HARI KETIGA : 28 MEI 2013
Hotel Vienna - Bukit Belali Gajah - Pulau Cinta
(Mata Terlena Jiwa Terpesona)
Walking Tall
Daerah Guilin
Masuk hari ketiga, kami berada di bumi Guilin.
Pagi ini peserta Poto Travel masih lagi bersemangat.
Malam tadi bermimpikan keajaiban alam semula jadi Guilin. Sudah pasti ekspedisi hari ini untuk menyingkap misteri di sebalik keajaiban dan keanihan. Setiap anugerah Pencipta ada rahsia yang perlu kita
selongkari dan pelajari.
Maka ambillah (kejadian itu) menjadi
pelajaran, hai orang-orang yang berakal
(Al Hasyr: 2)
|
Hotel Vienna |
Destinasi pagi ini ialah menyelongkar misteri di sebalik Bukit Belalai Gajah. Sebut sahaja nama Bukit Belalai Gajah sudah terasa keanihan dan kemisteriannya. Memang unik dan pelik formasi bukit-bukau dan gunung-ganang di bumi Guilin.
Ianya benar-benar mencabar perasaan ingin tahu.
|
Bandar Guilin |
|
Expedisi Bermula |
Selepas breakfast dan check out, kami berkumpul di depan Hotel Vienna. Bas sudah menunggu untuk memulakan ekspedisi. Walaupun laluan agak sibuk dengan kereta dan motorsikal, tidak terasa perjalanan 15.4 km. Kami terleka dengan keindahan landskap bumi Guilin. Pagi ini benar-benar menjanjikan ekspedisi yang mencabar.
|
Animal Theme |
|
Fenomena Keindahan |
Bas berhenti di pinggir taman. Kami terus masuk ke dalam taman. Menghayati setiap sudut pemandangan.
Bagaikan terleka dengan keindahan pnorama dan keharuman aroma. Bunga-bungaan
belbagai jenis dan pelbagai warna menghiasi taman fantasi. Begitu juga patung-patung
dalam pelbagai posisi dan ekspresi mengisi ruang taman.
|
Aromaterapi Alam |
|
Keajaiban Ciptaan |
|
Bertemakan Gajah |
Taman ini bertemakan gajah. Direka
dengan bercirikan dan bermotifkan gajah. Kadang-kadang apa juga bentuk unik akan diinterpretasikan dengan gajah. Begitulah halnya dengan Bukit Belalai Gajah. Dari jauh lagi sudah kelihatan bukit batu kapur yang diimaginasikan sebagai belalai yang sedang minum air.
|
Gajah Minum |
|
Menjejak Mistri |
Bagaimanapun Bukit Belalai Gajah
atau Xiangbishan adalah mercu tanda Guilin. Terletak di kawasan yang begitu strategik dan menarik di
Bukit Gajah, di pertemuan Sungai Taohua dan Sungai Li. Ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang
terkenal semenjak Dinasti Tang (618-907).
|
Mistri Ratusan Tahun |
Berusia 3.6 ratus juta tahun. Terbentuk daripada batu kapur dasar sungai pada zaman purba. Diberi
pelbagai nama mengikut zamannya: "Bukit Li", "Bukit Yi" dan
"Bukit Chenhui". Berada 200 meter dari aras laut, ketinggian 55 meter, panjang 108 meter dan lebar 100 meter, bagaikan menonjolkan dirinya dalam topografi bandar Guilin.
|
Keunikan Semula Jadi |
Bukit Belalai Gajah
kelihatan seperti gajah gergasi sedang minum air sungai. Selain itu Terdapat
keunikan dan keanihan semula jadi yang menakjubkan di seluruh bukit. Terdapat
juga beberapa pembinaan purba, seperti Pagoda Puxian, Kuil Yunfeng, dan Sarira
Dagoba.
|
Trunk Hill |
|
Belalai Gajah |
|
Gua Bulan Air |
Antara belalai
gajah dan badannya terdapat sebuah gua yang menyerupai bulan purnama yang hanyut di permukaan air. Dikenali sebagai Gua Bulan Air. Pada malam bulan terang, cahaya lunar
berkilauan-kilauan pada riak sungai membentuk keajaiban yang mempersonakan.
|
Sentuhan Inspirasi |
Memberi sentuhan inspirasi kepada penyair dan pelukis. Terdapat lebih daripada 70 inskripsi di
dinding gua, seawal Dinasti Tang (618-907). Banyak daripada puisi klasik Cina
yang terkenal, popular juga dalam terjemahan, adalah dari penyair Dinasti Song.
|
Inskripsi Mistri |
Yang paling
terkenal ialah puisi oleh Lu You, salah satu daripada empat penyair yang terhebat
dari Dinasti Song Selatan (1127-1279). Meninggalkan puisi terakhir
ketika menghampiri kematian. Rasa terlalu kecewa kerana China masih lagi tidak
bersatu sebagai sebuah negara.
|
Sastera Klasik |
Penyair Fan Dacheng
dengan "Kuburan Air Mengalir dan Gua Bulan" dan penyair Zhang Xiaoxiang
dengan "Kata-Kata Aluan Daripada Puisi Astaka Zhaoyang".
Antara contoh puisi yang paling terkenal sebagai apresiasi dan penghormatan
untuk Bukit Gajah:
"Terdapat bulan di bawah air;
di permukaan air, bulan bagaikan terapung-apung.
Air mengalir jauh tetapi bulan masih kekal;
apabila bulan menghilang air masih kekal mengalir. "
Mengikut lagenda, bukit
itu adalah penjelmaan Tuhan Gajah. Bukit yang pernah menjadi syurga untuk Maharaja.
Dalam satu peperangan, Tuhan Gajah terpisah dari Maharaja. Terkandas di Guilin
dengan luka yang teruk. Ia telah dijaga dan dirawat oleh penduduk kampung.
Akhirnya Tuhan Gajah jatuh
cinta dengan kehidupan dunia dan membuat keputusan untuk tidak kembali ke istana syurga. Maharaja lalu mengurniakan Tuhan Gajah sebuah pagoda untuk melindungi penduduk dan membanteras
kejahatan.
|
Titian Cinta |
Semenjak itu, ia
tidak pernah meninggalkan tempatnya, dan akhirnya menjadi Bukit Belalai Gajah.
Pagoda Puxian yang dikatakan kurniaan dari Maharaja, terletak di atas bukit. Mengikut sejarah ia dibina
pada masa Dinasti Ming (1368-1644). Pagoda ini berbentuk silinder, kelihatan seperti pemegang pedang.
|
Dua Bulan Di Sungai Li |
Lebih-lebih
lagi menikmati Bukit Terowong dan Bukit Pagoda di malam hari. Di kejauhan Gua Bulan di Bukit Terowong bagaikan menyaksikan bulan tergantung di langit. Gua Bulan Air dan Bukit Belalai Gajah, membentuk pemandangan yang anih dan menakjubkan. "Dua Bulan di Sungai Li", satu di permukaan air dan satu lagi di langit.
Post a Comment