HARI KE 5 : 26 MARCH 2014
Stesen Kereta Api Shinagawa
- Pasar Ikan Tsukiji - Taman Shinjuku Gyoen
(Kuntum Berselerak Harum Semerbak)
Stesen Shinagawa
Hari ke
5, tidak ada program. Selepas breakfast, masing-masing membuat rancangan
sendiri. Bagaimanapun Group Terengganu memulakan langkah ke stesen Shinagawa. untuk mencari
"sakura" bunga kebanggaan orang Jepun. Dari KLIA lagi kami teringin sangat
nak melihat bunga sakura. "Yang kuntum mengharum dan yang kelopak semerbak".
Kios Tiket |
Laluan Kembara |
Dari hotel jaraknya hanya 0.5 km. Mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk sampai ke stesyen Shinagawa. Wow, ini adalah pengalaman pertama di stesen kereta api Jepun. Keramaian dan kesibukan memenuhi suasana. Masing-masing bagaikan memburu masa. Tak ada yang melepak-lepak atau berborak-borak. Langkah berfokas. Pandangan lebih ke
hadapan. Inilah budaya orang Jepun. "Time is money and money is time".
On The Rail |
Stesen Shinagawa |
Stesen Shinagawa merupakanalah
satu stesen paling sibuk di Tokyo. Ianya
dikendalikan oleh East Japan Railway Company, Central Japan Railway Company, dan pengendali kereta api swasta Keikyu. Menghubungkan banyak
laluan, termasuk Laluan Yamanote dan Laluan Tokaido Shinkansen. Juga laluan yang terus ke
kedua-dua Lapangan Terbang Haneda dan Lapangan Terbang Narita.
Terdapat dua exit, iaitu Exit Takanawa di sebelah barat dan Exit Konan di sebelah timur. Di bahagian Takanawa mempunyai banyak hotel, dan banyak rangkaian Hotel Prince khususnya. Terdapat juga beberapa pusat membeli-belah, termasuk kompleks Shinagawa Prince Hotel yang terdapat panggung wayang, bowling dan akuarium Epson Aqua Park Shinagawa.
Aura Bunga |
Flowery City |
Dalam masa 18 minit kami sampai di stesen Shinjuku. Kami sempat berjalan-jalan di sekitar
kawasan basement. Terdapat banyak kedai, yang menjual pelbagai barangan dan makanan. Termasuk shops of intertest. Di sini juga sibuk dengan keramaian. Masing-masing menuju ke destinasi, tanpa
mempedulikan orang lain.
Kota Shinjuku |
Dalam Kembara |
Mencipta Kenengan |
Sebagai
hab pengangkutan, stesen Shinjuku juga
paling sibuk di dunia. Mengendalikan lebih daripada dua
juta penumpang setiap hari. Stesen ini
mempunyai 36 platrform, termasuk arked
bawah tanah dan di atas arked bawah tanah. Terdapat banyak lorong dan lebih daripada 200 pintu keluar. Satu lagi 17 platform boleh diakses melalui lorong ke 5
stesen, disambung terus tanpa naik ke permukaan.
Pasar Ikan |
Melangkah Bersama |
Kami meninggalkan stesen itu melalui Exit Selatan. Mengikut jalan utama di sebelah kiri.
Di kiri dan di kanan jalan, kelihatan bangunan-bangunan tinggi bagaikan menunjang langit. Di seberang
jalan kelihatan kedai
Takashimaya, kedai buku Kinokuniya
dan bangunan NTT yang tinggi dengan jam di
atasnya. Terasa benar kecilnya diri ini di dalam timbunan bangunan batu-bata.
Bandar Bunga |
Dihiasi Keindahan |
Warna Bungaan |
Sejenak Mengkagumi |
Kami sempat singgah di Pasar Ikan. Pelbagai jenis ikan, udang, kerang dan
ketam. Ada yang masih hidup dan ada yang telah dijerukkan. Saperti pasar-pasar
lain, riuh-rendah dengan pelbagai ragam. Penjual dengan pujuk rayunya, manakala
pembeli dengan tawar-menawarnya.
Tradisi Jepun |
Bersiar-Siaran Tren Shinjuku Shinjuku Gyoen |
Haruman Sakura |
Dilatari Keindahan |
Dalam Fantasi |
Taman ini mempunyai tiga pintu gerbang: Pintu Shinjuku,
Pintu Okido dan Pintu
Sendagaya . Dibuka dari 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Pada hari Isnin
taman ditutup, kecuali semasa sakura sedang berbunga dan ketika musim kekwa. Pada akhir Mac, awal
April dan awal November taman itu dibuka tujuh hari seminggu.
