HARI PERTAMA : KHAMIS 16 OGOS 2018
Seri Teratai - R&R
Gambang - Desa Sri Jenaris
- Restoran Tomyan ML - Taman
Bukit Mewah
Bougainvillea |
Sri Teratai |
Honda TBH 669 bertolak mendahului Hilux WRB 678.
Meninggalkan teratak Seri Teratai. Kebetulan
hujan turun, mengiringi perjalanan. 1.52 tengah hari, singgah di kedai alat telekomunikasi depan SMK Belara. 2.01 tengah hari, isi minyak Caltex di Kg. Batu Hampar. Kemudian meneruskan perjalanan.
Menyusuri perkampungan tradisi: Kg. Pulau Manis
dan Kg. Kubang Palas.
2.10
petang, masuk susur kiri ke LPT 2. Awan mendung kelihatan berarak, memenuhi kaki langit. Hujan masih
lagi turun. Membatasi penglihatan. Faiz diingatkan
lebih berhati-hati memandu. 2.14 petang, touch ‘n go di Tol Telemong. Kesempatan tambah nilai IC untuk
touch ‘n go. 2.22 petang, baru hujan berhenti.
Kembara |
Kelihatan Teruja |
Ayla dan Ayra kelihatan teruja. Cuti sekolah kali ini bermula
dengan kembara. 2.29 petang, Ayra tertidur. 2.33
petang, kelihatan matahari bagaikan
mengintai di balik awan. Namun cahayanya kelihatan pudar. Kelihatan rimbunan
hijau bagaikan berombak-ombak dari lembah hingga ke puncak bukit.
Tidak
sedar apabila Nenek turut tertidur. Kereta
Hillux kelihatan mengekori dari belakang. 2.50 petang, menyeberangi Sg. Luit dan Sg. Pantak.
2.56 petang, melintasi exit 8.51 Kuala Dungun.
Papan tanda menunjukkan Kuantan berbaki 119 km lagi.
Mentari mula
bersinar, namun tidak mampu memburu kabus. 3.01 petang, melalui jembatan Sg. Bunut. 4.02 petang, singgah di stesen minyak shell.
Kemudian melegakan diri di rest room. 3.13 petang, bertolak. 3.26 petang
melintasi Hutan Simpan Bukit Gong. 3.18 petang,
masuk daerah Kemaman. Seterusnya menyeberangi Sg. Kertih.
Di hujung
lebuh raya bukit-bukau kelihatan kelabu dalam bayangan senja. 3.25 petang, menyeberangi
Sg Air Hitam. 3.29 petang, Sg. Air Jernih. 3.33 petang, KL
tinggal lagi 300 km. 3.36 petang, melintasi hentian sebelah
Kijal. 3.40 petang, melintasi ladang lembu, Sg.
pinang. 3.42 petang, melalui jembatan Sg. Kemaman dan seterusnya Sg. Serul.
Sisa Senja |
Hujung Jalan |
Kaki langit |
3.48
petang, exit 839 Ceneh. 3.52 petang,
menyeberangi anak Sg. Senduk. Kemudian masuk kawasan
berkabus. 3.52 petang, kawasan angin lintang. Terpaksa mengurangkan kelajuan. 3.58
petang, KL berbaki lagi 258 km. 4.02 petang, masuk sempadan Ng.
Pahang. 4.13 petang, KL berbaki 227 km.
Hujan panas rintik-rintik mula turun. Bagaikan bertih jatuh di cermin depan.
R&R Gambang |
Ahzo Food Stall |
4.22
petang, Hilux berada di hadapan. 4.29 petang, menyusuri
laluan ke R&R Gambang. 4.34 petang, duduk di depan
kedai No. 10 Ahzo Food Stall. 5.02 petang,
solat kasar asyar. 5.14 petang, isi minyak petronas. Sempat keluar duit dari
mesin ATM CIMB. 5.18 petang, meneruskan perjalanan. KL berbaki lagi
190 km.
Mile smile |
Mentari Senja |
Seiring Senyuman |
Suasana remang-remang
senja. Terasa damai. 5.20 petang, masuk zon operasi kamera. 5.25 petang, melintasi
Felda New Zealand. Hilux
masih mengekori. 5.29 petang, mentari senja memancar melalui windsheld. agak
terasa bahangnya. Pandangan menjadi silau. Memedihkan.
5.46 petang,
melintas exit 821 Chenor. 548 petang, menyeberangi
Sg. Jengka. 5.51 petang, melintasi R&R Temerluh. Seterusnya naik jembatan Sg. Temerluh. Senja masih di perjalanan, detik
perubahan bagaikan menyaksikan keindahan di hujung lebuh raya. Begitu panaromik
dan dramatic.
