HARI KE 4 : 8 DISEMBER 2015 (2B)
Wilayah Konya - Muzeum Mevlana
Lahir Di Balkh |
30 Sept 1207 |
Mengikut biografi, Jalauddin Rumi lahir di Balkh (Afganistan) pada 30 September 1207 Masehi. Ayahnya daripada keturunan Abu Bakar, bernama Bahauddin Walad. Manakala ibunya berasal daripada keluarga kerajaan Khwarazm, keturunan Ali bin Abi Thalib. Ayahnya seorang dai terkenal, ahli Fiqh, serta seorang sufi.
Sarjana Islam |
Selepas kematian ayahnya, Rumi yang berusia 20 tahun menggantikan posisi ayahnya sebagai penasihat para ulama Konya, dan murid-murid ayahnya. Beliau sangat dihormati sebagai seorang pemimpin dan sarjana Islam di Konya. `
Abadi |
Persemadian |
Pada tahun 1244, beliau berjumpa Syams al-Din Tabrizi. Yang mana telah mengubah hidupnya. Dari seorang teologi terkemuka menjadi seorang penyair mistik yang sangat terkenal. Syair menjadi wadah untuknya meluahkan perasaan cinta. Dan tumpuan minda pada Tuhan. Malah perasaan "kehambaan" terhadap Tuhan sebagai "kekasih" jelas dalam syair-syairnya.
Hasratku pada Sang Kekasih telah membawaku terbang melintasi
samudera ilmu dan keluasan al-Qur’an. Aku menjadi gila.
Kutelusuri bentangan sajadah dan masjid dengan segenap hasrat
dan kekhusyukan. Kukenakan pakaian pertapa untuk memperkaya kebajikan.
Cinta menghampiriku, dan berkata ”Wahai sang Guru, lepaskan dirimu!
Mengapa kau terpaut pada sajadah? Tidakkah kau ingin hatimmu
bergetar di hadapan-Ku! Tidakkah kau ingin melampaui pengetahuan
dengan penglihatan? Maka tundukkan kepalamu.
Jika kau seorang pecundang, berikan keadilan itu kepada para pengacau.
Jika kau seorang yang baik hati lagi jujur, mengapa kau sembunyikan
dirimu di balik topeng?
"Tarian" Zikir |
Iringan Muzik |
Rasa cinta ini juga diamalkan dengan zikir dalam bentuk "tarian". Berputar-putar mengikut iringan muzik. Dinamakan tarian Sufi Rumi, Mevlevi Sema atau Whirling Dervish. Yang. menjadi sebahagian daripada adat, budaya, sejarah dan kepercayaan. Malah pengikut-pengikutnya menjadikan tarian sufi ini sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada pencipta-Nya.
Namun lebih akrab disebut Sema atau "mendengar". Jika diterapkan dalam definisi yang lebih luas, tarian ini adalah pergerakan dalam riang ria. Sambil mereka mendengarkan nada-nada musik sembari, sambil berputar-putar. Sesuai dengan arah putaran alam semesta.
Dari segi saintifiknya, manusia wujud dalam keadaan berputar. Tidak ada makhluk atau objek yang tidak berputar. Semua makhluk adalah terdiri daripada elektron, proton dan neutron yang berputar dalam atom. Justeru manusia hidup berevolusi dalam zarah ini. Demikian dengan revolusi darah di dalam badan. Segalanya berevolusi dalam kehidupan.
Revolusi Alam |
Bagaimanapun, semua revolusi ini adalah semula jadi. Kerana manusia mempunyai perasaan dan minda yang membezakan dari makhluk lain. Oleh itu darwis atau semazen berputar-putar, dengan sengaja dan secara sedar. Mengambil bahagian dalam revolusi. Dikongsi bersama-sama makhluk yang lain.
Lambang Ritual |
Makna Pergerakan |
Hakikatnya upacara Sema mewakili perjalanan kerohanian manusia untuk satu pendakian. Yang menggunakan minda dan cinta untuk mencapai kesempurnaan. Dengan berpegang kepada kebenaran, seseorang itu akan menjadi dewasa. Melalui cinta yang mengatasi ego. Akhirnya mencapai kesempurnaan.
