Qalam Perjalanan

  HARI KE 7, 11 DISEMBER 2015 (1)



Diliputi Salji



6.49 malam, kami masuk Wilyah Bolu.  Terletak di barat laut Turki. Kedudukannya agak strategik, iaitu antara ibu negara, Ankara dan bandar terbesar, Istanbul. Meliputi kawasan seluas 7410 km persegi. Dengan jumlah penduduknya 271.208 orang. Merupakan sebuah daerah hutan pergunungan yang menarik.






The Wonder And  The Beauty
 
Kami meneruskan  perjalanan. Mula mendaki. Laluan semakin mengecil, dan berliku-liku. Walaupun agak gelap, tetapi kelihatan pohon-pohon berbaris di sepanjang jalan. Seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami. Makin jauh ke pedalaman makin terasa di kelilingi oleh pohon-pohon rimbun.






Resort Von Club Di Kawasan Pergunungan


Tidak sedar malam sudah lama berlabuh. Angin dingin dari pergunungan bagaikan mengalu-ngalu kedatangan. 7.52 malam, akhirnya sampai di  Resort Von Club, selepas 3 jam lebih di perjalanan.  Masing-masing turun dari bas. Terasa sejuk yang amat sangat. Hampir menggigil. Dengan suhu -6⁰C, dinginnya bagaikan menggigit-gigit. Badan pula terasa lesu, dan tak bermaya.





Putih Dengan Tompok-Tompok Salji


Nasib baik  porter  membantu menghantar beg-beg ke resort. Sementara itu, kami terus pergi dinner di Restoran Karaca. Melalui lorong yang diterangi lampu. Salji kelihatan 5 cm di atas pagar.  Permukaan tanah kelihatan memutih dengan tompok-tompok salji. Begitu indah dalam cahaya lampu yang samar-samar.



Bagaikan Pesta Bermain Salji






Lepas dinner masing-masing teruja. Ke sana sini mencari sudut-sudut fotografi.  Malam ini bagaikan pesta bermain salji.  Sekali pun dingin dan letih, masing-masing hanyut dalam keriangan. Berjalan-jalan atas salji sambil meninggalkan jejak-jejak. Dan sambil mengepal-ngepal salji. Bagaikan tidak percaya. Rupa-rupanya salji turun di kawasan pergunungan ini.




Hanyut Dalam Keriangan


7.54 malam, baru masuk bilik 209.  Terpaksa switch on pemanas kerana kesejukan mula terasa. Lepas mandi, jamak Isyak. Dan berdoa untuk kesejahteraan. Di luar beranda terasa amat sejuk. Angin sejuk dari gunung bagaikan menggigit-gigit. Pedih.


Di  kawasan sekitar resort kelihatan nampak suram dalam cahaya lampu yang berbalam-balam. Atap pula kelihatan memutih dengan timbunan salji. Begitu juga di kawasan persekitaran resort, bagaikan hamparan permaidani.  Begitu indah, dan syahdu  dalam sinaran cahaya lampu.


Malam mula larut, dan dingin kian terasa. Kawasan pergunungan terus melabuhkan kesepian. Terasa begitu hening dan damai. Kedinginannya bagaikan menyelimuti kawasan resort. Hanya suara malam terdengar sayup-sayup di bawan angin dari gunung. Mungkin masing-masing sudahpun hanyut dibuai mimpi. Mimpi yang indah.



Kokok Ayam Memecah Kesunyian


5.20 pagi, solat subuh. Di luar masih gelap. Tiba-tiba terdengar kokok ayam memecah kesunyian. Terasa sayu. Mungkin dari perkampungan di pedalaman. Di beranda pula terasa sejuk yang amat sangat. Sampai menggigil-gigil. Sekali-sekala terdengar air menitik daripada salji yang mula cair di atap. 


