HARI PERTAMA 05
OGOS 2016 (2)
Bandar Brinchang - Taman Rama-Rama
-
Strawberry Farm - Rose Apartment
|
Rose Valley |
|
Peta Cameron |
|
Brinchang |
Jalan ke Brinchang agak sempit dan berliku-liku.
12.37 tengah hari, masuk sempadan Brinchang. Yang terletak 1450 m dari aras laut, dengan suhu 19º C. Merupakan bandar yang kedua besar. Agak padat dengan kedai, restoran dan hotel
bajet. Menjadinya destinasi yang agak polpular dan sebagai hab pelancongan.
|
Butterfly Farm |
Seterusnya, melintasi Rose Valley dan Water
Cress Valley. Waktu ini banyak kenderaan. Honda Stream WY4615 terpaksa bergerak
50 km/j. Mengekori kereta-kereta di hadapan.
Macam kereta api bergerak perlahan-lahan, meliuk-liuk mengikut likuan
jalan. 12.43 petang, melintasi Bee Farm.
|
Mistri Rama-Rama |
|
Habitat Rama-Rama |
|
Rama-Rama Berkurangan |
12.44 tengah hari, berheti di Taman Rama-Rama. Ayla
dan Ayra begitu excited untuk melihat
rama-rama. Selepas membayar entrance fee, terus turun mengikut tangga.
Masuk "sangkar" rama-rama melalui
pintu yang sentiasa tertutup. Terdapat berbagai jenis, saiz dan warna. Malangnya
rama-rama agak berkurangan.
|
Tetamu Rama-Rama |
|
Sangkar Rama-Rama |
|
"Rama-Rama Ella" |
Teringat Lagu “Rama-Rama” Nyanyian Ella
Seumpama rama-rama,
Terbang bebas di udara tanpa ada halangan.
Aman damai suka-suka,
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa,
Rama-rama.
Selain rama-rama,
terdapat kumbang,
ular, katak, chipmunkz, green eye gecko
dan rakun. Aqeef
begitu meminati chipmunkz, kerana aktif bergerak
dari dahan ke dahan. 1.45 tengah hari, baru keluar dari Taman
Rama-Rama. 1.56 tengah hari, melintasi Cactus Point.
Terdapat banyak gerai di tepi jalan, tetapi masih tertutup. Kurang pengunjung.
Post a Comment