HARI PERTAMA 13 OGOS 2016 (2)
Mengikuti kereta DBU3525 masuk jalan kampung.
Jalan kampung agak sempit. So terpaksa berhati-hati. Melintasi SK Wakaf Stan dan seterusnya ke rumah Che Wei. 11.42 pagi, baru sampai di rumah bakal haji
yang akan naik flight pada 26 Ogos ini. Che Wei dan
isteri Nampak tenang dan ceria, kerana terpilih sebagai tetamu Allah.
Laluan Kg. Wakaf Stan |
Ziarah Bakal Haji |
Sebagai tetamu kami pula dirai. Sambil berbual sambil menjamah juadah. Lepas tu ke kebun belakang untuk memetik buah rambutan. 12.56 pagi, meneruskan perjalanan selepas mengucap selamat ke tanah suci. 12.09 tengah hari, melalui Kg. Pauh Bunut dan Kg, Kubang Kacang. 11.12 tengah hari, melintasi SK Tiong dan masuk Kg Batu 14.
1.18 petang, sampai di Wakaf Che Ye.
Terlajak destinasi Dynasti Inn, melalui waze
masuk jalan kampung yang agak sempit. Akhirnya sampai juga ke Dynasti Inn, dalam kawasan pasar malam. Masuk room 203, agak selesa Deluxe Trible dengan rate RM160 semalam
tetapi melalui Agoda hanya RM90. Faiz terus ke Macang untuk reunion Palam dan
menghadiri perkahwinan kawan sePalam.
Peta Wakaf Che Ye |
Mengikuti informasi, Wakaf Che Ye adalah
salah satu destinasi membeli belah yang popular di pantai timur. Malah kalau datang ke Kelantan tak sah kalau tak
pergi ke Pasar Malam Wakaf
Che Yeh. Pada sebelah siang ianya pasar borong yang menjual barangan basah dan
barangan asas. Waktu malamnya menjadi pasar malam yang menjual beraneka jenis
barangan.
Sebagai point of interest, Kerajaan Negeri telah melakukan banyak pembangunan prasarana. Penambahbaikan kawasan pasar,
pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan dan kedai-kedai makan.
Malah kemudahan Restoran McDonald dan stesen
minyak yang berdekatan.
Dibuka Sehingga Lewat Malam |
Pasar malam dibuka sehingga lewat malam. Pada hujung minggu dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Beranika jenis barangan boleh diperolehi disini seperti pelbagai jenis baju dan pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah, kereta, perfume, kasut bundle, cd, dvd, jam tangan, beg tangan, tuala, toto dan pelbagai lagi.
Sebelum turun ke pasar malam, kami berehat sambil menonton TV. Siaran
lansung sukan Olympic Rio.
Josep Cool dari Singapura
dapat emas untuk renang. Iran emas untuk angkat
berat. Britain emas untuk basikal. German emas untuk acara menembak. Wanita korea dapat emas untuk angkat besi. Malaysia hanya perak dan gangsa tanpa sebutir emas.
2.34 petang, solat jamak zohor. 2.38 petang, turun ikut tangga untuk “jalan-jalan cari makan”. Susah juga mencari kedai makan yang memenuhi selera. Tetapi lebih susah lagi jika berselera tetapi tak selesa dan selesa tetapi tak berselera. Lebih-lebih lagi cuaca petang agak panas dengan suhu 90⁰F. Angin bagaikan mati, terhalang dek bangunan-bangunan tinggi.
Restoran Gomo Sup Air Asam |
3.02 petang, akhirnya masuk restoran Gomo Sup Air Asam. Duduk di meja No 9. Di tepi dinding. Order nasi goring USA dan kampung dengan teh hijau dan barli sejuk. 3.44 petang, kemudian keluar ikut jalan utama melalui gerbang Zun Komersil Wakaf Che Ye. Balik semula ke Dynasty Inn dan terus masuk room 203.
Panorama Pasar Malam Wakaf Che Ye |
Berehat sambil menonton siaran lansung. 4.43 petang, perlawanan hokey,
mendayung dan water polo. 5.18 petang, menonton Kartun Tom and Jerry Show. Sedar tak sedar malam mula berlabuh. Suara-suara
dari pasar malam mula kedengaran. 7.20 malam, turun semula untuk membeli baju
tidur umi dan 3 orang cucu kesayang. Tak lupa juga sedikit makanan untuk dinner di room 203.
Shopping Di Pasar Malam Wakaf Che Ye |
Malam ini Faiz balik agak lewat, tetapi turun semula bersama Umi ke pasar malam. Dalam baring-baring terlelap juga. Beberapa jam kemudian Umi dan Faiz balik selepas shopping larut malam. Hingga 1.30 larut malam, masih lagi terdengar lagu dangdut dari gerai di bawah. Dari tingkap nampaks gerai-gerai agak lengang. Ada yang sedang berkemas dan ada yang sudah menutup gerai. Keadaan agak lengang, hanya cahaya dari gerai masih menerangi kawasan pasar malam.
Post a Comment