Kemudian dia kembali dari perjalanan kerohanian, sebagai seorang yang telah mencapai kematangan dan penyelesaian. Dapat mengasihi dan melayani semua ciptaan dan semua makhluk. Tanpa diskriminasi dalam kepercayaan, kelas atau bangsa.
Dalam perlambangan ritual Sema, topi hitam mewakili batu nisan. Skirt putih mewakili kain kafan. Ini mengingat kepada kematian. Melalui satu putaran, dari bumi manusia datang dan ke bumi juga kembalinya. Dengan melepaskan jubah hitam, ia melambangkan kelahiran semula untuk menemui kebenaran.
Pada permulaan Sema, mereka memegang tangannya secara bersilang. Mewakili nombor satu, sebagai pernyataan perpaduan Tuhan. Ketika berputar-putar, tangannya terbuka. Lengan kanannya diarahkan ke langit untuk menerima kemurahan Allah. Manakala tangan kirinya dan matanya tertumpu ke arah bumi untuk menurunkan rahmat-Nya.
Dari permulaan hingga akhir. Setiap pergerak tangan, kaki, kepala dan badan, begitu juga setiap putaran mempunyai falsafahnya tersendiri. Begitu khusus makna pergerakannya. Dan begitu dalam pengertian spritualnyanya. Sukar untuk difahami. Kecuali kita mengalaminya berulang-ulang, dengan penuh khusuk, rendah hati dan reda.
Dari permulaan hingga akhir. Setiap pergerak tangan, kaki, kepala dan badan, begitu juga setiap putaran mempunyai falsafahnya tersendiri. Begitu khusus makna pergerakannya. Dan begitu dalam pengertian spritualnyanya. Sukar untuk difahami. Kecuali kita mengalaminya berulang-ulang, dengan penuh khusuk, rendah hati dan reda.
Tarian ritual ini berperingkat-peringkat. Peringkat pertama, Naat-i Sherif, adalah sajak pujian kepada Rasulullah dan semua nabi. Yang mewakili cinta. Memuji mereka untuk mengakui. Dan memuji Tuhan Yang Maha Esa. Yang telah menghantar mereka kepada manusia sebagai rahmat. Diikuti oleh bunyi gendang melambangkan perintah ilahi "Jadilah maka jadilah" untuk penciptaan seluruh alam semesta.
Diikuti oleh Taksim, satu penambahbaikan seruling buluh atau ney. Ini mencerminkan nafas ilahi, yang memberi hidup kepada makhluk. Kemudian perarakan Sultan Veled, diiringi dengan muzik peshrev. Berputar tiga kali mengikut arah lawan jam. Sebagai ucapan salam. Putaran ini mewakili tiga peringkat ilmu: ilmu-al yaqin (pengetahuann), ayn-al yaqin (penglihatan) dan haqq al-Yakin (melalui pengalaman).
Dalam Sema terdapat empat selam, atau pergerakan muzik. Masing-masing dengan irama yang berbeza. Pada permulaan, semasa dan penutupan setiap selam. Penari atau semazen akan memberi keterangan kepada kewujudan Tuhan, perpaduan, keagungan dan kuasa:
Selam Pertama mewakili kelahiran manusia untuk mencari kebenaran. Melalui perasaan dan fikiran. Selam Kedua meluahkan keghairahan manusia. Ketika menyaksikan keindahan ciptaan dalam menghadapi kebesaran dan kekuasaan Allah.
Selam Ketiga adalah penerapan kasih sayang. Pengorbanan minda untuk cinta. Dalam Selam Keempat, nabi Muhammad naik ke Arasy, dan kemudian kembali kepada tugasnya di bumi. Begitu juga manusia selepas pendakian dalam perjalanan rohani, maka kembali kepada tugas sebagai hamba Allah.
Kalau dilihat daripada kaligrafi seorang penari Sema. Dari hujung topinya hingga ke hujung kasutnya mempunyai falsafah yang sukar difahami. Tulisan yang bersambung-sambung dan berpintal-pintal membentuk seorang penari. Begitu menarik sekali tetapi terlalu abstrak untuk difahami.
Post a Comment