HARI KESEPULUH 16 DISEMBER 2016 (2)
Masjid Al-Haram - Kedai Al-Dewan - Al Safwah Royale
- Abraj Al Bait Shopping Centre - Abraj Hypermarket
- Abraj Al Bait Shopping Centre - Abraj Hypermarket
Mercu Tanda |
Masjidil Al-Haram |
9.45 pagi, keluar dari Masjid al-Haram. Skrin menunjukkan suhu 25ºC. Dataran sesak dengan para jemaah. Lalu menyusuri dataran hingga ke hotel. 9.48 pagi, jumpa Kakcik di lobi. Sama-sama naik lif. Masuk bilik masing-masing untuk berehat.
Tanpa Bumbung |
Terbentang Luas |
10.58 pagi, keluar semula. Dataran sudah dipenuhi oleh para jemaah. Pintu 94 masih ditutup. 11.05 pagi, pintu 91 sesak dan padat. 11.11 pagi, lalu naik eskalator di pintu 92. 11.14 pagi, terus ke tingkat paling atas. Bersolat tanpa bumbung. Langit kelihatan terbentang luas.
Dalam Saf |
Mencari Keredaan |
Jam besar Royal Clock Tower kelihatan jelas di hadapan. 11.07 pagi, matahari mula menyinar. Terasa panas.
11.30 pagi, pindah di depan kubah kecil. Suasana tingkat atas agak tenang.
Kelihatan beberapa bahagian masjid masih dalam proses pembinaan. Kren-kren pula bagaikan menjangkau langit.
Kren Jatuh |
Tragedi 2015 |
107 Orang Terkorban |
Apabila melihat kren, teringat tragedi 11 September 2015. Di mana 107 orang terkorban dan 238 orang cedera akibat Kren jatuh. Tragedi ini berlaku di tingkat atas pada pukul 5:30 petang. Ketika orang ramai sedang bersedia untuk solat Maghrib.
11.47
pagi, azan Jumaat berkumandang.
Sayup-sayup di bawa angin ke celah-celah bangunan. 12.02 pagi, matahari
memancar melewati bangunan-bangunan tinggi. Awan nipis terapung-apung. Tidak
mampu menyekat kepanasan.
12.16
pagi, sekali lagi azan berkumandang. Kemudian dikuti kutbah yang disampaikan oleh Imam Syeikh Abdul Rahman al-Sudais. Suaranya jelas dan
bersemangat. Sekali-sekala tersedu-sedu. Mungkin tentang serangan peluru
berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi di
Yaman.
12.55
pagi, meninggalkan saf tanpa solat Jenazah. 1.08 pagi, turun melalui eskalator
King Fahd. Terus ke dataran. Terpaksa celah-mencelah dan pintas-memintas. 1.15
pagi, baru sampai di hotel Maqam. 1.34 pagi, bersama Adis Family lunch
di tingkat M.
Hypermarket |
Abraj Hypermarket |
Window Shopping |
2.20 petang, turun semula. Bersama-sama dengan Umi, Antiya, Chekde dan Kakcik. Masuk Al Safwah Royale untuk “melontar riyal”. 2.27 petang, melalui back door masuk Abraj Al Bait Shopping Centre. Terus naik lif ke tingkat 2.
Sampai
juga hajat Antiya dan Cekde untuk membeli jubah. ARAM Dd pun terikut-ikut
‘melontar riyal’ untuk sehelai jubah. 2.55 petang, naik eskalator ke tingkat 3.
2.58 petang, masuk Abraj Hypermarket.
3.15
petang, hypermarket akan ditutup. Waktu solat Asar kian hampir. ARAM Dd dengan
Kakcik bergegas turun. 3.22 petang, azan Asar berkumandang. Kakcik terus ke
hotel. ARAM Dd ambil wuduk di toilet depan
bangunan Al Safwa.
First
time ARAM Dd bersolat di dataran. Tak sempat masuk Masjidil Haram. Rupa-rupanya
ramai para jemaah bersolat di dataran. Fenomena yang mengkagumkan. Demikian
juga, Umi, Antiya dan Cekde terpaksa bersolat di shopping centre. Tak sempat ke
masjid.
Solat Di Kaki 5 |
3.47 petang, terus balik ke hotel. Di depan hotel beberapa pekerja Arab sedang mengakhiri solat Jenazah. 3.54 petang, berehat bersama Kakcik di lobi hotel. 4.18 petang, naik lif. Masuk bilik dan sambung rehat.
4.20
petang, taklimat perjalanan pulang ke Malaysia untuk group SV07 di dewan makan.
Flight dijangka sampai jam 1 petang (waktu Malysia). Kena solat hormat waktu Subuh
dalam flight. Diperingatkan juga tentang Tawaf Wada dan pantang larang. Tawaf
selamat tinggal Ka’bah.
6.50
petang, turun. Lalu terus ke dataran. 6.57 petang, naik eskalator ke tingkat atas.
7.02 malam, solat Tahiyatul Masjid. Menara-menara
bercahaya, berwarna putih dan hijau. Terasa sejuk, tetapi lega dan selesa.
Lebih-lebih lagi melihat malam luas terbentang. Demikian langit kelihatan luas terbuka.
Ketenangan |
Menara Bercahaya |
Solat Malam Terakhir |
Mungkin ini solat malam terakhir di Masjid al-Haram. 7.12 malam, azan berkumandang, memenuhi ruang masjid. 7.21 malam, qamat dan solat Isyak. Suara imam, Syeikh Abdul Rahman al-Sudais, bagai beralun-alun di bawa angin malam.
7.41
malam, turun dengan eskalator. Sesak di depan pintu. Begitu juga di dataran di
depan Al Safwa Tower. 7.48 malam, sampai di lobi hotel. 8.02 malam, dinner di
tingkat M. Lepas tu masuk bilik. Berehat sebentar.
Keramaian Malam |
Dihiasi Cahaya |
Midnight Shopping |
8.32 malam, turun semula dengan Kakcik. Beli spritsel di farmacy, di sebelah hotel Maqam. 8.36 malam, bersama Umi menyusuri Jalan King Abdul Aziz. The last midninght shopping. 8.42 malam, tersangkut di kedai Al-Dewan, kedai 2 riyal. Popular dengan barangan souvenir.
Menyusuri Malam |
Jalan King Abdul Aziz |
Tak Pernah Tidur |
Dari pagi
sampai malam, King Abdul Aziz street tak sunyi
dari para jemaah. Sentiasa sibuk dan sesak.
Berulang-alik dari hotel penginapan ke Masjidil
Haram. Begitu juga kenderaan tak berhenti-henti, berulang-alik membawa
penumpang. Tak hairanlah, jalan ini dikatakan tak pernah tidur.
Inilah satu pengalaman yang indah. Menyusuri kedai-kedai di sepanjang jalan. Sepanjang malam. Hanyut bersama-sama para jemaah yang lain. Dalam suasana yang tenang dan damai. Terasa indah bermandikan cahaya malam. Berhibur dengan suara keriuhan para jemaah dan kebisingan kenderaan.
Post a Comment