HARI KE 6, 10 DISEMBER 2015
Selepas lunch
di Oresin Han caravanserai, jam 9.54 pagi kami meneruskan perjalanan.
Melalui ladang-ladang gersang yang
terbentang luas. Hingga ke kaki bukit. Banjaran bukit kelihatan sayup-sayup di
kejauhan. Terasa sekali hening.
Masing-masing hanyut dalam lamunan, dan
ada yang tenggelam dalam maya internet.
11.21 pagi, akhirnya sampai di Tuz Golu.
Tasik garam yang ke dua terbesar di Turki, dengan keluasan 1.665 km
persegi. Masing-masing turun. Bagaikan
tidak sabar untuk mencari laluan ke pantai tasik. Bagaimanapun sempat singgah
di gerai-gerai yang mempamirkan ketul-ketul garam. Dan juga pelbagai
produk kecantikan daripada garam.
Cuaca agak redup dengan udaranya sejuk.
Sekali-sekala terasa belaian angin dingin dari tasik. Begitu lembut. Segar, dan
nyaman. Tanpa membuang masa
masing-masing terus melangkah ke pantai. Untuk
menyaksikan fenomena yang mengkagumkan.
Pantai garam sejauh mata memandang. Dan
seluas gurun pasir. Sukar dipercayai yang kami sedang berjalan-jalan di atas
garam, bukan pasir. Kadang-kadang terasa tidak menghormati garam, yang selama
ini memberikan rasa dalam kehidupan.
![]() |
Berjalan Di Atas Garam |
Garam
adalah sebahagian daripada nikmat kehidupan. Manakala kemasinan pula
adalah sebahagian daripada asas rasa.
Malah dari zaman dahulu lagi garam sudah menjadi perasa dalam makanan. Dan menjadi salah satu
kaedah untuk menyimpan makanan.
Sebenarnya, garam mempunyai sejarahnya
tersendiri. Seawal zaman neolitikum. Malah ditemui dalam semua peradaban. Bagaimana manusia mula
mengenali garam. Dan bagaimana pula
memproses garam daripada air laut. Kerana pentingnya garam dalam kehidupan, ia
pernah menjadi bahan kawalan.
Kadang-kadang
menjadi bahan monopoli. Yang
menyebabkan garam mempunyi undang-undangnya tersendiri. Sehingga tercatat dalam sejarah India pada
12 Mac 1939, iaitu berlakunya protes "The Salt March". Yang juga
dikenali sebagai Dandi Mac, atau Salt Satyagraha. Satu gerakan penentangan oleh orang awam dalam
bentuk protes tanpa kekerasan.
![]() | |
'Salt March' Protest Tanpa Kekerasan |
Perarakan itu telah dimulakan oleh Mohandas
Gandhi. Untuk membolehkan pengeluaran garam daripada air laut, tanpa kawalan
undang-undang British. Protes tanpa kekerasan terhadap monopoli garam, telah
mendapat perhatian di seluruh dunia. Yang akhirnya memberi dorongan kepada
gerakan untuk kemerdekaan India.
![]() |
Mendapat Perhatian Dunia |
Tetapi di Tuz Golu bagaikan pesta. Kami berdiri
dan berjalan-jalan di atas garam. Sambil menikmati, sambil merakam fenomena
pantai yang luas tebentang. Masing-masing bagaikan tenggelam dalam lautan
garam. Hinggakan terasa masin apabila menyedut udaranya. Dan terasa pedih mata
apabila melihat tasik garam yang seluas
lautan.
Sebelum bertolak, kaum ibu sempat juga
membeli beberapa produk kecantikan daripada garam. 12.02 tengah hari, kami
meneruskan perjalanan. Saat ini perut mula bergurindam, sebagai isyarat untuk
berhenti makan dan rehat. 12.23 tengah hari, kami singgah di Ayaranci
Tesisleri, untuk lunch. kemudian jamak zohor di surau berdekatan.
![]() |
Menawarkan Perkhidmatan 24 |
Ayaranci Tesisleri menawarkan perkhidmatan 24
jam di E-90 lebuh raya, yang merupakan persimpangan jalan Ankara-Adana Kullu.
Terdapat kemudahan yang agak selesa di sini dengan hiasan dalaman yang indah
dan menu yang pelbagai. Dipamirkan juga pelbagai produk daripada pendalaman
Anatolia.
TUZ GOLU
Tuz Golu atau Tasik Garam, salah satu tasik
hypersaline terbesar di dunia. Dan tasik kedua terbesar di Turki, selepas Lake
Van, dengan keluasan 1.665 km persegi (643 batu persegi) dan. Ia terletak di
dataran gersang di ketinggian 2,970 kaki (905 m) di Tengah Anatolia. 105 km (65 batu) ke timur laut Konya, 150 km
(93 batu) ke selatan-tenggara Ankara dan 57 km (35 batu) ke barat laut Aksaray.
![]() |
Terbentuk Daripada Tekanan Tektonik |
Tasik ini telah terbentuk daripada tekanan
tektonik. Dua aliran utama, iaitu air bawah tanah dan air permukaan telah
memenuhi tasik ini, tetapi tidak mempunyai saliran keluar. Paya payau juga
telah membentuk saluran yang memasuki tasik. Terdapat juga banyak tasik kecil
di sekitar Tuz Golu saperti Tasik Kulu, Tasik Samsam, Tasik Uyuz, Tasik Kozanli
Saz, Tasik Boluk, Tasik Tersakan, Tasik Esmekaya dan Tasik Hirfanli.
![]() |
Terbentuk Daripada Tekanan Tektonik |
Sepanjang tahun, sangat cetek (lebih kurang
0.4 m atau 1 kaki). Semasa musim sejuk sebahagian daripada garam dilarutkan
dalam air tawar dan air hujan yang mengalir ke dalam tasik, sehingga meningkat kepada 32.9% kemasinan.
Semasa musim panas tasik kering kerana proses penyejatan sehingga mendedahkan
purata 30 cm lapisan garam tebal pada bulan Ogos. Ketumpatan air adalah 1,225 gr / cm3, dan
peratusan garam adalah 32.4%.
Post a Comment