5.59
petang, Hilux pula berada di hadapan. Rimbunan
hutan mula menjadi kabur. Kesepian bagaikan di celah-celah rimbunan. Kelihatan
warna senja melatari kaki langit. Samar-samar, dan keperangan-perangan. 6.04 petang, KL berbaki 107 km. 6.07 petang, exit 816 Lancang.
6.11 petang, melintasi hentian sebelah Lancang.
6.13 petang, Karak 12 km lagi.
Melintasi
Kg. Sertik. Seterusnya touch ‘n go di Tol Karak. Lebuh raya Karak agak berliku-liku. Kelihatan mentari di puncak
bukit. Melimpahkan cahayanya di celah-celah rimbunan. 6.26 petang, KL masih berbaki 66 km lagi. Semakin hampir. 6.28
petang, melintasi MRSM Bentong. Kemudian touch
& go di Tol Bentong. Laluan di
lereng-lereng bukit agak berliku-liku.
KL semakin hampir.
Hanya 55 km lagi. Seterusnya melintasi hentian Lintang.
6.38 petang, hujan rintik-rintik. Senja semakin pudar. Kereta mula memasang
lampu kecil. Kelihatan jalan agak basah. Percikan air bagaikan terapung di
belakang kereta. Di langit awan mendung kelihatan berarak di puncak bukit. Lalu menghilangkan sisa-sisa
senja.
6.43
petang, masuk terowong Genting-Sepah. Lampu
jalan dipasang di sepanjang laluan terowong. 6.58 petang, touch ‘n go di
Tol Gombak. 7.00 malam, mula berlabuh.
Kegelapan menguasai ruang. Jalan mula sesak. Kereta terpaksa bergerak
perlahan-lahan. 7.11 malam, perjalanan kembali selesa.
Langit
menjadi semakin kelabu. Perjalanan diteruskan ke laluan Pucung -
Subang. 7.14 malam, melalui Beverly Height.
7.15 malam, jalan kembali sesak. 7.16 malam, melintasi Taman
Pinggir Ukay. 7.22 malam, masih lagi sesak. Seterusnya masuk laluan Seremban - Shah Alam.
Dancing Lights |
Glowing City |
Night Delight |
7.26
malam. Azan dalam perjalanan. 7.28 malam, masih bergerak perlahan-lahan.
Kelihatan bagaikan pesta the dancing of red lights. Bangunan-bangunan
kelihatan bercahaya. Lalu menceriakan suasana malam. 7.43 malam, perjalanan
agak lancar sedikit.
7.54
malam, masuk susur kiri. Seterusnya bulatan exit 1. Jalan masih sesak.
Terpaksa berhati-hati. 7.59 malam, di bawah laluan trem. 8.03 malam, touch
‘n go di Tol Batu 9. 8.05 malam, melintasi Stesen MRT Taman Sumtex. Seterusnya Stesen MRT Sri Jaya.
Perjalanan kembali lancar dan selesa.
Seri Jenaris |
Teratak 61B |
8.14
malam, masuk susur kiri ke Desa Sri Jenaris.
8.17 malam, sampai di teratak 61B. Selepas memberi
salam terus masuk. Lalu bertanya khabar dan berbual-bual dengan Nek Usu. 8.45 malam, bertolak. Meninggalkan Desa Sri Jenaris.
Tomyan AL |
Suasana Romantik |
Menyusuri
laluan keluar. Berderet-deret kereta di taraffic light. 8.56 malam, parkir di
depan Restoran Tomyan ML. Makan Malam dalam
suasana romantik. 10.10 malam, bertolak. 10.12 malam, masuk simpang kanan Kajang Silk. Seterusnya melalui Pekan Kajang. 10.16 malam, melintasi Stesen MRT Kajang. 10.27 malam, u-turn sebelum sampai
tol.
10.28
malam, masuk simpang kiri Jalan Bukit Mewah 70.
10.29 malam, parkir di blok 3 Taman Bukit Mewah.
Hilux parking agak jauh sedikit. Seterusnya berulang-alik mengangkut barang-barang
ke tingkat 1 apartmen G1-33. 10.34 malam,
Ayahsu memasang kipas angin, 16” stand fan model PL-16SF.
Seterusnya
memasang multifunctional wardrobe. Korean design, yang pasang siap. 10.52 malam,
selepas bersihkan diri baru solat jamak takhir. Kemudian berkemas-kemas lebih
kurang. Siapkan tempat tidur dalam bilik. Famili Kakak
tidur di bilik hadapan.
Bagaimanapun
malam ini Atuk dan Ayahsu
tidur di ruang tamu. Kipas angin berputar full power. Baru terasa nyaman
dan selesa. Malam ini hanya bersama aura dan aroma second house.
Terapung-apung dalam putaran angin dari kipas siling KDK.
Post a Comment