6.43 pagi, solat Subuh. Ulangkaji surah Al-Balad, ayat 4. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah”. Ada yang mengatakan susah payah itu rintangan, dan ada yang menganggapnnya sebagai cabaran. Walau apa pun, susah payah itu adalah nilai untuk sebuah kehidupan.
Mereda-Redah Ke Hulu |
Hanya dengan susah payah barulah kita dapat menghargai kehidupan ini. Saperti kata orang tua-tua, rasailah yang susah sebelum menikmati yang senang.
8.19 pagi, pergi ke pasar Kajang dengan kereta Acid. Agak lama juga tak pergi ke pasar kajang. Nampaknya banyak bangunan tambahan sedang dibina. Perubahan ini memberi persepsi baru. Namun keriuhan pasar saperti biasa. Malah keriuhan dan keramaian semacam trade mark untuk pasar.
Pasar Kajang |
Kadang-kadang seronok melihat gelagat pembeli dan penjual. Masing-masing mempunyai strategi. Penjual dengan senyuman dan pujuk rayu cuba memikat pelanggan, manakala pelanggan dengan purchasing power cuba membuat tawaran sehabis rendah. Win-win situation sukar berlaku, kerana ada pihak yang akan mengalah. Ini yang dikatakan tug of war dalam business. Yang bijak menghulur dan menarik akan menang.
Warung Mat Din |
Selepas membeli keperluan dapur, kami tinggalkan pasar Kajang dengan hiruk-pikuknya. Umi hanya membeli 2 kilo ikan bilis. Di luar pasar penjaja-penjaja melambai-lambai kepada pelanggan yang lalu lalang. 8.32 pagi, barulah bertolak untuk pulang. 8.54 pagi, singgah di warung Mat Din untuk breakfast. Boleh tahan juga selera kampung.
Kajang Ke Shah Alam |
10.55 pagi, goodbye Seri Jenaris. 11.04 pagi, masuk susur ke Persiaran Saujana Impian. 11.10 pagi, sampai di Plaza Tol Batu 11. 11.25 pagi, masuk Pantai Dalam. 11.29 pagi, melalui PJS 2. 11.30 pagi, tersesat jalan. Berpandukan waze, sampai di Plaza Tol Subang pada jam 11.40 pagi. 11.45 pagi, Plaza tol Shah Alam. 11.57 pagi, masuk Persiaran Mukhtar Dahari. 12.03 tengah hari, melalui Seksyen U10 Alam Budiman.
UITM Puncak Alam |
12.10 tengah hari, masuk UITM Puncak Alam. 12.15 tengah hari, parking berhampiran bangunan FSK234. Menunggu Kakcik. 12.23 tengah hari, keluar dari UITM Puncak Alam. 12.34 tengah hari, ikut jalan belakang Alam Suria, tetapi jalan ditutup. 12.41 tengah hari,sampai di rumah sewa Kakcik N0. 38, Alam Suria. Kakcik bergegas masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang keperluan.
Laman Seri Business Park |
12.45 tengah hari, bertolak lagi. 1.19 petang, mengisi minyak di stesyen petronas di Puncak Alam. 1.36 petang, melalui bandar Coalfield. 2.14 petang, baru sampai ke Laman Seri, Business Park, Persiaran Sukan. Restoran-restoran di Laman Seri menawarkan cuisines yang menyelerakan. Malah setiap keunikan restoran mempunyai sentuhan deria yang meliurkan.
Tepuk Dada Tanya Selera |
Antaranya Gangnam Station, Mr Steakhouse, Laman Grill, Warung Lebai Dollah, Coffee Planet, Q Thai Shah Alam, Nasi Arab Ta'ef dan Tutti Fruitti. Banyak pilihan, so tepuk dada tanya selera.
Akhirnya kami memilih untuk lunch di Station Gangnam. Mengikut kata Kakcik, sentuhan koreanya special. Walau bagaimanapun, It is really a different taste. Mata yang terpesona tetapi lidah yang merasa. Rasanya tak berbaloi dengan bayaran RM188.45. Mungkin lidah tak sesuai dengan Korean dish.
2.17 petang, sampai di The Everly Hotel. Rupa-rupanya pernah menginap di hotel ini. 2.21 petang, parking di basement hotel. Lepas tu naik ke lobby hotel untuk check in. 2.32 petang, masuk bilik untuk berehat sebentar. Lepas mandi solat jamak zohor.
Hotel ini terletak di Presint 1, The
Everly Putrajaya Hotel berhampiran dengan Alamanda Shopping Centre. hotel ini
diuruskan oleh The Everly Group. Mempunyai 380 bilik tetamu, 1000 kerusi dewan
bankuet, lapan bilik mesyuarat, coffee-house, ruang kafe dan kolam renang
3.37 petang, keluar semula untuk ke IOI City Mall. Saperti biasa, window shopping. Kalau berkenan di mata terpaut di hati, barulah beli. Kadang-kadang pasar raya menjadi tempat berpeleseran dan melepak. Tempat untuk membisik kata hati dan memenuhi janji. Tidak hairanlah, majoritinya terdiri daripada anak-anak muda.
Post a Comment