Qalam Perjalanan

HARI KEDUA, 30 OGOS 2016








Terletak hanya 10 km dari Litar Antarabangsa Sepang. Sejauh 15 minit memandu dari hotel Sri langit.  Hotel ini berkonsepkan penerbangan. Mungkin pertama di Malaysia.  Pelanggan akan merasa seolah-olah menginap  dalam sebuah kapal terbang. Selain itu hotel ini mempunyai kafe 24 jam dan kedai mudah beli 24-jam. KLIA dan KLIA2 hanya sejauh 15 minit memandu.



Hotel Sri Langit


9.18 pagi, Dedi dan Faiz boarding 1st floor untuk breakfast. Wow! Nasi goring dengan ayam cukup meyelerakan. Faiz sampai makan 2 pinggan. We really enjoy our breakfast. Yang menariknya restoran pun berkonsepkan penerbangan, sampaikan kepala paip  pun berbentuk kapal terbang. Ada papan kenyataan, menunjukkan laluan kapal terbang. 




10.12 pagi, we were the last to leave the restaurant. 11.24 pagi, boarding dari room 106 untuk breakfast Umi dan Kakcik. 11.34 pagi, ke restoran Sky 24 Seven. Tak jadi kerana tak ada nasi lemak. 11.38 pagi, masuk restoran Tok Wan Heritage. Kami duduk di meja 4. Waktu ini pelanggan tidak berapa ramai. Ayla sudah pasti dengan nasi sop ayamnya. Umi dengan favourite roti canai. Begitu juga kakcik.




Restoran Tok Wan Heritage



12.13 tengah hari, lepas breakfast menyusuri kaki lima bangunan. Bandar Baru Salak Tinggi, Business Park, agak sunyi dan tenang. Tak ramai yang datang  ke bandar kecil ini. Tertarik juga melihat bangunan ini ada kelas SMI Tahfis  Mithalli, dengan ungkapan yang agak menarik di pintunya, “We are Khalifah of Allah”.



Malang Tak Berbau



12.20 tengah hari, meneruskan perjalanan. Waze menunjukkan jalan yang  tak sesak. Mungkin jalan pedalaman. Jalan agak basah lepas hujan. So, perlu berhati-hati. Kemalangan tak berbau. 2.23 tengah hari, masuk daerah Sepang. Jalan berliku-liku, melalui kawasan hutan kecil yang berbukit. 12.31 tengah hari, melintasi Taman Mawar. Kemudian melalui ladang sawit. 12.32 tengah hari masuk kawasan Jenderam Hulu.




Peta Kg. Jenderam Hulu



12.33 tengah hari, melintasi Universiti Kuala Lumpur. 12.34 tengah hari, melintasi Pusat Khidmat Ahli Majlis. 12.36 tengah hari, melintasi PKG Kepong. Jalan masih lagi berliku dan bersimpang. 12.40 tengah hari, masuk Taman Desa Kayangan. Di sini terpaksa melalui beberapa bumper. Kawasan bukit bukau ini, kadang-kadang menurun dan kadang-kadang mendaki.




12.45 tengah hari, simpang kanan ke Putra Jaya. Kemudian masuk bulatan ke Kajang. Di sini had laju dibenarkan 80km/j. 12.47 tengah hari, melintasi Murni International College. Terus  masuk zun operasi kamera. 12.49 tengah hari, masuk jalan bulatan. Kemudian melintasi bangunan 1O1 galaria dan bangunan kee Meridien,








12.53 tengah hari masuk bulatan kecil dan terus menuju ke destinasi, 1O1 City Mall. 12.57 tengah hari parking di basement aras P1 A30. Ayla nampaknya teruja melihat supermarket, kerana banyak permainan. 1.02 petang, naik lif ke tingkat 2. 1.04 petang, Ayla masuk kedai Lego. Wajahnya nampak geram melihat permainan,



1.14 petang, Faiz membeli tiket di Golden Screen Cinema. Tajuk filemnya ialah Kubo and Three strings. 1.24 petang, kadang-kadang kekenyangan merupakan satu kecemasan yang perlu dilepaskan di toilet. Kemudian ikut Faiz masuk pawagam L2-AT5. 1.57 petang, orang terawal masuk.




Suasana senyap sunyi. Hanya diterangi lampu-lampu siling, yang hampir samar-smar 2.05 petang, iklan komersial bermula dengan The Murphy, diikuti Troll. Kemudian berselang seli dengan iklan Texas Chicken, Vivo, KFC dan lain-lain.



 



Kubo And The Two Strings


Lebih kurang 2 jam 30 minit berada dalam panggung. Sedap juga ceritanya, walaupun dalam bentuk kartun. Mesejnya, cucu dewa sebagai rakyat biasa dapat mengalah datuknya seorang pemimpin dewa yang ego kerana darjat.





Ceritanya bermula apabila Kubo tidak sengaja terpanggil semangat jahat. Dalam pelarian, Kubo bekerjasama dengan  monyet dan kumbang untuk membuka kunci warisan rahsia. Berbekalkan alat ajaib, Kubo memerangi Raja Bulan, dewa dan raksasa. Kubo terpaksa menyelamatkan keluarganya dan menyelesaikan misteri kematian bapanya, seorang pahlawan semurai.

Post a Comment

Powered by Blogger.