HARI KEDUA 14 OGOS 2016
Pagi ini agak sejuk. Tetapi terasa tenang dan selesa. Tidur rupanya memberi kerehatan yang cukup baik untuk fizikal dan mental. Di luar kelihatan kelompok awan berwarna kelabu gelap. Belum lagi dijamah cahaya pagi. Gerai-gerai di Wakaf Che Ye kelihatan sepi.
Program "Osh On The Go" |
Terpaksa mandi air panas 35⁰C dari pemanas Joven 190i Eletronik, “whale of a time”. Lepas solat subuh,
menonton Selamat Pagi Malaysia. 8.13 pagi,
program “Osh
On The Go’ melibatkan 8 negeri untuk membudayakan kesihatan dan
keselamatan. Terutamanya di sekolah rendah. Menggunakan elemen Super Hero,
untuk aktiviti ala jigsaw puzzle.
8.31 pagi, iklan lawak Pokemon.
Penangkap Pokemon terlalu taksub sampai
malam. Hingga boleh duduk bersama dengan hantu. Hantu rasa tercabar kerana penangkap
Pokemon sudah tak takut lagi. Malah boleh
gosok-gosok kepala hantu sambil ketawa. Mungkin ada mesej
yang tersirat.
8.44 pagi, turun dari bilik 203. 8.57 pagi, breakfast di gerai berhadapan dengan Holiday Villa. Dan deretan kedai-kedai iaitu Nasi Budget, Watson,
Ariani, Humaira
Scarf dan bangunan Butik Impian. Selera
pagi ini, sekadar nasi lemak. Makanan tradisi,
tetapi cukup untuk mengalas perut.
Sejam kemudian baru beredar. Berjalan-jalan untuk
menggerakkan otot di di kaki dan badan. 9.26 pagi, naik semula ke bilik 203. TV1
membuat ramalan hari ini cuaca baik tanpa hujan. 7.30 pagi, Deja Moss, yang satu ketika dulu banyak
konteravasi. Sedang menyanyikan lagu “Asmara Ini”. Kelihatan lebih sopan. Kadang-kadang umur membawa perubahan kepada karakter. Dan meng”hilangkan rasa cemburu hati”
Sayonara Dynasty Inn |
9.44 pagi, check out. 9.52 pagi, bertolak meninggalkan Dynasty Inn. Yang memberi ketenangan dan keselesaan. 10.02 pagi, melintasi Hotel Perdana, Pejabat Tabung Haji dan KB Mall. 10.07 pagi, parking dan kemudian masuk pasar Siti Khadijah. 10.14 pagi, naik tangga ke tingkat 3. Gerai-gerai yang menawarkan kain, pakaian, periuk dan tembaga. 10.43 pagi, di gerai buah-buahan.
Pasar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan, dan simbol membeli-belah. Dimonopoli oleh kaum hawa yang menjadikan pasar ini point of interest. Salah satu destinasi pelancongan yang popular di pantai timur. Pasar ini menawarkan pelbagai barangan. Terutamanya pakaian dan barangan dapur.
Pasar Siti Khadijah Destinasi Pelancongan |
Di hujung minggu dan cuti sekolah pasar ini bagaikan
pesta. Pelancong dari negeri-negeri lain datang dengan bas untuk membeli belah.
Begitu juga penduduk sekitar Kota Baharu juga sering ke sini untuk membeli
barangan asas dan keperluan dapur.
Bahagian Bawah Pasar
Di bahagian bawah pasar, menjual barangan basah. Termasuk kuih muih, sayuran, beras, buah-buahan, lauk dan keperluan asas
dapur. Barangan di tingkat bawah biasanya dibeli oleh penduduk setempat. Tingkat
satu dimana terdapat medan selera yang menjual pelbagai jenis masakan serta
juadah. Di samping kuih-muih negeri Kelantan yang istimewa.
Beranika Jenis Juadah |
Di tingkat 2 bagaikan syurga membeli belah untuk
wanita. Terdapatnya barangan batik,
songket, tudung bawal, kain ela, kain sarung, kain pelikat, kain sembahyang,
blouse, T-shirt, kraftangan, beg, kasut, barang tembaga, peralatan dapur,
bunga, pasu, barang kaca, barang kemas, alat solek, pewarna tikar, barang
sulaman tudung dan permainan kanak-kanak.
10.52 pagi, menuju ke kereta. Malangnya kena saman,
kerana meletak di luar letak kereta. Saman dari MPK
Bandaraya Islam, di Hulu Pasar Siti Khafijah.
No Kompaun 4490006276 dengan denda RM10.00. 11.08 pagi, terus ke MPK
berpandukan waze. 11.12 pagi, bayar denda di kaunter.
11.27 pagi, isi minyak shell. 11.39 pagi, parking
di Aeon.Di Jalan Jembatan Yahya Petra, Kampung Sireh. Masuk ke dalam untuk window shopping. Gerai-gerai makanan
menunggu pelanggan, cool station, Kelantan delight, D’R BCC, Cornet dan
berbagai lagi nama gerai. 11.53 pagi, akhirnya
singgah di gerai Tempura, makanan tradisi jepun. Order lekiage shrimp
dan currypuff sardine.
Post a Comment