29 JULAI 2016 DUNGUN
11.40 pagi, bertolak dari teratak Seri Teratai. Berhenti di simpang Kg. Peradong untuk khidmat pelanggan. 10.47 pagi, masuk kawasan PKR Batu Hampar untuk menyerahkan 2 botol spray kepada pelanggan. 11.55 pagi, isi RM53.00 minyak di Caltex Batu Hampar.
Perjalanan agak tenang dan selesa. Pagi Sabtu kenderaan agak kurang,
jadi tidak terlalu tension dan stress. Terasa damai, apabila melihat
keindahan kampung tradisi. Walaupun rumah-rumah
dibina tanpa pelan, tetapi itulah
struktur binaan tradisi warisan.
Laluan yang biasa sememangnya memberi
keselesaan. Tetapi kadang-kadang keselesaan itu membuatkan kita alpa. Kebiasaan dan keselesaan adalah hidden trap. Kebiasaan boleh menghilangkan perhatian dan keselesaan boleh menghilangkan tumpuan
12.04 tengah hari, masuk susur lebuh raya. 12.07 tengah hari, sampai
di plaza tol Telemong. Seterusnya perjalanan melalui ladang kelapa sawit. Kehijauan
yang menyegarkan dan menyejukkan mata memandang. 12.30 tengah hari, memasuki
kawasan angin lintang. 12.34 tengah hari, melintasi hentian sebelah Bukit Besi.
12.40 tengah hari, sekali lagi melalui kawasan angin lintang.
12.44 tengah hari, susur keluar
ke Kuala Dungun. 12.45 tengah hari, touch n go di Plaza Tol Dungun, dengan
bayaran RM9.40. 12.48 tengah hari, sampai di simpang Serdang.
Seterusnya 12.55, memasuki simpang Dungun. Tercetus nostalgia ‘mee curry”
apabila melintasi gerai di kiri jalan yang agak mendaki ke bandar Dungun. Teringat, setiap kali pulang
dari menghantar kakak dan kakcik di SM Sains Dungun lewat 1990an, sudah pasti singgah di gerai mee
curry.
12.56 tengah hari, turn right di trafik light, dan terus ke kawasan Hospital Dungun. Menziarahi Tok Ayah di wad ICU. 1.26 petang, ke masjid Pak
Sabah untuk solat Jumaat. Mengambil sedikit iktibar dari petikan khutbah, “keredaan itu pintu
kebahgiaan.” Lepas solat 1.09 petang, terus ke rumah Haji Din, abah Khuzli. Lunch hari ini disertai my favourite, sambal buah bacang ditumbuk
separuh lumat.
2.50 petang, meneruskan perjalanan. 3.01 petang, melewati kolej
Vocational dan Politeknik Tengku Mizan. 3.11 petang, masuk laluan Paka. 3.24
petang, sampai di kertih. 3.28 petang, melewati kompleks Petronas. 3.37 petang,
baru sampai penghujung destinasi, iaitu Mesra Mall. Faiz terus pergi ke pawagam
untuk tayangan ‘The Shallow’, tiket telah ditempah melalui internet.
Mesra Mall |
3.56 petang, tunggu umi solat jamak asyar. 4.15 petang, masuk TMC
Gedung Serbaneka untuk membeli bahan-bahan dapur, roti dan coklat. 5.20 petang,
tunggu Faiz di food court. Order 2 nasi ayam dan nasi papret untuk Faiz. 5.44
petang, bertolak pulang dari Mesra Mall. Masuk simpang kiri untuk ke lebuh raya.
Melalui jalan kampung, yang agak lengang tetapi banyak simpang dan berliku-liku. Berpadukan
waze, akhirnya jam 6.00 petang, sampai di Plaza Tol Kertih. 6.11 petang,
melintasi kawasan rehat Paka. 6.18 melalui kawasan berkabus. 5.22 petang,
perjalanan agak terganggu kerana berlaku kemalangan. Sebuah kereta telah
terbabas dari laluan. Sesungguhnya yang
bermula kita hanya bersedia tetapi yang berakhir kita serah kepada takdir.
5.26 petang, melintasi R&R Bukit Besi 6.34 petang, hujan turun,
pandangan agak terbatas sedikit. Bukit-bukau di kiri kanan jalan nampak
berbalam-balam dalam hujan. Percikan air
dari kereta di hadapan, bagaikan kabus, mengurangkan sedikit
penglihatan. 6.37 petang, barulah hujan berhenti.
6.42 petang melintasi exit 855 Ajil. 6.51 petang, sampai di plaza tol
Telemong, bayar RM13.00 untuk Touch n Go. 6.52 petang, tamat laluan lebuh raya.
6.55 petang, memasuki susur keluar ke Kuala Telemomg. 6.57 petang, melintasi
Kg. Kubang Palas. 6.57 petang, Kg Pulau Manis. 6.59 petang, Kg. Batu Hampar.
7.01 malam, PKR Batu Hampar. 7.02 malam, Kg. Peradong. Malam kian berlabuh.
7.03 malam, akhirnya masuk Kg. Pulau Bahagia, selepas melalui jembatan
kecil DID. 7.04 malam, selamat sampai di teratak Seri Teratai. Syukur,
Alhamdulillah. Perjalanan selama 8 jam 4
minit, telah meluaskan pandangan dan mendalamkan pengertian. Lebih-lebih lagi
keindahan senja di kaki bukit dan di hujung lebuh raya bukan shaja menyentuh
perasaan, tetapi memberikan keinsafan di hati.
Post a Comment