HARI KE 4 : 8 DISEMBER 2015 (1)
Hierapolis Archaeological Site - Pamukkale
(Seputih Salji Sebersih Hati)
|
Hieropolis |
|
Tapak Arkeologi |
|
Runtuhan Aspendos |
|
Gerbang Hieropolis |
5.29 pagi, solat Subuh. Kemudian bersiap-siap
dengan beg-beg, kecil dan besar. 6.30
pagi, breakfast, that’s the last dish at Ninova. Kemudian menunggu bas di depan
hotel . Udara pagi terasa sejuk walaupun pakai baju 3 lapis, hinggakan nafas
berkabus. 7.08 pagi, baru bertolak meninggalkan hotel Ninova Thermal. "Adieu
Ninova", kami tidak akan melupakan kamu.
|
Travelmate |
|
Runtuhan |
|
Tamadun Kuno |
|
Gates Of Hell |
Perjalanan hari ini berliku-liku dengan
pemandangan waktu pagi yang begitu indah. Bukit-bukau dan pohon-pohon renek
sepanjang jalan, menghiasi lagi keindahan muka bumi Turki. 7.22 pagi, sampai di
Hierapolis Archaeological Site, iaitu Tapak Warisan Dunia, Bekas
tinggalan kerajaan Rom 1071-1275, di mana terdapat runtuhan-runtuhan
batu, yang menyimpan seribu mistri.
|
Pergamum Tours |
|
Runtuhan Pergamum |
|
Pelantar Pamukkale |
Kawasan ini di kelilingi bukit-bukau. Dari pintu gerbang utama, telah disediakan laluan
hingga ke "Istana Kapas". Masing-masing terlalu gairah dan tak melepaskan
peluang untuk merakamkan kehadiran. Bagaikan pesta fotografi, posing sana pusing sini. Berbagai gaya dan berbagai ragam. Lalu mengabadikan diri dalam kenangan, once in a lifetime.
|
Mistri Bongkah |
|
Sisa-Sisa Tamadun |
|
Runtuhan Ephesus |
7.42 pagi, dalam sedar tak sedar, akhirnya sampai di pamukkale, "Istana
Kapas". Teres putih salju, hasil dasripada pemendapan batu
kapur yang bertingkat-tingkat menuruni lembah. Ada yang membentuk kolam air panas, bertingkat-tingkat untuk
mandi-manda dan merendamkan kaki.
|
Lakuan Sejarah |
|
Tinggalan Sejarah |
|
Seindah Kapas |
|
Teres Karbonat |
Di sini terdapat platform untuk
meninjau dan beristirihat. Sambil
menikmati panorama lembah "Istana Kapas". perasaan bagaikan bersatu dengan
keindahan. Begitu mempersonakan, dan mengasyikkan. Tak dapat diungkap dengan dengan kata-kata. Tak
dapat dilukis dengan warna. Benar-benar menakjubkan ciptaan alam semula jadi.
|
Rawatan Karbonat |
|
Double Images |
|
Spektrum Hieropolis |
|
Once of A Lifetime |
Sempat juga merendamkan kaki
sambil bergambar berlatarbelakangkan lembah bukit putih salju. Terasa
sejuk dan nyaman apabila angin dari lembah membelai. Bagaikan merisik kehadiran.
Lalau membisik di telinga ungkapan "bir
sey degil", you’re welcome, dan selamat datang.
|
Anatolia |
|
Tinggalan Purba |
Hierapolis bermaksud "Kota Suci" (kononnya
dibina oleh dewa Apollo), adalah sebuah bandar purba Yunani-Rom, terletak di
mata air panas Phrygia di Buyuk Menderes iaitu di barat daya Anatolia.
Terdapat peninggalan penempatan Yahudi,
jalan-jalan dan pintu-pintu (Frontinus Gate & North Gate Byzantine),
theatre, kuil Apollo, Plutonium, Nymphaeum, Necropolis, Martyrium, kolam
Cleoptra dan makam-makam.
Penggalian di abad ke 19 oleh Carl Humann (German)
dan Paolo Verzone (Itali) telah mendedahkan mistri Hieropolis dengan penemuan
artifak-artifac sejarah yang tak ternilai. Hari ini Hieropolis menjadi muzium
arkeologi, yang menjadi destinasi pelancungan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang
popular.
PAMUKKALE
|
Ketenangan |
|
Rawatan Karbonat |
|
Sisa-Sisa Senja |
|
"Istana Kapas" |
Pamukkale, bermaksud "Istana Kapas", kawasan
semula jadi di wilayah Denizli. Kawasan ini mengandungi mata air panas,
batu-batu poros dan mineral karbonat. Terdapat 17 mata air panas di mana
suhunya antara 35C hingga 100C. Kalsium karbonat telah membentuk teres-teres
poros putih, yang bertingkat-tingkat menuruni lembah.
Baby
Arissa
(Our
Little Secret)
Do
not fear
the
thunder
and
do not applaud
the
cloud.
Let
the thunder roar
along
the horizon
and
let the river pour
through
the season.
Biar
musim
datang
bersemi
dan
biar tengkujuh
datang berlabuh.
ARAM
(ABDUL
RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Post a Comment