HARI KE 5 : 9
DISEMBER 2015
Uranos Sarikaya - Kaymakli
Underground City
(Satu Kota Seribu Rahsia)
"Sumpahan" Helang |
Restoran Gua |
12.08 tengah hari, kami meneruskan perjalanan selepas menikmati keindahan. Dan merasai ketenangan Pigeon Valley. 12.30 tengah hari, kami berhenti di restoran Uranos Sarikaya. Sungguh menarik. Kelainan restoran ini sangat mengkagumkan. Sesuai dengan konsepnya, yang menjadikannya terkenal sebagai "restoran gua", atau "underground restaurant".
Restoran ini berada di dalam bukit. Reka
bentuknya saperti dalam gua, dengan dinding batu dan siling batunya melengkung.
Laluan dari pintu menuju ke ruang
tengah, dikatakan saperti terowong di kota purba
Kaymakli . Terdapat berberapa ruang mengelilingi ruang di tengah. Ruang tengah yang berbentuk
bulat adalah pentas untuk persembahan budaya. Ruang–ruang kecil di
kelilingnya pula menjadi dewan makan, yang
bertingkat-tingkat.
Biasanya tetamu akan diraikan dengan live
music. Kalau bernasib baik disajikan tarian whirling dervish,
yang mana telah menjadi sebahagian daripada adat dan budaya tempatan. Tidak
hairanlah alunan musik memberi sentuhan
yang menyelerakan. Bagaikan terapi yang memulihan tenaga selepas separuh
hari di perjalanan.
Lalu apabila melangkah sahaja ke dalam restoran,
terasa suasana kota purba bawah tanah. Dengan udaranya lembut dan agak sejuk, terasa begitu damai sekali. Kelihatan
samar-samar dilimpahi cahaya
kekuning-kuningan dari lampu-lampu dinding. Menimbulkan suasana yang romantik. Penuh syahdu. Bagai bisikan rindu,
dan khayalan yang terapung-apung
memenuhi ruang. Menggamit memori, lalu menyentuh nostalgia kecintaan.
Musik Qanun |
Dewan Romantik |
Masing-masing memilih tempat duduk. Berhadapan meja batu yang panjang. Sementara menunggu makanan,
kami meninjau ke
setiap sudut. Beberapa
orang pekerjanya sibuk menghantar makanan. Di ruang tengah seorang pemuzik bersedia
untuk memainkan qanunnya, iaitu alat musik traditional Turki.
Untuk lunch hari ini kami disajikan makanan Turki, iatu sop, roti dan etli
spageti. Selain itu kami dapat
merasakan testi kabab, iaiatu hidangan
Anatolian, daging dan sayur-sayuran yang dibakar dalam periuk tanah liat. Untuk cuci mulut pula kami disediakan
baklava. Apa yang menariknya ialah sambil makan kami dipersembahkan music
traditional Turki.
Peta Kaymakli |
Underground City |
Pintu Gua |
2.33 petang,
meneruskan perjalanan. 2.11
petang, sampai di Kaymakli Underground
City, yang mana telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Terdapat juga rombongan dari negara-negara lain. Untuk masuk dikenakan
enterance fee. Lepas melalui pintu,
semua nya berkumpul di ruang tengah untuk mendengar taklimat daripada Sarma.
mengenai kota purba bawa tanah.
Terdapat banyak lubang-lubang terowong.
Tetapi kami hanya masuk ikut terowong yang telah dikhaskan untuk pelancong.
Yang 'takut' tidak ikut serta untuk mengalami kembara terowong purba.
Terowongnya berliku-liku, agak sempit dan rendah, hanya boleh dilalui seorang demi seorang. Udaranya agak sejuk dan suasananya malap, hanya diterangi lampu di dinding.
Setiap kali sampai di ruang yang besar kami berhenti untuk berehat seminit dua.
Berbalam-Balam |
Terowong |
Setiap di hujung terwong kami menemui
bilik-bilik yang bersambung dengan
terowong-terowong yang lain. Terowong semakin berliku-liku apabila semakin jauh
ke dalam. Kadang-kadang menuruni tangga
batu dan kadang-kadang naik ke atas. Terasa seolah-olah kami berlegar-legar di
tempat yang sama. Terasa juga bimbang dan seram. Beberapa lubang yang dalam
ditutup dengan jaring besi. Terowong-terowong yang gelap tidak dibenarkan
masuk.
Ekor-Mengekor |
One By One |
Masing-masing saling ekor-mengekor mengikut
Sarma. Kadang-kadang berhenti untuk berehat sebentar, kerana terasa letih
apabila berjalan menunduk. Hampir-hampir
merangkak apabila melalui terowong yang sempit dan rendah. Terowong hanya
membenarkan seorang demi seorang melaluinya.
2.37 petang barulah keluar daripada terowong.
Wow hampir setengah jam pengalaman, cukup hebat. Masing-masing terasa puas
kerana berjaya menyudahkan kembara terowong kota purba. Perasaan dan pengalaman
yang amat berharga.
