-olah meraikan keramaian para Jemaah.
9.38
malam, burung-burung merpati turut memeriah kan dataran. Berkongsi keasyikan
dengan para jemaaah. 9.46 malam, bagaikan tidak puas menyedut udaranya. Begitu
nyaman. Dan tidak puas menikmati keindahan malamnya. Telalu syahdu.
|
Post a Comment