HARI KEDUA: 27 MEI 2013 (2)
Sungai Li - Desa Xingping - Bamboo
House Sunrise - Restoran Endian Halal
Sungai Li - Desa Xingping - Bamboo
House Sunrise - Restoran Endian Halal
(Di Mata Ia Terjadi Di Jiwa Ia
Bersemi)
Sungai Li |
Bandar Purba |
Desa Xingping |
Hampir 1 jam berakit, akhirnya kami sampai di Desa Xingping. Desa nelayan purba yang dibuka semasa Dinasti Ming pada tahun 1506. Tersembunyi di antara pergunungan di sekitarnya. Terletak 2 km dari pekan purba, Xingping. Walaupun melalui perubahan zaman, namun masih mengekalkan bentuk asalnya. Ia benar-benar satu khazanah sejarah yang berharga.
Desa Purba |
Xingping Purba |
Pekan purba Xingping ini 63 km dari Guilin. Terletak di tebing timur Sungai Li, dan di kaki Bukit Wuzhi atau Bukit 5 Jari. Keunikan bukit-bukau dan bentuk bumi kasrt menambahkan lagi keindahan landskap semulajadi pekan Xingping.
Semua rumah tradisional dipelihara. Seni bina khasnya telah menjadikan desa ini destinasi yang sangat menarik untuk dikunjungi. Kampung ini mendapat nama daripada apa yang petani lakukan untuk menyara hidup. Menangkap ikan menggunakan rakit buluh, burung dan lampu.
Di tebing yang bertentangan dengan Sungai Li, bukit-bukit berbentuk unik, Terutamanya Bukit Liyu, Bukit Jinwa, Bukit Daojian dan Bukit Bijia. Di belakang desa nelayan ini terdapat tujuh bukit mengelilinginya, bagaikan pengawal sedang melindungi desa kecil ini.
Cara Tradisi |
Desa nelayan ini menjadi terkenal pada tahun 1998. Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan isterinya Hillary Clinton telah melawat desa nelayan ini. Mereka sangat memuji kerana keunikan, dengan struktur rumah-rumah purba yang masih kekal.
Burung Kosa |
Nelayan Burung |
Lebih unik lagi, menagkap ikan dengan burung
kosa. Satu kaedah nelayan tradisional. Burung ini terlatih untuk menangkap
ikan. Nelayan hanya mengikat pangkal tekak burung untuk mengelaknya menelan
ikan yang besar. Burung akan meluahkan ikan yang ditangkapnya. Bagaimanapun
sekarang tangkapan menggunakan burung hanya untuk tarikan pelancong.
Tak puas rasanya menghayati keajaiban alam semula jadi. Biarlah segala-galanya dari mata turun ke hati. Di hati ianya bersemi. "Terpahat menjadi kenangan, dan tersemat menjadi ingatan". Biarlah ianya menjadi khazanah dalam lipatan memori.
Seterusnya kami singgah ke Bamboo House Sunrise Corporation Group. Di sini terdapat berbagai produk buluh. Memang tidak dapat dinafikan, hebat daya kreaviti orang-orang China. Dari seawal abad ke 16 zaman Dinasti Shang lagi. Kemudian diwarisi dari generasi ke generasi. Malah dari sentuhan kreaviti di zaman purba hingga suntikan inovasi di zaman moden. Menyusuri laluan sejarah yang begitu panjang. Akhirnya buluh menjadikan sebahagian daripada kehidupan.
Nadi Kehidupan |
Budaya Buluh |
Demikian budaya buluh bagaikan berakar umbi di dalam fikiran dan perasaan. Justeru bagi orang-orang China, buluh adalah lambang kebaikan. Mencerminkan jiwa raga dan nadi emosi rakyat. Tidak hairanlah, China dikenali sebagai "Kerajaan Buluh".
Rumah Buluh |
Terdapat 400 spesies buluh, dan satu pertiga daripada semua spesies buluh terkenal di dunia ditanam di China. China mempunyai kawasan buluh terbesar, dan kawasan yang paling banyak menghasilkan buluh ialah kawasan Sungai Yangtze di Selatan China.
Sejarah menanam dan menggunakan buluh boleh dikesan pada 7000 tahun yang lalu. Seawal Dinasti Shang abad ke-11, buluh telah digunakan dalam pelbagai aspek kehidupanharian China purba. Ia telah digunakan untuk makanan, pakaian, perumahan, pengangkutan, alat muzik dan juga senjata.
Sebelum Dinasti Han Timur (25-220) apabila kertas telah dicipta, jalur buluh telah digunakan sebagai medium penulisan yang paling penting. Buku pertama China telah diperbuat daripada jalur buluh. Tak dapat dinafikan buluh memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian orang Cina purba.
Produk Buluh |
Sebelum Dinasti Han Timur (25-220) apabila kertas telah dicipta, jalur buluh telah digunakan sebagai medium penulisan yang paling penting. Buku pertama China telah diperbuat daripada jalur buluh. Tak dapat dinafikan buluh memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian orang Cina purba.
Tidak sedar masa beredar dengan pantas. Keseronokan melihat, menjadi "santapan mata", dan keseronokan mengalami, menjadi "hidangan jiwa". Bukan "gendang gendut tali kecapi". Sesungguhnya hati berasa tenang apabila bersatu dengan alam semula jadi. Bagaimanapun kami terpaksa singgah di Restoran Endian Halal untuk memenuhi tututan guridam perut.
Post a Comment