Salji Bagaikan Permaidani Terhampar


Amat Sejuk Hinggakan Nafas Berkabus


6.07 pagi, keluar dari bilik 209, dengan beg sekali. Masih amat sejuk hinggakan nafas berkabus. Suasana pagi ini hening, dan damai. Walaupun berkabus tetapi sangat indah. Seputih salji, bagaikan permaidani terhampar memenuhi permukaan. Sungguh menarik. Sempat juga bergambar di perkarangan Resort Von Club.



 
Breakfast Di Restoran Karaca



Abadi Dalam Memori
 
 
Keriangan Dalam Kedinginan



6.34 pagi, semua beg tersusun di depan pejabat Von Club. Kamudian  ke restoran Karaca untuk breakfast. Selepas itu bermulalah pesta bermain salji. Salji  terasa rangup apabila di pijak. Jejak kaki agak dalam, mungkin salji turun malam tadi.  Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar, terutama di patung salji. Tidak ketinggalan juga bergambar untuk group Ziarah Sutera.



 Mencipta Alam Wonderland

 
Bagaikan Menari Dalam Renyai Salji


 
Salji Turun Bagaikan Rahmat



Kami  hanyut dalam keriangan. Terapung-apung, bagaikan tak berjejak di bumi nyata. Panorama pagi yang seputih salji, dan sehamparan permaidani. Bagaikan tercipta alam wonderland. Kami seolah-olah bersatu dengan keindahan.  Once in our life time, kami menari-nari dalam renyai  salji. Yang tiba-tiba turun bagaikan rahmat. Masing-masing menadah tangan untuk mengumpul salji.  Ialu ianya  terhimpun di tapak tangan. Sungguh mengkagumkan.



 Point Of Interests
Wilayah Bolu

1. Akkayar traver Tenleri
2. Golcuk
3. Goynuk Akshemsed
4. Gunung Aladag
5. Gunung Bolu
6. Gunung Koroglu






 
7. Highway Outlet
8. Kartalkaya (Ski Resorts)
9. Muzeum Bolu
10. Sebenceltikler
11. Tasik Abant
12. Yedigoller 9 (Tasik Tujuh) 



 
Group Ziarah Sutera Abadi Dalam Kenangan



7.13 pagi, 'gula-gula' Von Club. Selamat tinggal. keindahanmu akan terpahat dalam memori. Walaupun bermukim dalam waktu yang singkat, wonderlandmu takkan kami lupai. Ianya kekal bersemadi selama-lamanya. Entah bila kami akan mengunjungi semula kawasan pergunungan ini. Mungkin akan terselit kerinduan di hati. Atau hanya datang dalam mimpi.


 
Kesayuan Dari Sudut Jendela Bas



 
Bagaikan Jejari Saling Menggapai Langit



Kami memulakan perjalanan dari Bolu ke Istanbul, sejauh 263 km. Perjalanan menuruni bukit. Bukit–bukau kelihatan berkabus di kejauhan. Di kiri kanan jalan  pokok-pokok tinggal ranting, bagaikan jejari kecil saling menggapai langit. Salji pula memenuhi permukaan bumi. Terhampar, begitu indah.


Kabus berkurangan

7.42 pagi, kabus mula berkurangan. Kelihatan puncak bukit masih diliputi salji. Perjalanan kami semakin mendatar dan kabus semakin menipis. Manakala Salji semakin cair di permukaan. Di kawasan ini daun-daun pokok masih lagi berwarna hijau.


8.00 pagi, hujan mula renyai-renyai. Di kejauhan kelihatan sama-samar laut dengan tanjung  dan jembatan yang separuh dibina. Kelihatan juga beberapa feri dan kapal  sedang belayar, meredah Laut Marmara.






Terowong Lebuh Raya Sejauh 3.1 Km


 
9.16 pagi, memasuki terowong Gunung Bolu, iaitu terowong lebuh raya terpanjang di Turki sejauh 3.1 km. Dibina melalui Gunung Bolu iaitu antara Kaynasli, Düzce dan Yumrukaya. Terowong ini adalah sebahagian daripada Gümüsova-Gerede Highway  dalam projek Lebuhraya Trans-Eropah






 

Berhenti Di Sarkuteri Lokanta


Seterusnya perjalanan kami melalui kaki bukit, di mana kelihatan rumah-rumah jauh di lembah-lembah di pinggir Laut Marmara. Kabus di cermin tingkap bas kian hilang. 9.21 pagi, jalan mula sesak dengan kenderaan bergerak perlahan-lahan. Papan tanda menunjuk 39 km ke Istanbul.  9.48 pagi berhenti di Sarkuteri Lokanta untuk R&R, rehat dan rawat.  
 

