Qalam Perjalanan




 

HARI PERTAMA 05 OGOS 2016
Tasik Kenyir - Felda Aring



Seri Teratai
"Home Sweet Home"

7.40 pagi, bertolak dari Teratak Seri Teratai dengan Honda Stream WYM4615. Perjalanan ini untuk memenuhi janji our little “princess”, Ayla. Janji “kutip buah strawberry”. 7.44 pagi, isi minyak Caltex di Kg. Batu Hampar. 7.47 pagi, masuk Kg. Pulau Manis. Seterusnya 7.49 pagi, Kg. Kubang Palas dan 7 Kg. Lubuk Batu.

Langkah Kembara
Adieu Sri Teratai

Melintasi SMK Kuala Telemong. 7.53 pagi, masuk Kg. Pelam. 7.59 pagi, melalui Kg. Bukit Tadok, Kg. Paloh Nyior dan Kg. Nibung. 7.05 pagi, berhenti di SMK Matang. Merenung sejenak. Mengimbau nostalgia sebagai pengetua SMK Matang. Teringat ungkapan yang hampir dilupai.


“Apabila akar menunjang
maka rantingnya menjulang
dan apabila akarnya bercambah
maka rantingnya berbuah”.


(ARAM)

Rasa sayu apabila melihat bangunan di puncak bukit. Masih tersergam. Senyum dan tangisan telah lama berlalu. Yang pergi dan yang datang, bersilih ganti. Sama-sama mencatat memoir dalam dairi Matang Bestari. 19 Mac 2016 adalah langkah terakhir meninggalkan jejak-jejak di Matang Bestari.



Melalui Selekoh Tajam

8.10 pagi, masuk Kg. Tekawang. Kemudian Kg. Kuala Ping dan dikuti Kg. Tok Lawit. 8.17 pagi, baru sampai simpang kiri masuk Kenyir. Seterusnya melintasi Sungai Gawi. Saat ini perjalanan mula mendaki, dan kadang-kadang menuruni. Sekali-sekala melalui selekoh tajam yang mengundang bahaya.


Peta Tasik Kenyir

8.26 pagi, berhenti di hentian Gawi. Malangnya restoran tak menyediakan makanan. Terpaksa meneruskan perjalanan. Melalui lereng-lereng bukit di pinggir Tasik Kenyir.  Jalannya agak berliku, tetapi selesa. Sesekali mendaki dan sesekali pula menurun. Tebing tinggi dan gaung saling bersilih ganti. 


Sedamai Tasik
Mencari Ketenagan
Laluan Tasik Kenyir

Terasa tenang dan nyaman apabila menyusuri liku-liku di sepanjang pinggir Tasik Kenyir. Kawasan berbukit-bukau yang  kelihatan indah diselimuti rimbunan malar hijau. Lalu bagaikan mencelah bukit-bukau. Berliku-liku dengan tebing yang tinggi dan gaung yang dalam. Kadang-kadang terasa berada di lapisan atas rimbunan hijau apabila melalui lembah yang dalam.

 Dalam Kabus

8.35 pagi, Honda WYM4615 melompat-lompat apabila melalui jalan yang rosak. Waktu ini kenderaan agak jarang. Walaupun selesa tetapi terasa agak sunyi. Namun jalan dari Tasik Kenyir ke Felda Aring dihiasi keindahan semula jadi. Bukit bukau berlapis-lapis, dengan ton warna alam. Semakin jauh  semakin kelihatan samar-samar.  


Laluan Felda Aring

9.18 pagi, kabus kelihatan berarak perlahan-lahan. Bukit-bukau di kejauhan kelihatan terapung-apung dalam kabus. Rimbunan kehijauan bagaikan melambai-lambai. Mendamaikan. Melambai di mata mendamai di jiwa. 9.20 pagi, mula memasuki ladang kelapa sawit. Petanda  perjalanan menghampiri kawasan Felda Aring


Peta Felda Aring


Pada Tahun 2014, perjalanan melalui Felda Aring amat menyiksakan. Bagaikan naik roller coaster. Kerosakan jalan pada masa itu di tahap beyond repair. Terpaksa menggunakan gear rendah, terhisut-hisut 40km/j. Ke kiri dan ke kanan untuk mengelak lubang. Akan tetapi right now, begitu lancar dan selesa.

Warung Felda Aring


9.27 pagi,  melepasi simpang Taman Negara Kuala Koh. 9.34 pagi, kelihatan kilang sawit di sebelah kiri jalan. Asap kelabu berkepul-kepul naik. Mencacatkan warna-warna alam. 9.36 pagi, berhenti di warung tepi jalan. Breakfast dengan nasi berlauk dan mee hoon goring. Lepas berehat, jam 10.18 pagi, meneruskan perjalanan.


Laluan Gua Musang

Perjalanan masih mengikut gradient, naik dan turun bukit bagaikan roller coaster. 10.26 pagi, sampai di pondok pemeriksaan polis.  10.30 pagi, memasuki ladang rakyat Paloh 4 dan ladang Felda Ciku. 10.34 pagi, masuk simpang ke Gua Musang. 10.42 pagi, melepasi kilang pecah batu. Seterusnya melintasi Kg. Panggung lalat dan simpang Kuala Betis. 11.20 pagi, melintasi hutan kekal Batu Simpan.


Perjalanan masih lagi mendaki. Sekali-sekala menuruni, mengikuti kontur lereng bukit. 11.38 pagi, batu jalan menunjukan 83 km lagi ke Tanah Rata. 11.48 pagi, melintasi hutan simpan Sg. Barok. 11.58 pagi, melintasi kawasan tanah runtuh. Anihnya, terdapat papan tanda, “Awas Kawasan Kampung”. Kadang-kadang memberi tafsiran  negatif, seolah-olah didiami oleh gerombolan pengganas. 


Laluan Cameron



Saat ini kelajuan dihadkan  60kmj. 12.04 tengah hari, berbaki 40 km lagi untuk sampai ke Tanah Rata. 12.16 tengah hari, masuk simpang ke Cameron Hinglands. 12.18 tengah hari, bergerak perlahan-lahan kerana kereta-kereta sudah memenuhi jalan raya. 12.20 tengah hari, sampai di Kg. Raja. Melintasi SMK Kg. Raja dan SK (C) Terla. 12.30 tengah hari, masuk perkampungan orang asli.

Orang Asli










Post a Comment

Powered by Blogger.