6.45 pagi, solat subuh. Lewat, kerana tidur agak lena. 7.45 pagi, pekena maggi hot chicken flavor ramen. Kegemaran Naruto. Wow! Terangkat, extremely spicy. Berasap nafas! Hanya mampu makan 3 suap. Selebihnya terpaksa menahan kepedasan. Selepas makan 3 ulas betik, barulah hilang pedas dalam mulut.
![]() |
De Puncak Pelangi |
Waktu ini tak ramai pelanggan, suasana agak tenang. Gangguan muzik daripada beberapa kedai tidaklah sampai menyakitkan telinga. Umi dan kakcik masih lagi bertenaga untuk singgah ke beberapa kedai. Window shopping memang melekakan, tak sedar masa berlalu begitu pantas. Akhirnya 2.24 petang, barulah keluar dari Setia City Mall.
![]() |
Nasi Kukus Puncak Alam |
![]() |
Suasana Tenang dan Damai |
9.55 malam, keluar semula untuk menjamu ikan bakar di restoran aroma di pantai Jeram. Berpandukan waze, Kakcik memandu mengikut jalan lain. Terasa cemas apabila melalui ladang kelapa sawit Sime Darby, di Bukit Kerayung. Kawasan ini agak lengang dan gelap. Sekali-sekala terasa seram.
10.52 malam, selepas 1 jam 37 minit barulah sampai di restoran Aroma Ikan Bakar, tetapi warung ditutup lebih awal. Terpaksa pergi ke restoran Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Mengikut catatan, restoran ini telah beroperasi semenjak tahun 1983.
Persekitarannya agak menarik, dihiasi dengan lampu-lampu. Ada kolam ikan dan mini taman. Walaupun malam, cahaya lampu dari restoran dapat menyerikan lagi keindahan di persekitarannya, Waktu lewat begini memang tidak ramai pelanggan, jadi keadaan agak tenang dan selesa.
Selepas parking, Kami memilih tempat yang mudah melihat kereta. Sekali-sekala terasa angin malam dari pantai, bagaikan meraikan dinner lewat malam. Kami benar-benar menikmati ikan bakar. Terasa nikmat lebih-lebih lagi apabila lapar. Sedapnya sampai menjilat jari. Berbaloi juga dengan bayaran RM75.65.
![]() |
Berpandukan Waze |
11.45 malam, bertolak balik. Kali ini giliran Faiz pula memandu, berpandukan waze 11.57 malam, jalan kampung yang dilalui agak gelap. Setengah laluan tak ada lampu jalan. 12.02 malam, melalui jalan Labourn dan Jalan Rezab Derahman. 12.05 malam, Jalan Bukit Hijau. 12.15 malam, akhirnya sampai De' Pelangi Apartment. Hanya 30 minit sahaja. Mungkin kakcik silap memilih jalan. Anyway we are safe and sound.
Post a Comment