Warna Hati |
Seputih Salju |
Ia pada asalnya adalah suatu kediaman keluarga Naito dalam era Edo. Selepas itu, ia menjadi taman di bawah pengurusan Imperial Household Agency Jepun. kini ia adalah
sebuah taman yang di bawah bidang kuasa Kementerian
kebangsaan Alam Sekitar.
Aroma Sakura |
Jangkauan Usia |
Warna Kehidupan |
Pada 21 Mei 1949 taman telah dibuka kepada
orang ramai sebagai "Taman Shinjuku Gardens
Imperial Negara". Ia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Alam Sekitar. Pada bulan Januari 2001
telah dirasmikan dengan nama "Shinjuku Gyoen
National Garden".
Menjejak sahaja kaki ke dalam, kami tergamam.
Wow, memang hebat taman seluas 58.7 hektar ini. Bagaikan sebuah pulau. Benarlah
saperti jolokannya “oasis in a midtown”.
Taman taradisional ini, dihiasi taman-taman, hutan kecil, kolam besar, dan beratus-ratus pokok sakura. Begitu mempersonakan. Tidak hairanlah Shinjuku Gyoen ini menjadi destinasi tontonan sakura yang paling popular
di Tokyo. Terutama pada lewat mac dan awal April.
Berguguran
Warna Alam |
Dalam Kehormonian |
Taman ini adalah
rumah kepada lebih daripada 20,000 pokok dari
seluruh dunia. Terdapat juga taman Formal Perancis dengan pohon platan dan taman
landskap English dengan bunga tulip. Termasuk taman-taman tradisional Jepun,
sebuah "Hutan Ibu dan Anak", sebuah bukit Maple, bukit Azalea, Pavilion Taiwan dan beberapa kolam.
Memang terasa dikelilingi oleh
keindahan. Udaranya begitu nyaman dengan aroma sakura. Bagaikan terapung-apung memenuhi pelusuk taman. Kaki langitnya dilatari menara dan bangunan-bangunan pencakar langit. Yang bagaikan muncul dari rimbunan hijau. Lebih kurang 1,500 pohon sakura sedang berbunga. Pelbagai warna. Benar-benar menjadi tumpuan pandangan.
Terdapat juga padang yang luas untuk pengunjung bersiar-siar dan melepak, sambil menyedut udara sakura yang segar.
Seputih Salju |
Harum semerbak |
Masing-masing tidak melepas peluang untuk
mengabadikan keindahan. Mencari pelbagai latar dan sudut fotografi untuk merakam fenomena yang mengasyikkan. Lalu suasana menjadi riuh rendah bagaikan pesta fotografi. Malah makin jauh melangkah ke
pedalaman makin indah. Kami bagaikan mabuk kepayang. Mabuk dengan keindahannya
dan kepayang dengan keharumannya. Lalu hanyut dalam dendangan melodi keroncong, "Bunga Sakura".
Bunga Sakura indah Juwita.
Dipandang mata putih gemilang.
Merah warnanya ,baunya mengikat jiwa.
Bunga Sakura dilereng gunung ,pun didalam kota.
Melambai-lambai bersuka-ria.
Sakura bunga jelita.
Laksana sutera indah suci.
Menawan dihati sanubari.
Wajah matahari.
Tempat sang bunga berseri.
Bunga sakura ,kaulah bunga pujaan bangsa.
Kamulah impiannya wanita.
Sakura bunga jelita.
Kamulah impiannya wanita.
Sakura bunga jelita.
Nyanyian
Sundari Soekotjo
Melakar Keindahan |
Mewarnai Kehidupan |
Menjadi Kenangan |
Banyak kemudahan telah disediakan.
Lebih-lebih lagi 6 restoran menjadi pilihan
untuk pengunjung. Beberapa pondok rehat juga disediakan untuk melepaskan lelah.
Terdapat berbagai laluan yang akan membawa
ke penghujung taman yang bagaikan dunia fantasi. Kami pergi dan balik mengikuti jalan yang lain-lain. Jadi kami dapat melihat perspektif fantasi yang berbeza. Fantasi inilah yang akan kami bawa pulang untuk menjadi kenangan.
Post a Comment