RETORAN URANOS SARIKAYA
Restaurant ini berada dalam bukit. Di Halaman batunya iaitu di kari kanannya terdapat dua
ekor burung helang yang diukir dari
batu. Memasuki Pintunya seolah-olah kita
melangkah ke dalam terowong. Terdapat di
dindingnya berbagai ukiran. Sangat menarik. Melambangkan masa silam Egypt. Anihnya terdapat bentuk ukiran batu
seakan-akan boraq yang menjadi tunggangan Nabi
Muhammad semasa Isra Migrad.
Dalamannya direka bentuk saperti dalam gua.
Dindingnya dibina daripada batu bukit
dengan silingnya melengkung. Laluan daripada pintunya terus menuju ke ruang
tengah yang agak besar. Ruang tengah ini
pula dikelilingi oleh beberapa ruang
yang memanjang. Ruang tengah adalah dewan
untuk persembahan budaya. Sementara ruang-ruang mengelilingnya menjadi dewan makan yang bertingkat-tingkat.
Lampu di dinding dan di siling agak malap.
Berwarna kuning keemas-emasan apabila
cahayanya menyentuh dinding dan ukiran-ukiran. Suasananya menimbulkan rasa
ekslusif dan privasi. Dengan ukiran-ukiran di dinding yang keemas-emasan
seolah-olah membawa kami ke alam silam yang mistik.
UNDERGROUND CITY
Te rsembunyi Kota-Kota Purba |
Di bawah tanah Cappadocia tersembunyi
kota-kota purba. Yang ditemui Pada tahun
2013, oleh pekerja-pekerja binaan, ketika merobohkan rumah kos rendah. Mereka telah menemui pintu masuk ke rangkaian bilik-bilik,
dan terowong-terowong bawah tanah. Inilah satu penemuan sejarah yang
menakjubkan. Akhirnya projek ini dihentikan untuk ahli-ahli arkeologi dan
geofizik menyiasat kota-kota purba yang
kompleks. Dianggarkan 3500 orang telah mendiami kota ini.
Terdapat juga cerita yang agak menarik, iaitu
pada tahun 2014 Mustafa Bozdemir berusia
50 tahun yang telah mewarisi sebuah rumah di Melikgazi. Ketika menjalankan kerja-kerja pemulihan di bawah
rumahnya, secara tidak sengaja beliau menemui bilik-bilik purba bawah tanah. Juga terowong-terowong yang
membawa kepada kota purba. Antara
rumah-rumah di bawah tanah itu ditemui
juga tulang dan rangka, yang kmudiannya
dianalisis oleh pakar-pakar dari Universiti Erciyes di Kayseri.
Tinggalan Sejarah |
Mengikut kajian terdapat 36 kota-kota bawah
tanah di Cappadocia, Yang paling luas adalah
di Kaymakli, manakala yang paling dalam adalah di Derinkuyu. Kota bawah
tanah Kaymakli dibina di bawah bukit yang dikenali sebagai Citadel of Kaymakli,
dan telah dibuka kepada pelawat pada tahun 1964. Walaupun seluruh kota tidak sepenuhnya
dibuka, hanya 4 tingkat daripada 8 tingkat dibuka kepada pelancong. Di mana
pengaliran udaranya baik. Malah lebih selamat untuk dimasuki.
Artifak Sejarah |
Mengikut catatan, penduduk Kaymakli seawal abad ke 7 telah membina kota-kota dengan seratus terowong bawah
tanah. Lengkap dengan lubang udara sedalam 80 meter dan saliran air. Setiap
kota bawah tanah ini dihubungkan melalui terowong-terowong yang bersambung antara satu kota dengan kota
bawah tanah yang lain.
Kota Tersembunyi |
Kota-kota
ini mempunyai kira-kira 600 pintu batu yang menuju ke bilik-bilik yang
sangat besar. Terowong-terowong ini kebanyakan 7 km jauhnya, rendah, sempit dan
landai. Sebahagian daripadanya kira-kira 4 kaki tinggi, tetapi kebanyakannya 5'
10" tinggi. Keadaan terowong ini sempit dan kadang-kadang berliku-liku.
Hanya muat seorang untuk melaluinya.
Kota bawah tanah terdiri daripada 8 tingkat.
Hanya 4 tingkat daripadanya dibuka
kepada pelancong, kerana pengaliran udaranya baik. Lantai pertama adalah bangsal-bangsal kuda.
Terdapat pintu batu, yang laluannya
membawa ke dalam gereja. Di sebelah gereja terdapat ruang tamu. Gereja di
tingkat 2 agak besar di mana terdapat pentas tempat duduk. Dan beberapa ruang
tamu.
Kawasan yang paling penting ialah tingkat 3, iaitu stor menyimpan wain atau
minyak mesin dan dapur. Yang menariknya terdapat periuk batu untuk membuat
tembaga. Di tingkat 4 terdapat banyak stor. Terdiri daripada balang-balang
tembikar untuk menyimpan wain.
Post a Comment