Qalam Perjalanan


HARI PERTAMA, 29 OGOS 2016


Teratak Seri Teratai


 
9.45 pagi, Honda  City i-Vtec TBH669 meninggalkan teratak Seri Teratai. Membelok kiri di simpang Kg Peradong. 8.56 pagi, mengisi minyak Caltex RM43.00 di Kg. Batu Hampar. 9.03 pagi, berhenti di warung Kg. Pulau Manis untuk breakfast. Dedi dan Faiz  pekena nasi minyak manakala Umi dan Ayla hanya roti canai.



Kawasan Rehat Ajil



9.45 pagi, masuk Kg. Kubang Palas. 9.37 pagi, masuk susur kiri ke lebuh raya. Agak lengang dan kereta pun jarang-jarang. 9.43 pagi, melalui Plaza Tol Telemong. 9.46 pagi, merentasi jembatan Sungai Telemong. 10.00 pagi, masuk ke kawasan rehat Ajil untuk Faiz mengurus "ketidakselesaannya" dek kerana banyak makan. Di lot parking ada S.O.S SB 86 (E8) LPT2 dengan Hot Linenya 1800-88-6220. Kemudahan untuk kecemasan



LPT Sepanjang 350 Km


Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 350 km. 2 lorong di setiap arah. Bermula daripada tamatnya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.   Memasuki Pahang melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan dan Jabor. Di Terengganu bermula dari Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong dan tamat di Gemuroh



Bahaya Angin Lintang

 

10.09 pagi, meneruskan perjalanan. Melintasi Exit 858 Ajil. 10.15 pagi, papan tanda menunjuk 402 km lagi ke KL. Seterusnya melalui kawasan angin lintang, yang boleh menyebabkan kemalangan kalau memandu laju. Akibat daya angkat yang terhasil apabila berhadapan dengan angin lintang. Malah kapal terbang pun boleh jatun kerana angin lintang.



Cara yang paling selamat untuk menghadapi angin lintang ialah mengurangkan kelajuan apabila melalui  kawasan angin lintang. Pemandu-pemandu juga perlu peka dengan papan tanda amaran tentang kawasan kabus dan kawasan angin lintang.


 



Pemegang konsesi Lebuh LPT, MTD Capital Berhad bertanggungjawab untuk  memasang papan tanda amaran angin lintang dan kabus. Terutama beberapa lokasi di sepanjang laluan sejauh 169 kilometer di lebuh raya itu. 




Tragedi Di Lebuh Raya



Mengikut kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Gingkoi Seman Pancras,  ada sesuatu yang "tidak kena" dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sehingga berlaku lebih 150 kemalangan sejak ia dibuka. So, tindakan segera perlu diambil untuk mengelakkan lebih banyak lagi kemalangan berlaku. Jangan jadikan lebuh raya sebagai pusara.




Untung Tak Berbunyi Malang Tak Berbau



Apabila sebut pusara, teringat lagu “Pusara Di Lebuh Raya” oleh Rahmat EKAMATRA. Kadang-kadang perjalanan hidup ini terhenti di lebuh raya. Hentian terakhir menjadi satu tragedi. Dan menjadi tempat persemadian terakhir untuk insan-insan  yang lupa dan lalai.



Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Pelbagai lebuhraya dilalui

Perjalananku terhenti
Di lebuh raya ini
Terpandang pusara diam menyepi



10.19 pagi, melalui Kawasan hutan yang berbukit-bukau, Kadang-kadang saperti melalui  celah-celah tebing tinggi.  Kemudian menurun bagai roller coaster. 10.20 pagi, 106 km lagi  ke Kuantan. Di hujung lebuh raya kelihatan bukit-bukau berlapis-lapis  dengan ton warna yang berbeza-beza. Sungguh indah.



Pusara Di Lebuh Raya



10.30 pagi, melalui jembatan Sg. Kudung dan melintasi hentian Bukit Besi. Terdapat papan tanda lembu, untuk memperingatkan pemandu supaya berhati-hati. Dari 2006 hingga 2008, sebanyak 44 kes kemalangan terlanggar lembu atau haiwan lain dicatatkan di sepanjang LPT. Jumlah paling banyak ialah 22 kes pada 2008, termasuk dua daripadanya kemalangan maut.


Lebuh raya sepanjang 338 kilometer itu merupakan sambungan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak iaitu bermula dari Karak sehingga ke Kuala Terengganu. Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang LPT sehingga ke susur keluar bandar Kuantan mendapati memang lebuh raya itu sering dicerobohi lembu-lembu atau haiwan lain.

 

Post a Comment

Powered by Blogger.