HARI KETIGA ISNIN 20 MAC 2017 (2)
Kereta api Argo Wilis - Stesen Yokyakarta - Hotel Whiz
- Restoran Pesta Perak - Jalan Malioboro
Kereta api Argo Wilis - Stesen Yokyakarta - Hotel Whiz
- Restoran Pesta Perak - Jalan Malioboro
Mengikut jangkaan, bertolak 8.30 pagi sampai 4.00 petang. 8.28 pagi, Argo Wilis mula bergerak. Terasa excited, and feeling thrilled. Dari jendela, kelihatan rumah-rumah dan pohon-pohon saling undur-mengundur. Begitu hampir dengan landasan. Terasa bagaikan melalui celah-celah rumah "setinggan".
8.53 pagi, melintasi sawah yang terbentang luas .Dipinggiri bukit-bukau di kejauhan. Sawah kelihatan keperang-perangan selepas dituai. 8.57 pagi, melintasi stesen Cicalengka. Dan Melintasi stesen Kiaracondong, kelas besar kedua di Kota Bandung. terletak pada ketinggian 681 m.
9.02 pagi, masuk wilayah Garut. Kawasan tanah tinggi, yang diberi jolokan "Swiss van Java". 9.06 pagi, lereng bukit sebelah kanan agak tinggi . Di kiri lerengnya mencerun ke lembah. 9.08 pagi, berselisih dengan kereta api Turangga dari Surabaya. Kemudian masuk selekoh.
9.21 pagi, stewardess menolak mini bar. Menawarkan minuman panas, untuk menghilangkan dahaga. Perjalanan kadang-kadang mendaki. Dan sekali-sekala menurun, mengikut kontor di lereng-lereng bukit.
Dari jendela kelihatan gunung Kamojang. Masih lagi aktif. Puncaknya diliputi kabus. 9.42 pagi, melintasi jembatan. 9.51 pagi, kelihatan desa-desa di lereng bukit dan lembah. Rumah-rumah kelihatan berkelompok-kelompok. Terpencil dan sepi. 9.56 pagi, mengambil order makanan dari stewardess. Mengikut menu yang disediakan.
Bukit-Bukau Membentengi Lembah |
10.04 pagi, hanya melintasi stesen Bumimalaya.10.15 pagi, berhenti di stesen kelas 2, Cipeundeuy. 772 m dari aras laut. 10.23 pagi, meneruskan perjalanan dengan kelajuan 20km/j. Landasan masih lagi melalui lereng-lereng bukit. 10.40 pagi, melalui kawasan hutan bukit. Kelihatan bukit-bukau berlapis-lapis membentengi lembah.
Kadang-kadang pemandangan dihalang oleh tebing tinggi.10.44 pagi, melalui lembah. Masuk kawasan perumahan. 10.43 pagi, kelajuan 80km/j. 10.52 pagi, kelihatan teres-teres di lereng bukit. Begitu hampir dengan landasan. Beberapa petak sawah yang agak kecil, dan kolam-kolam ikan berdekatan dengan rumah-rumah. Pohon-pohon kelapa kelihatan meminggiri sawah.
11.10 pagi, berhenti di stesen Tasikmalaya. Stesen kelas besar yang berada di Lengkongsari, Tawang, Kota Tasikmalaya. Terletak pada ketinggian 349 m. Tinggal lagi 581 km lagi ke Surabaya.
Berhampiran Lansdasan |
Melihat Alam Dari jendela |
Wisel ditiup oleh PKD (Piket Keamanan Dalam). 11.18 pagi, mula bertolak. 11.33 pagi, melintasi jembatan. 12.11 tengah hari, berhenti di stesen Banjar. Surabaya tinggal lagi 155 km. 12.15 tengah hari, deretan rumah begitu hampir dengan landasan. 12.27 tengah hari, melintasi stesen Langin. 12.34 tengah hari, stesyen Maluyung.12.42 tengah hari, stesyen Cipari.
1.44 tengah hari, berhenti di setesen Kroya. 11 m dari aras laut. 2.05 petang, hanya melintasi stesen Sumpiuh. 2.15 petang, masuk terowong pendek. 2.56 petang, berhenti di stesen Kutoarjo. 16 m dari aras laut. Seterusnya melintasi sungai.
Waktu ini ramai set veteran Poto terlelap. Hanyut dalam ayunan gerabak. Dari jendela, matahari sore masih lagi memancar. Sekejap hilang dan sekejap muncul. 3.36 petang, melintasi stesen Sentolo. Mata hari masih lagi kelihatan. Kemudiannya terus hilang dari bingkai jendela. Namun cahayanya masih lagi tersisa di hujung-hujung daun.
3.50 petang, akhirnya berhenti di stesen Yokyakarta. Beberapa orang porter masuk untuk menawarkan khidmat mengangkut beg. Set veteran Poto, kemudiannya turun dari gerabak. Kelihatan keletihan. 4.05 petang, terpaksa mengheret beg-beg besar sejauh 50 m ke arah bas yang sedang menunggu.
4.06 petang, meneruskan perjalanan. Bas AB7582AK, dipandu oleh Pak Yanto. terus masuk Bandar. Yang Agak sibuk dengan kenderaan. Kelihatan beca, dan kereta kuda menunggu di lorong Andung. 4.27 petang, sampai di hotel Whiz di Jalan Dagen. Terus mengangkut beg masuk lif ke tingkat 2. Kemudian masuk bilik 224. Berehat. Dan membersihkan diri.
5.26 petang, solat jamak takhir. Masa terus berlalu. 6.13 petang, solat jamak takdim, Magrib dengan Isyak. 6.28 petang, naik bas semula. Dan terus bertolak ke restoran Pesta Perak, di Jalan Tentara Rakyat Mataram. 6.35 malam, sampai di restoran. Pelayan-pelayannya memperagakan busana jawa. Yang menariknya, pelayan wanita bersanggul besar.
Jalan Maliaboro |
Ikon Yogya |
Suara Kota |
7.37 malam, dari jalan Dagen masuk ke Jalan Malioboro. Dikenali sebagai "shopping heaven". Jalan yang menjadi ikon Yogyakarta. 24 jam tak pernah sepi dari suara-suara kota. Terkenal dengan para pedagang kaki lima dan warung-warung malam lesehan. Menjual mouthwatering gudeg Jogja yang tersohor. Juga terkenal sebagai tempat pertemuan para seniman.
Warung Lesehan |
Pertemuan Seniman |
7.43 malam, turun dari bas. Terus masuk Malioboro Mall. Shopping centre yang menawarkan pelbagai gedung pilihan saperti Matahari Department Store, Gramedia Book Store, Mc'Donalds, Hero Supermarket, Fun World & Food Point. Benar-benar a place of interest, menjadi idaman kaki shopping.
Basah Bersama |
Terpaksa menunggu di kaki lima mall. Tetapi hujan tak kunjung reda. Keseronokan membeli belah akhirnya larut dalam renyai-renyai hujan. 8.56 malam, terus menyeberangi jalan. Lalu singgah di tokoh batik Janoko. Membeli sehelai dua baju tidur untuk Umi.
Angin malam sekali-sekala menusuk dingin. Lalu dalam renyai-renyai, terus meredah ke Jalan Dagen. Menuju ke hotel Whiz. 9.14 malam, naik lif. Kemudian terus masuk ke bilik 224. Akhirnya terlena dalam keletihan. Dan terus hanyut dalam mimpi. Berselimutkan kedinginan kota Yogyakarta.
Post a Comment