HARI KETIGA 28 MEI 2013 (2)
Guangzhou Baiyun Airport - Masjid
Lama Huaisheng
(Beribadat Sepanjang Hayat Berusaha Sepanjang Usia)
Lama Huaisheng
(Beribadat Sepanjang Hayat Berusaha Sepanjang Usia)
Touchdown |
Guangzhou City
1.30 petang, flight CZ3291 China Eastern
Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun. Sejam terapung di langit, memang mendebarkan.
Bagaimanapun terasa selamat apabila kaki memijak bumi Guangzhou.
Ini
kali kedua berada di Guangzhou Baiyun Airport.
Selepas mengambil beg dengan troli di bahagian luggage claim, kami terus naik bas. Maka bermula pula kembara di bumi Guangzhou. Guangzhou adalah ibu negara dan
bandar terbesar di Wilayah Guangdong di
tenggara China.
Bandar Metropolitan |
Tradisi Dan Kemodenan |
Bandar ke 3
terbesar di China, selepas Beijing dan Shanghai. Pada tahun 2014 dianggarkan mempunyai penduduk 13.080.500 orang.
Merupakan salah satu daripada bandar raya metropolitan yang paling ramai
penduduk di dunia.
Guangzhou kaya
dengan sejarah, tradisi dan kemodenan. Dalam sejarah awalnya semasa Dinasti Zhou (104SM - 256SM), mengikut legenda, Guangzhou pernah mengalami kebuluran. Lalu 5 dewa dari syurga datang menunggang
kambing untuk memberkati Guangzhou dengan
kehangatan dan kesuburan.
Bandar Kambing |
Bandar raya ini didirikan pada tahun 2014. Telah
berkembang pesat di bawah regim China lama.
Lebih-lebih lagi dengan bantuan dan sokongan dari pedagang Arab dan Hindu. Sempadan bandar diperluaskan bagi
menampung pertumbuhan dan kepadatan penduduk di zaman Dinasti Sung (960-1279).
Guangzhou di kenali sebagai "Bandar Kambing", sebagaimana mengikut legendanya. Ia juga
dikenali dengan "Bandar Bunga". Susulan daripada banyaknya
taman-taman hijau dan bunga-bungaan berwarna-warni. Begitu juga di sepanjang lebuh rayanya dihiasi
dengan bunga-bungaan.
Pearl River |
Namun tidak dinafikan Guangzhou juga memiliki beberapa points of interest yang boleh dikunjungi. Antaranya: menikmati keindahan malam di sepanjang Pearl River (Sungai Mutiara) dan beriadah di Taman Yue Xiu ,
Taman Yue Xiu |
Selain daripada itu para pengunjung boleh menyaksikan cahaya berwarna-warni di menara Guangzhou, menikmati Guangzhou Ocean World, dan membeli-belah di Beijing Lu , Shangxiajiu Lu, Yide Lu dan Haizhu Square.
City Of Kights |
Menara Guangzhou |
Guangzhou Ocean World |
Kemudiannya membawa kami ke destinasi pertama di Guangzhou iaitu Masjid Lama Huaisheng. Turun sahaja dari bas, beberapa orang kanak-kanak menadah tangan, meminta simpati. Namun kami terus melangkah. Dari jauh lagi sudah kelihatan pintu gerbang untuk masuk ke kawasan masjid. Kawasan ini agak terpencil seolah-olah di pedalaman.
Masjid Huaisheng adalah masjid utama di Guangzhou. Dikenali juga sebagai Masjid Rumah Api dan Masjid Agung Canton. Dipercayai telah dibina lebih 1,300 tahun yang lalu. Sepanjang sejarahnya, ia telah dibina semula beberapa kali. Mula-mula pada tahun 1350 dan kemudiannya pada tahun 1695 kerana kebakaran.
Masjid Crane Yangzhou |
Dinamakan Masjid Huaisheng, yang bermaksud “mengingati kebijaksanaan”. Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW. Merupakan salah satu daripada
empat masjid lama yang paling terkenal di China. Tiga yang lain adalah Masjid Crane Yangzhou, Masjid
Quanzhou Kylin dan Masjid Hangzhou Phoenix.
Masjid Quanzhou Kylin |
Mengikut manuskrip lama Cina Muslim, masjid ini telah dibina pada tahun 627 di zaman Dinasti Tang (618-907). Dibina oleh Sa`d ibn Abi Waqqas, bapa saudara Nabi Muhammad, yang dipercayai datang dalam misi Islam pertamanya ke China pada tahun 620.