10.17 pagi meneruskan perjalanan, selepas lebih sejam di R&R. Di luar cuaca agak mendung. 10.25 pagi, hujan mula turun, menjadikan cermin bas berkabus. Banjaran bukit kelihatan samar-samar di kejauhan.  Dalam situasi ini ramai yang memejamkan mata. 10.57 pagi, jalan kembali sesak. 11.07 pagi, perjalanan menurun agak lancar.



Meredah Laut Marmara

 
Renyai-Renyai Ke Pengkalan Feri



11.07 pagi, turun dari bas, kemudian berjalan kaki dalam hujan renyai-renyai ke Terminal Feri Kadikoy. Terasa seronok, bagaikan bermain-main dalam renyai hujan. Suasana yang mencetuskan nostalgia zaman kanak-kanak.  Penuh dengan keriangan. Ada yang berpayung, berbaju hujan dan memakai hood. Mungkin inilah hujan rahmat di bumi Turki.




 Bermain-Main Dalam Renyai Hujan



Makin Terdengar Deruan Ombak



Tak sedar kami sudah menghampiri pengkalan feri. Mula terasa sejuk apabila angin dari Laut Marmara bertiup ke darat. Makin hampir makin terdengar bunyi ombak. Saling bertingkah dengan bunyi deruan  feri, dan kapal-kapal yang meredah laut Marmara.




Bertingkah Dengan Deruan Feri


 
Camar Bagaikan Berpesta


 
11.24 pagi, naik feri Artha. Kelihatan burung-burung camar bagaikan berpesta. Berlegar-legar di ruang udara. Saling kejar-mengejar. Beberapa ekor pula bermain-main di permukaan laut. Kelihatan juga beberapa buah feri dan kapal cargo meredah laut Marmara. Meninggalkan gelombang-gelombang putih yang bagaikan berkejar-kejaran di belakang. 
  


Bagaikan Terdengar Bisikan Ombak



Biarkan Angin Mengirim Salam Rindu


Sempat juga menikmati black tea turki di dalam feri. Yang lain-lainnya sibuk mencari sudut-sudut fotografi. Di dalam dan di atas feri. Sekali-sekala terdengar riuh-rendah suara mereka di bawa angin laut. Inilah pengalaman indah, ketika menaiki feri menyeberangi Laut Marmara. Dari jendela feri, kelihatan laut agak tenang. Bangunan-bangunan di pinggir laut kelihatan samar-samar dalam renyai-renyai hujan.



Menghayati Keindahan Dari Jendela Feri

 
Mencatat Kenangan Di Laut Marmara



Feri mula bergoyang-goyang apabila menghampiri Terminal Feri Eminonu. 12.06 tengah hari, akhirnya berlabuh selepas lebih sejam dalam feri. Masing-masing keluar dari feri. Kemudian beramai-ramai berjalan kaki. Terasa seronok pula apabila disirami hujan renyai-renyai. Ada yang berpayung, dan ada yang hanya memakai ‘hood'. Lalu teringat  lagu nostalgia  Kopratasa.

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
 
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini 
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu

Masihkah Kau ingat
Masihkah kau ingat 



 Udara masih sejuk. Beberapa orang penjaja jalanan menjual, payung, topi dan sarung tangan. 12.13 tengah hari, naik bas. Kelihatan  jembatan di mana beberapa orang sedang mengail di atasnya. Melintasi masjid, melalui bandar dan sekali-sekala beriringan dengan jalan tram. 12.30 tengah hari, kami singgah di Tamara restoren untuk lunch. 


Post a Comment

Powered by Blogger.