HARI KE 2, 6 OGOS 2016 (1)
Medan Selera Brinchang – Pasar Pagi
- Kea Farm Market
Solat subuh terlewat sedikit. Kadang-kadang
perubahan tempat dan cuaca membuatkan kita tergelincir dari amalan biasa.
Lebih-lebih lagi faktor usia menyebabkan penyesuaian itu agak lambat. Namun old
age adalah satu perjalanan untuk mencari keredaan. Biarlah semakin berumur
semakin akur dan semakin berusia semakin setia.
8.22 pagi, turun dari tingkat 1 Rose
Apartment. Terasa sejuk apabila angin menyelinap masuk kawasan apartment. 8.26
pagi, bertolak, melalui lorong Pasar Pagi yang sempit dengan gerai-gerai di
kiri kanan. Cuaca agak redup dan keadaan agak tenang. Pagi ini kereta agak
kurang dan gerai-gerai masih belum dibuka lagi.
|
Medan Selera Brinchang |
|
Nasi Lemak Kukus |
|
Memenuhi Selera |
|
Sarapan Bersantai |
8.35 pagi, sampai di Medan Selera Brinchang.
Duduk di meja kuning berhampiran
tangga. 8.42 pagi, Faiz terpaksa beratur
di gerai WI (Women’s Institue) untuk nasi lemak kukus. 9.21 pagi,
selesai breakfast. 9.33 pagi, meneruskan perjalanan selepas mengisi minyak
Shell RM50.00. Jalan agak tenang kerana kereta masih kurang. 9.43 pagi, jalan
mula sesak.
|
Pasar Pagi Kea Farm |
|
Anika Pilihan |
Gerai-gerai sudah dibuka di Pasar Pagi Kea Farm. Orang
ramai mula membanjiri lorong-lorong. Jadi terpaksa memandu perlahan-lahan untuk
mengelak orang ramai. Beberapa kenderaan mula
masuk dan keluar dari lorong. Menambahkan lagi kesesakan. 9.46 pagi, parking
agak jauh. Jadi terpaksa berjalan kaki.
|
Ayla Arissa |
|
Celah-Mencelah |
|
Bersentuh Bahu |
Pengunjung semakin
ramai. Semakin sesak, bagaikan tersumbat
lemak. 10.10 pagi, kesibukan dan kesesakan sudak sampai ke kemuncaknya.
Terpaksa mencelah-celah. Kadang-kadang bersentuh bahu. Demikian, pasar ini
tercatat sebagai destinasi popular,
terutama di hujung minggu. Pelbagai produk pertanian dan barangan
menjadi tarikan pengunjung. Malah kesibukan dan kesesakan ini bagaikan trade mark untuk pasar ini.
|
Nenek & Cucu |
|
Baba & Ayra |
|
Memaut Selera |
Masing-masing berjalan sambil celah-mencelah.
Faiz sentiasa mengekori Umi sebagai bodyguard. Ayla dan Ayra, berpimpin
tangan dengan Ibu dan Baba. Aqeef pula bersilih ganti dalam dukungan Baba dan
Ibu. Atuk cuma menyaksikan gelagat penjual dan pembeli. Sekali-sekala
mengintai-intai Ayla dan Ayra, untuk mempastikan segalanya terkawal.
|
Ayla Arissa |
|
Berwarna-Warni |
|
Rehat Sebentar |
10.54 pagi, masuk Kea Farm Market. Menuruni
tangga batu sampai ke ruang dalam. Pelbagai jenis bunga menghiasi rak-rak.
Sungguh menarik. Terdapat juga cofee corner. 11.16 pagi, naik tangga
pusing ke tingkat atas. Juga dipenuhi dengan berbagai jenis bunga. Dari atas
dapat melihat ladang teh yang terbentang luas. Keindahannya beyond
expectation.
|
Selesai Di Kea Farm |
|
Pulang Ke Apartmen |
Bukan sahaja pelancung dari pelusuk negara,
malah dari luar negara. Singgah dari gerai ke gerai untuk membuat tawaran.
Beranika jualan, termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, mainan
dan pakaian menjadi pilihan. Agak popular ialah strawberry dan jagung. Terdapat
juda madu dari tualang, baju sejuk dan topi haiwan.
Post a Comment