Masjid Hangzhou Phoenix |
Walaupun ulama secular moden tidak menemui sebarang bukti sejarah. Namun mereka percaya umat Islam telah tiba ke China dalam abad ke 7. Malah pusat-pusat perdagangan utama seperti Guangzhou, Quanzhou, dan Yangzhou sudah mempunyai masjid pertama yang dibina pada zaman Dinasti Tang.
Masjid Huaisheng ini terletak di No. 56, Guangta Road.
Meliputi kawasan seluas lebih 2,966 meter persegi.
Mempunyai enam bangunan penting, Dewan
Solat, Para Wangyue, Koridor Tertutup, Stor Kitab Suci, Astaka Batu dan Menara
Api.
.
3 Pintu Gerbang |
Bermula dari pintu gerbang utama, dan seterusnya melalui
2 lagi pintu gerbang. Terasa sejuk dan
damai. Pohoh-pohon hijau di persekitaran bagaikan menyambut kedatangan kami.
Dalam menikmati keindahan, tak sedar langkah kami sampai di tangga halaman masjid. Hanya beberapa meter dari pintu
gerbang.
Menyerupai Pagoda |
Dilihat dari segi struktur, pembinaan masjid tidak lari daripada gaya seni bina Dinasti Tang. Atap yang berwarna hijau menyerupai atap pagoda. Begitu juga tiang-tiang bulat yang berukiran. Dinding luar masjid berwarna merah. Adunan warna-warna pagoda ini menghiasi masjid.
Sebenarnya warna mempunyai nilai dalam budaya orang China. Merah warna yang paling popular. Melambangkan "kebaikan" dan "kegembiraan". Hijau pula secara umumnya dikaitkan dengan "kesihatan, kesejahteraan, dan keharmonian".
Menara Masjid atau Menara Bulan , dibina pada zaman Dinasti Ming (1368 - 1644). Menara ini digunakan untuk melihat anak bulan bagi menentukan bermula puasa di bulan Ramadan Bumbungnya telah diubahsuai dalam Dinasti Qing (1644-1911).
Kawasan terpencil ini memang tenang dan damai. Bagaimanapun kami terpaksa meninggalkan masjiod purba yang menyimpan sejarah yang panjang. Seterusnya bas membawa kami kembali ke dunia moden. Bas kamudiannya berhenti di Jalan Shangxiajiu, yang terkenal dengan "Laluan Pejalan kaki".
Laluan Pejalan Kaki Shangxiajiu adalah pusat komersial yang paling popular di di Daerah Liwan, Guangzhou. Bermula dari Jalan Shangxiajiu di timur, dan berakhir di Jalan Shifu di barat dengan. Panjangnya kira-kira 1,200 meter. Mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan.
Ia merupakan laluan pejalan
kaki pertama di bandar Guangzhou. Secara rasminya telah dibuka pada tahun1995. Ia merupakan kawasan yang
sibuk. Padat dengan kedai-kedai dan riuh rendah dengan para pengunjung.
Tradisi Yang Lama |
Mempunyai sejarah yang panjang dan tradisi yang lama. Seawalnya dari Dinasti Qing. Di sini kedai-kedai terletak di Qilou, di bangunan era kolonial. Agak unik hasil kombinasi seni bina China dan Eropah abad ke-19. Patung-patung di sepanjang jalan pula mempamerkan gaya hidup zaman silam di Guangzhou.
Antara banyak pusat membeli
belah dan kedai-kedai, Li Wan Plaza adalah sangat popular. Pusat membeli
belah ini menawarkan serba anika produk.
Di samping beberapa restoran dan kafe yang dapat memenuhi selera pengunjung. Lebih
menarik lagi, ia mempunyai kombinasi pejabat
dan kedai. Menjual aksesori fesyen, pakaian dan pelbagai produk.
Tidak seperti Beijing Road sebagai hab jenama terkenal, Laluan Pejalan Kaki Shangxiajiu adalah untuk rakyat biasa. Hanya kedai-kedai kecil bertumpu di sini. Menjual barangan kemas,
alat tulis dan pakaian. Pada harga yang rendah. Ia adalah tempat untuk para
pekerja bergaji rendah dan para pelajar.
Sebenarnya
tidak ada apa yang
penting untuk dibeli. Cuma sekadar menikmati keriuhan. Memang seronok,
walaupun agak jauh berjalan tetapi tidak
terasa letih. Walaupun tidak mengenali mereka tetapi tidak terasa asing.
Malah bersama-sama meredah kesibukan. Dan bersama-sama hanyut dalam
keriuhan.
Post a Comment