Royal Clock Tower |
4.23 dinihari, terbangun. Lalu bersiap sedia untuk mengulangi semula aktiviti. Bagaimanapun sempat mengulangkaji surah Al Insyiqaq. 5.26 pagi, turun dari hotel. Terus melangkah ke Masjidil Haram. Kelihatan bulan sayup-sayup di atas dataran masjid. Begitu indah. Tiba-tiba terasa sayu.
Surah Al Insyiqaq, ayat: 25
Tetapi
orang-orang yang beriman dan yang beramal saleh, bagi mereka pahala yang tak
putus-putus.
|
5.30
pagi, azan berkumandang. Orang ramai kelihatan berpusu-pusu ke masjid. 5.29
pagi, solat Subuh di tingkat 1. 6.03 pagi, selesai solat Subuh. Diikuti solat Jenazah. Lepas itu keluar.
Saperti biasa sesak di pintu, di dataran dan di laluan hotel.
6.12
pagi, sampai di lobi. 6.14 pagi, breakfast. 6.32 pagi, naik lif. Masuk bilik 1006 untuk berehat. Di peringkat umur 60an
memang mudah letih. So perlukan rehat yang banyak. Kena kuatkan mental dan
fizikal untuk berulang-alik ke masjid.
Lorong Penjaja |
Celah Keramaian |
8.19
pagi, menunggu Umi dan Kakcik di lobi. 8.23 pagi, bersama-sama menyusuri jalan King Abdul Aziz. Terpaksa
celah-mencelah. Kadang-kadang follow the flow 8.25 pagi, tersangkut dalam
kesesakan di hadapan hotel Jawad Al Taj. Beberapa
penjual jalanan mengambil kesempatan memperdagangkan barangan. Inilah kesempatan
dalam kesesakan.
Pilih-Memilih |
Tawar-Menawar |
Malah semakin
sesak lagi apabila para jemaah menunggu bas untuk ke miqat. Begitu juga di
hadapan hotel Anuar Deafah. Mereka berkumpul
dalam beberapa kumpulan. Lalu menyebabkan kesesakan. Suasana menjadi riuh rendah. Terpaksa pula mencelah
keramaian dan mengharungi kesesakan.
8.52
pagi, baru sampai di kedai Al-Dewan dengan commercial
caption, “Everything 2 Riyal”. Menjual berbagai jenis dan bentuk souvenir. Rupa-rupanya
di Mekah ini ada juga kedai 2 ringgit. Kakcik sempat membeli
sedikit souvenir untuk rakan selabnya.
9.10 pagi,
melintasi kedai Shawarma Lubnan. Aroma kambing
bakar menusuk selera. Bagaimanapun singgah di kedai Ice
Cream Al ‘Smat. Hanya order 3 gelas air buah. Terasa dahaga apabila lama
berjalan. Lebih-lebih lagi melalui kesesakan.
Dataran Masjid
|
Merpati |
9.15
pagi, balik semula ke hotel Al Maqam. Berehat di
lobi. 9.31 pagi, melangkah kedataran. Sekawan merpati sedang makan gandum di
pinggir dataran. Pinggiran ini sudah menjadi kawasan merpati di mana jemaah
menaburkan makanan untuk merpati.
Dikisahkan, ada penulis sejarah Arab mendakwa bahawa merpati yang berada di sekitar Baitullah, adalah keturunan sepasang merpati yang dulu pernah membuat sarang di depan gua. Tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Abu Bakar ash Shiddiq, ketika dikejar musyrikin Quraish.
Kononnya
ada yang pernah menyaksikan burung-burung ini berlegar-legar di ruang udara Baitullah sebanyak 7 kali. Seolah-olah melakukan
Tawaf. Malah ada yang menyaksikan burung merpati ini sedang sujud seolahnya
menunaikan solat. Wallahu a’lam.
Sempat mencari
sudut-sudut fotografi. Merakam suasana pagi yang indah di dataran. 9.52 pagi,
masuk Abjad Al Bait Shopping Centre. Sekadar
membeli makanan ringan di Abjad Hypermarket. 10.10
pagi, keluar daripada hypermarket.
Abjad Hypermarket |
Food Section |
10.13
pagi, singgah di kios All Yosr. Membeli mainan
untuk Ayla dan Ayra.
Cucu kesayangan. 10.31 pagi, singgah pula kedai Al
Amound, membeli jubah untuk Kakcik. 10.46
pagi, baru keluar dari shopping centre.
Kios All Yors |
Ole-Oleh Cucu |
Matahari memancarkan cahayanya di dataran. Suhu di skrin mencatat 30°C, tetapi tidak terasa panas. Lalu menyusuri dataran dengan mencelah-celah di kalangan orang ramai. 11.02 pagi, sampai di lobi hotel. Naik lif dan terus berehat di dalam bilik.
11.15 pagi, Kakcik hanya duduk di lobi. Umi, Antiya, Ayahde dan Cikde ke masjid untuk Tawaf sunat. Tetapi ARAM Dd terus ke laluan Mezanine Wheelchair tingkat 1. Tak melakukan Tawaf sunat. 12.15 pagi, duduk di saf depan. Dapat melihat jemaah sedang Tawaf.
Ka'bah |
Mengelilingi Ka'bah |
Tawaf 7 Kelilingi |
12.16
pagi, azan Zohor. 12.31 pagi, solat Zohor. Kemudian solat Jenazah. 12.44 pagi,
balik ke hotel. 12.50 pagi, lunch di tingkat M. 1.14 pagi, naik lif.
Masuk bilik 1006 untuk berehat. Peha terasa sedikit
kebas.Terpaksa sapu ubat Moov Rapid Relief.
3.00 petang, turun semula. Terus ke masjid. 3.20 petang, azan Asar berkumandang. Solat bersama Ayahde di tempat biasa. 3.31 petang, bersesak-sesak di pintu keluar. 3.40 petang, sampai di lobi hotel.Terus naik lif, dan berehat di bilik. Kena banyakkan rehat sebelum aktiviti seterusnya.
Post a Comment